Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

16 Dec 2022 17:09

Barbarik Pentas Keras

Konsert BARBARIK PENTAS KERAS yang bakal berlangsung pada 24 Disember, Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8.45 Malam. Menampilkan 2 figura hebat arena muzik rock tempatan bergabung di PENTAS KERAS membentuk satu jenama, BARBARIK. Mereka adalah Jo Branko, komposer dan penerbit serta bekas gitaris kumpulan Wings, bergandingan bersama Muss, bekas vokalis kumpulan May. Jo Branko, seorang hero gitar yang terkenal dengan bunyi gitarnya yang padu dan memukau, bergabung pula dengan vokal bernada tinggi Muss adalah satu padanan yang telah lama diimpikan dan dinantikan oleh para peminat muzik rock. Mereka pernah bergabung 22 tahun dahulu bilamana Muss menjadi vokalis untuk 4 buah album studio kumpulan Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings. Muss dianggap salah seorang vokalis rock terbaik tanahair. Album album yang dirakam bersama kumpulan Wings tersebut memberikan impak yang kuat kepada peminat rock yang dahagakan muzik yang lebih keras.

Mengimbau kembali mengenai idea konsert, Joe Branko memulakan cerita

“ Saya nak buat sebab Mr Barbarik ni 22 tahun lepas, saya rasa ada urusan yang tak selesai dengan Muss kerana masa tu kita tak sempat nak bagitau album ini. Tapi selepas 22 tahun budak-budak muda ramai yang mencari album ni , jadi demand yang kita tengok di sosial media ramai yang nak tengok saya dengan Muss. Dari situlah kita boleh bagi konsert yang bakal memberi kenangan kepada mereka ”

Joe terus menyambung mengenai nama konsert Barbarik, “Mr Barbarik sebab Muss ada 4 album dengan Wings dulu, album Mr. Barbarik tu tak sempat nak promote dan sekarang ni ramai yang cari kerana masa tu orang tak boleh terima sebab terlalu heavy, jadi budak-budak sekarang ni mereka dah boleh terima. Kita pun tak sangka mereka yang lahir 90an ke atas admire album ini, daripada situ kita rangkumkan konsert yang agak keras, sesuai dengan followers kita yang kebanyakkan lelaki, kami focus apa yang mereka nak, jadi itulah timbulnya konsert Barbarik Pentas Keras tajuk dia, kira heavy rock lagu-lagu dia”

Muss yang kelihatan penuh semangat pada mulanya mengiakan setiap kata Joe, terus membuka bicara

“22 album Mr Barbarik tu lama. Saya pun masih aktif dalam nyanyian, tinggal umur macam ni saya dah tak fikir nak ada band lagi dan main macam umur 20-30 tahun dulu. Tapi bila saya jumpa Joe . Joe offer untuk buat projek Barbarik, kita akan buat konsert daripada tajuk album Mr Barbarik dulu dan saya cakap awal-awal boleh la tapi saya takut tak boleh deliver tapi okay kita try dulu, kita ada masa sebab Joe pun dah ada idea apa nak buat dengan konsert ni. So saya dah tau , draft dulu dan saya kata okay tengok macamana, saya boleh try tapi takut ada apa-apa perubahan. Itu perbincangan awal, lepas 3-4 bulan dan apabila dah start practice, dalam saya kata takut apa idea Joe nak buat, kita boleh adjust, saya Cuma takut tak boleh deliver sebab saya dah umur 50 lebih tapi bila kita jalan  3 bulan ni nampaknya okay chemistry, ada balik saya dengan Joe walaupun dah 22 tahun lamanya , kita Nampak kitab oleh buat ni, Cuma saya cakap kita perform  adakah macam dulu jugak, masa ada band dulu atau kita create benda baru. Joe cakap kita  depends kita main lagu-lagu yang lama, kemungkinan ada arrangement  lagu kita boleh ubah suai, mungkin sebab usia atau memang ubah sebab kita bukan dalam band lagi. Kita nak create benda yang fresh dan supaya yang dengar dapat benda baru, walaupun lagu-lagu lama. Kami akan main lagu-lagu daripada album Mr Barbabrik, ada lagu macasm Biru Mata Hitamku semua ”

“Awal-awal complicated tapi alhamdulillah selepas 1-2 bulan kita boleh buat benda ni, tu yang kita stick daripada idea Joe yang asal tapi ada perubahan sikit-sikit. Sebab ada benda kita tak patut buat benda ni dan ada benda kita kena buat lain sikit, ada muzik kita buat perubahan supaya jadi benda yang masakini dan surprise, dan elemen macam ni macam ni yang patut saya dan Joe buat waktu sekarang ni sebab kita taknak mereka ingat kami macam dulu mcm dengan band yang lama” sambung Muss

Joe yang sentiasa teliti mendengar terus menyambung bicara beliau ” Kita tak perlu buktikan apa-apa, dulu pun kita dah prove. Masakini kami biasa cuma dah umur camni kita kena check balance kat situ supaya benda  tu datangkan persembahan yang lebih matured ditambah pulak dengan produksi kita yang more to lighting yang outstanding”

