Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

27 Oct 2022 16:21

www.kolaboraci.onlinewww.kolaboraci.online

Satu malam, satu pentas dan tiga negara. Ini intipati utama Konsert Kolaboraci - Three To Rock yang akan berlangsung di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia pada 25 November 2022 bermula jam 7 malam.
 
Konsert hebat anjuran Aci Gold itu menggabungkan rockers hebat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura yang akan berkongsi pentas pada malam itu.
 
Indonesia menampilkan band rock popular dan berpengalaman iaitu BIP yang dianggotai Pay Burman (gitar), Bongky Marcel (bass), Indra Q (keyboard) dan Ipank Lazuardi (penyanyi). BIP boleh diiktiraf sebagai antara band rock legenda Indonesia kerana Pay, Bongky dan Indra adalah bekas anggota band rock nombor satu Indonesia iaitu Slank.
 
Mereka menghasilkan lima album dengan Slank bersama Kaka (penyanyi) dan BimBim (dram) sebelum berundur pada 1996 dan menubuhkan BIP.
 
Selain itu, ‘mewakili’ Indonesia ialah Pindad Rock Star, Erik & The Gotune yang dianggotai Iwan Xaverius (bekas anggota Edane) dan Jhon Barhaend.
 
Rockers Malaysia pula dibarisi pemain gitar legenda, Man Kidal (Search / Lefthanded), Lola (dram - XPDC) dan Cliff Umar (penyanyi - Project Pistol), manakala Singapura menampilkan Yazid (penyanyi, bass - Lovehunters).
 
Selaku penganjur, Aci Gold mahu aktif menyumbangkan sesuatu kepada industri muzik Indonesia.
 
“Kami mahu menjadikan Konsert Kolaboraci ini sebagai pentas buat pemuzik dan band serta menjadi destinasi hiburan muzik yang dinantikan masyarakat Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Selain menampilkan band rock, penyanyi dan pemuzik berpengalaman serta popular dari tiga negara, Konsert Kolaboraci juga sebagai salah satu destinasi hiburan yang dinantikan penonton. 
 
Ia juga sebagai pentas harapan buat penggiat muzik, peminat dan golongan peniaga yang sebelum ini terkesan akibat penularan Covid-19.
“Pandemik Covid-19 sudah beransur pulih. Namun dalam masa sama, kita masih perlu berjaga-jaga dan mematuhi protokol kesihatan. Bagaimanapun, industri muzik dan hiburan tetap perlu diadakan. 
 
“Muzik tidak hanya hidup untuk penggiat seni saja, tetapi muzik adalah kehidupan bagi manusia. Muzik adalah cara kita melepas rindu,” katanya.
 
Menurutnya, dalam usaha membina satu komuniti di Asia Tenggara, Aci Gold juga bekerjasama dengan koperasi tempatan, MyUBI yang mempunyai 3,000 ahli akan menjayakan Konsert Kolaboraci di Malaysia.
 
Kedua-dua entiti ini bekerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan di Timur Tengah yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.  
 
Sementara itu, pemain bass BIP, Bongky berkata, BIP sangat teruja dapat mengadakan persembahan di konsert ini selepas sekian lama tidak terbabit dengan sebarang konsert. 
 
“Sudah lama kami tidak membuat persembahan. Saya pun sudah lupa. Rasanya sudah tiga tahun kami tidak membuat persembahan,” katanya.
 
Menurut Bongky, konsert ini bakal memberi semangat baru buat industri muzik Indonesia yang terhenti selama dua tahun akibat Covid-19.
 
Tiket pra-jualan berharga RM303 (VIP), RM152 (Tribune) dan RM75 (Festival) boleh dibeli secara dalam talian di laman web www.kolaboraci.online.
 
Tidak ketinggalan, peminat di luar Jakarta khususnya dari Malaysia dan Singapura juga boleh menonton konsert ini secara dalam talian atau streaming pada hari yang sama.
 
Untuk tontonan streaming, tiket berharga RM15 juga boleh dibeli di laman web www.kolaboraci.online.




TERBARU

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.