![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Selepas lebih 25 tahun dalam industri muzik tanah air, kumpulan rock popular, Wings sekali lagi bakal membuat persembahan di Istana Budaya, kali pertama mereka beraksi di pentas berprestij itu adalah pada April 2011 dalam konsert yang dikenali sebagai “Konsert Opera Hidup Wings”. Wings yang terdiri daripada Awie (vokalis), Joe (gitaris), Black (drum) dan Eddie (bassis) sekali lagi di beri penghargaan untuk bekerjasama dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di pentas berprestij Istana Budaya pada 26, 27, 28 dan 30 April ini.
“Konsert Wings Rockestra” di Istana Budaya bersama OSK itu akan memberi kelainan berbanding konsert-konsert yang pernah dilakukan sebelum ini. Ia merupakan kolaborasi antara Anggerik Event Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya. Konsert tersebut juga bakal diiringi seramai 43 pemuzik orchestra dibawah pimpinan Mustafa Fuzer, dimantapkan dengan pengarah muzik galasan Joe Wings serta pengubah muzik orkestra iaitu Miss Lee Tse Wan.
“Kami berjanji akan memberi kelainan pada persembahan konsert ini terutamanya dari segi susunan muzik yang seratus peratus diolah semula mengikut kesesuaian orkestra. Selain itu juga banyak lagi kejutan yang sudah dirancang pada empat malam tersebut”, ujar Awie
“Memandangkan ini merupakan kali kedua kami diberi peluang untuk beraksi di Istana Budaya, kami akan melakukan yang terbaik khas buat peminat Wings, lebih istimewa konsert tersebut bakal menampilkan sesuatu yang cukup istimewa namun ianya masih dalam perancangan. InsyaALLAH kami akan umumkan dalam sidang media kedua nanti,” katanya pada sidang media sempena konsert itu di Istana Budaya, Khamis.
Jika “Konsert Opera Hidup Wings” berjaya mendominasi carta jualan tiket tertinggi dalam kalendar persembahan yang diadakan di Istana Budaya, kini mereka terus berazam untuk kekal unggul dalam carta tersebut dan bertekad untuk memberikan kelainan dari konsert mereka dahulu. Kali ini tiada penampilan dari Superfriends mahupun bekas anggota kumpulan Wings. “Konsert Wings Rockestra” bakal menampilkan persembahan bertenaga dan berkonsepkan ‘kesegaran’.
“Kami mahu kesemua anggota yang terlibat dalam konsert istimewa ini kerana ia bakal mengukir sejarah tersendiri untuk kumpulan ini dan diharap dapat meninggalkan sebuah momen yang mendalam khas buat peminat yang hadir, apatah lagi dengan nilai yang dibayar untuk menyaksikan persembahan kami,” ujar Joe.
Sementara itu, Awie turut memberitahu akan memberikan sepenuh komitmen dalam konsert tersebut dan akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu lama dan baru yang terdapat dalam 17 buah album studio Wings selain itu mereka juga akan mempersembahkan beberapa buah lagu yang dimuatkan dalam album terbaru “Menakluk Kosmos” yang dijadualkan bakal menemui para peminat pada pertengahan tahun ini.
“Konsert Wings Rockestra” juga bakal dihiasi dengan visual hikayat penuh ranjau bermula daripada “Belenggu Irama” sehingga “Menakluk Kosmos”. Bagi peminat yang ingin menyaksikan persembahan Wings bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM499, Rm399, RM249, Rm199, RM149, RM99 dan RM69 yang kini boleh didapati melalui online dengan melayari ticket2u.biz
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.