Muss yang sebelum ini rancak bercerita , terus menyambung “Produksi besar juga projek ni, Cuma saya rasa advantage kita kat lagu-lagu, Lagu yang Joe buat pilihan tu kebanyakkan lagu yang popular ramai, ramai yang tau. Antara lagu Biru Mata Hitamku, itu dah wajib, kalau solo pun saya memang bawa lagu tu, Cuma kami ada surprise dengan lagu-lagu biasa kita dengar, ada juga arrangement yang sama sebab taknak lari feel tu, ada lagu kalau kita ubah sangat tak best sebab tak puas dengan lagu asal”

Joe terus mencelah “Ada lagu kita kekal kerana touch tu. Tentang konsert ini kita susun lagu lebih kepada momentum, dari mula 2 jam tu kat depan tu biar ada orang. Hype kan adreline, bila kat tengah kita coolkan sikit, lepas tu kita spark kan sikit dan kat hujung kita akan full blast. Adalah lagu-lagu dalam list yang kita dah susun, combine dan akan pilih tapi banyak daripada lagu-lagu album Mr Barbarik dan total 20 buah lagu”

“Termasuk juga Best Of Wings, projek album masa Double Trouble . Duet dengan Mael XPDC , kita ada guest artist Mael XPDC sebab akan duet dengan Muss, beliau ada 1 lagu duet dengan Muss jadi kami panggil Mael, ada sejarah kat situ. Dengan Asheed Def Gab C pun ada lagu duet dengan Muss, dalam album Mencari Asal Usul dan kita ada Mel untuk bagi color” Jelas Joe

“Mereka kenal kita dan kenal lagu-lagu yang biasa dengan Wings, kalau takde Mel mesti tak best kan” Muss memberikan pandangan beliau

Joe terus menyambung mengenai konsert Barbarik ini dan segala susunan muzik yang mana beliau sebagai gitaris utama  “Masa sekarang kita tak perlu nak tunjuk terer, jadi kita pakat bagi persembahan yang baik, semua enjoy, kita banyak focus on production especially lighting dan akan more to lighting, jadi photographer nak ambil gambar pun cantik. Dah jemu LED ni orang kawin pun pakai. Kita akan bercerita kat atas tu, bukan setakat main lagu”

“Macam teater la” sambung Muss menjelaskan lagi kata-kata Joe sebelum ni “saya dah banyak dengan Joe sebelum ni, kebanyakkannya follow on lagu, walau banyak menyanyi lagu. Tapi konsert ini adalah persembahan berbeza, awal-awal Joe tak bagitau saya , bila saya practice dia senyap-senyap je. Dalam hati pun dah tanya kenapa lagu kat sini dan lagu susun kat lain. Bila dah hari-hari practice, Joe ni macam, kalau terang pun tak guna, so faham-fahamla sendiri. Jadi saya faham sendiri. Patutla lagu ni kat situ duduknya dan kenapa sampai 5 lagu penuh kita nyanyi berterusan, kemudian saya dah faham, dia macam teater  bukan macam konsert biasa, dia ada kesinambungan setiap lagu. So yang datang akan dapat moment tu, kita harap mereka fahamla, kalau yang follow kami pun dah tau, lagu ni apa cerita dia dan lagu ni ada cerita dia dan kalau bersambung dia akan jadi satu cerita”

Joe menyambung dan memberikan sedikit pandangan beliau mengenai konsert yang keras ini “Dia yang paling belum pernah saya buat inilah 1st 5 lagu straight non stop, bukan medley, Muss pun dah Nampak benda tu selamba je. Saya nak pastikan peminat nak pergi kencing pun dah tak boleh, dengar je memang tak boleh lari dah, takkan ada gap, kalau ada sesiapa pergi kencing je dia akan miss laa kat atas tu, jadi pergi toilet dulu sebelum gerak masuk. Rockers nila suka lagu-lagu heavy dan saya harap konsert ni akan jadi satu lipatan diary saya dengan Muss, best rock konsert”

 

TIKET INFO:

CAT 1 – RM188.00 ROCK ZONE (STANDING)

CAT 2 - RM368 UPPER DECK (PREMIUM SEAT)

CAT 3 - RM268 UPPER DECK (NORMAL SEAT)

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang: www.ticket2u.com.my Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi “Live Chat” Ticket2U. Ikuti akaun rasmi media sosial di bawah untuk info terkini konsert. Facebook: @BarbarikPentasKeras Instagram: @barbarikpentaskeras Twitter: @konsertbarbarik YouTube: Barbarik Pentas Keras




TERBARU

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

Dato Hattan Membuktikan Keupayaan

28 Buah Lagu Bakal Di Persembahkan Dalam Konsert 35 Tahun Dato Hattan

Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang Pada 27 Ogos

Konsert Satu Hari Di Hari Raya Bersama Dato M.Nasir Di PWTC 27 Mei

Konsert 35 Tahun Dato Hattan Di Planery Hall KLCC Pada 4 Dan 5 Jun

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.