Penyatuan dua jenis instrumental yang tetap membawa nuansa bahagia dalam setiap karya atau lagu menjadi ‘senjata’ buat pemuzik legenda tanah air, Man Kidal untuk bergabung dengan gadis manis yang jemarinya ligat mengesek violin, Rania Imtiaz.
Bukan sebuah paduan biasa biasa, bayangkan bagaimana kelak bunyi petikan gitar Man Kidal bergabung dengan gesekan violin Rania yang cukup mengasyikkan.
Sementelah Rania baru berusia 14 tahun akan ‘bersanding’ bakat dengan salah seorang pemain gitar terbaik yang dilahirkan di Malaysia yang kini mencecah usia 58 tahun.
Menurut Man Kidal kolaborasi yang dilakukan bersama Rania bersifat unik kerana paduan bunyi instrumen berbeza iaitu petikan gitar rock dan gesekan violin Melayu Tradisional yang dimainkan oleh mereka akan menghasilkan sesuatu yang jarang diketengahkan di negara kita.
“Saya melihat bakat besar yang dimiliki Rania harus diketengahkan. Untuk seorang gadis berusia 14 tahun dan menekuni kecintaannya bermain violin dan mengangkat martabat lagu Melayu Tradisional yang sudah semakin berkurangan dalam generasi masa kini, industri seni kita harus menyambut dan meraikannya dengan baik,” ujar Man Kidal
Apa lagi gadis manis ini juga bukan sembarangan gadis. Dia merupakan penerima anugerah dari Kementerian Perpaduan Negara sebagai Ikon Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia. Lantas bakat yang sudah pun diiktiraf tidak menimbulkan keraguan bagaimana gabungan epik ini akan terlahir kelak.
Bagi Rania pula, menjalin kerjasama dengan Man Kidal umpama sebuah impian yang luar biasa. Apa lagi sebagai salah seorang pencinta yang sangat menghargai hasil seni muzik, dapat memperkembangkan bakat lebih komersial adalah sebuah kesempatan keemasan yang tidak wajib disia siakan.
Bukan pertama kali terlibat dengan penyanyi tempatan termasuk Hazama, namun ‘pernikahan’ petikan gitar rock Man Kidal dan gesekan tradisional violin Rania disifatkan sebagai ikatan harmoni dalam seni muzik.
“Saya pernah bertemu Uncle Man Kidal dalam sebuah acara dan dari situ kami berbincang tentang muzik.
“Kami berbincang untuk mengharmonikan bunyi gitar rock dengan lagu tradisional Melayu kerana berpandangan lagu tradisional Melayu jika dimasukkan elemen rock boleh memberikan kelainan dan menarik minat lebih ramai orang tanpa merosakkan nilai-nilai kemelayuan yang ada dalam lagu tersebut,” ujar Rania.
Selain itu kata Rania gabungan muzik yang diadunkan ini juga untuk membuka mata generasi sebayanya dan generasi sedia ada terhadap keindahan lagu-lagu Melayu Tradisional.
Rania yang akan menduduki Peperiksaan Gred 8 Violin mula serius menekuni seni mengesek violin sejak usia 6 tahun selepas tertarik dengan keindahan bunyi yang tenang sewaktu mengikut ibu bapanya ke sebuah majlis.
“Saya selalu pandang seorang pemain violin sangat berdisiplin kerana apabila violin ada di bahu ia seperti memegang tanggungjawab atau amanah untuk menjadikan bunyi gesekan itu sedap didengar,” katanya lagi.
Sangat mengagumi dan menghormati Man Kidal yang digelar Mahaguru, Rania berharap gabungan mereka menjadi lambang bahawa muzik menyatukan dua genre muzik berbeza dari dua jarak umur berbeza dengan jarak pengalaman yang jauh berbeza dan dua instrumen muzik berbeza.
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock
Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz
Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur
Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober
Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura
Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ
Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall
Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.