SHAHIR ZAWAWI Diumumkan Sebagai Juara Hijrahkan Laguku

10 Jan 2022 10:26
hijrahkan laguku

Seramai 4 orang bintang Hijrahkan Laguku telah membuat persembahan di pentas akhir iatu episod kelapan rancangan ini. Mereka adalah Mark Adam, Dato’ Nash, Shahir Zawawi dan Iwan Syahman.

Dengan Shahir Zawawi diumumkan sebagai Juara Hijrahkan Laguku musim pertama dan membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000 bersama plak Hijrahkan Laguku. Shahir turut akan  bersama-sama krew TV AlHijrah turun padang ke Langkawi bagi program Hijrah Prihatin (CSR)

Manakala Dato’ Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang masing-masing memenangi tempat kedua, ketiga dan keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000 setiap seorang. 

Anugerah Sawa’assabilturut diumumkan pada malam tersebut. Pemenang Anugerah Sawa’assabil haruslah memiliki kriteria serta memenuhi ciri-ciri anugerah-anugerah yang pernah diberikan sebelum ini iaitu  Anugerah Qudwah, Anugerah Bintang Nurani, Anugerah Versatil dan lain-lain. 

Iwan Syahmandiumumkan sebagai pemenang Anugerah Sawa’assabil.  Ini kerana beliau adalah bintang Hijrahkan Laguku yang dahulunya berlatarbelakangkan hiburan dangdut, berubah ke arah yang lebih baik dan istiqamah dalam jalan hijrah beliau. 

Iwan Syahman  menerima wang kemenangan sebanyak RM3,000 dan akan disumbangkan kepada yang memerlukan sewaktu program turun padang, Hijrah Prihatin (CSR) di Langkawi.

Pentas akhir Hijrahkan Laguku bertemakan Langit Tanpa Tiang. Manakala tema persembahan pula adalah Hati ke Hati dan tema video playback pula adalah Pesanku.

Persembahan pembukaan istimewa dimeriahkan dengan gandingan tiga artis jemputan iaitu Zamani Slam, Mawi dan Cat Farish. Mereka membawakan lagu Tak Mungkin Berpaling dendangan asal kumpulan Slam. 

Sebelum keputusan diumumkan, keempat-empat barisan bintang Hijrahkan Laguku membuat persembahan bersama-sama dengan mengalunkan lagu Malam, gubahan lirik Naim Daniel dan Firdaus Rahmat. Lagu asal tersebut adalah lagu My All, Mariah Carey.

Kesemua bintang Hijrahkan Laguku lahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menyertai program ini dan turut memuji inisiatif TV AlHijrah dalam memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berdakwah sambil menghiburkan.

Mereka juga mengesyorkan TV AlHijrah untuk meneruskan program realiti ini di musim kedua.

Tetamu Kehormat yang hadir bagi memeriahkan pentas akhir Hijrahkan Laguku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad. Turut hadir, Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

Barisan juri pula diketuai oleh juri tetap, Fauzi Marzuki, dibantu oleh Hazamin Inteam dan juga ditemani oleh penceramah jemputan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Berikut adalah senarai lagu yang dipersembahkan oleh barisan bintang Hijrahkan Laguku pada pentas akhir;

Sesi 1 (Solo)

 

  • Shahir Zawawi                                : Madahku

Lagu Asal                                          : Madah Berhelah

Penyanyi Asal                                  : Ziana Zain

 

  • Dato’ Nash                                       : Saat Kau Pergi

Lagu Asal                                          : Kenangan Bersamu

Penyanyi Asal                                  : Lefthanded

 

  • Iwan Syahman                                : Memori di Jalan Allah

Lagu Asal                                          : Memori Daun Pisang

Penyanyi Asal                                  : Amelia & Iwan

 

  • Mark Adam                                       : Sampai Tutup Usia

Lagu Asal                                          : Sampai Tutup Usia

Penyanyi Asal                                  : Angga Candra

 

Sesi 2 (Duet)


 

  • Shahir Zawawi & Dato’ Nash      : Perjalanan Jiwa

Lagu Asal                                      : Kamelia

Penyanyi Asal                                  : Sweet Charity

 

  • Iwan Syahman & Mark Adam      : Syurga Menanti

Lagu Asal                                          : Istana Menanti

Penyanyi Asal                                  : Rahim Maarof




TERBARU

SHAHIR ZAWAWI Diumumkan Sebagai Juara Hijrahkan Laguku

Hijrahkan Laguku Minggu Ke 7 (Separuh Akhir)

Hijrahkan Laguku Solidariti Malaysia

Tiada Penyingkiran Episod Kelima, Semua Bintang Hijrahkan Laguku Terus Ke Suku Akhir

Umrah Bersama Dato Nash Dibawakan Oleh IslamicTunes

Mark Adam Terselamat Nyanyikan lagu Allahyarham Siti Sarah, Zack Kool Tersingkir Episod Empat Hijrahkan Laguku TV AlHijrah

Applikasi gig@IslamicTunes Memartabarkan Hiburan Islamik

IWAN , Rahmad Mega Dan Dato Nash Menyinar Dalam Rancangan Realiti TV AlHijrah Hijrahkan Laguku

Dakwah Menerusi Lirik Lagu Dalam Realiti TV HIJRAHKAN LAGUKU

RAMLI SARIP Kembali Dengan Album Terbaru RASA

AWIE Memulakan Perniagaan Masakan Sambal

Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First

Penangguhan Konsert 4G Kerana Covid19

Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19

Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.