Sayang sekali sebagai artis bertaraf antarabangsa dan kini dengan 18 tahun dalam bidang seni , Ning Baizura akhirnya melakukan konsert tanpa sebarang bantuan daripada pihak penaja dan menyebabkan Ning nekad menjual 2 buah kereta semata-mata untuk menampung perbelanjaan kos konsert beliau iaitu NING@KL Live pada 2 Disember nanti bertempat di KL Live Jalan Sultan Ismail.
Ning Baizura baru sahaja mengeluarkan album terbaru iaitu “Dewa” atau makna khusus “Cahaya” dalam bahasa sanskrit , album ini menampakkan muzik yang lebih moden dan tentunya suara hebat soprano Ning Baizura digunakan sehabis baik
Konsert NING@ KL Live merupakan konsert solo yang julung kalinya daripada Ning Baizura , kali terakhir ialah 15 tahun dulu di Stadium Negara . Ia juga telah dianjurkan oleh syarikat Ning sendiri iaitu HappeNings (M) Sdn Bhd .
Konsert ini akan menampilkan sound system yang berkualiti tinggi dan rekaan pentas yang kreatif dengan pelbagai kejutan akan ditampilkan oleh Ning . 20 buah lagu dengan lebih 2 jam konsert akan berlangsung . Beliau yang mempunyai barisan lagu yang popular tentunya akan mampu menyingkap setiap perasaan penonton . Konsert NING@ KL Live sebenarnya adalah berkonsep duduk dan bukannya “free standing” , setiap tempat duduk mempunyai harga yang berlainan . Dengan tiket berharga daripada RM150 ke RM375 , susunan kerusi boleh lihat disini . Malah dijual juga bag merchandise yang didalamnya terdapat pelbagai barangan cenderahati
Dalam perkembangan lain , Beliau yang telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia seni dengan pelbagai gosip , kenyataan terbuka dan tentunya banyak perkara yang sering menghiasi diakhbar-akhbar tentang dirinya pada masa dulu , semuanya akan dibukukan dalam satu autobiografi . Projek ini akan memakan masa selama 2 tahun dan Ning sendiri berharap ia akan dikeluarkan pada sempena 20 tahun beliau dalam bidang seni nanti .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.