Tiada Penyingkiran Episod Kelima, Semua Bintang Hijrahkan Laguku Terus Ke Suku Akhir

20 Dec 2021 13:22

Kesemua artis HL menarik nafas lega malam tadi apabila Faizal Ismail & Bell Ngasri mengumumkan keenam-enam bintang layak ke minggu suku akhir pada 25 Disember ini.

Walau dalam keadaan negara diuji dengan banjir kilat di beberapa daerah utama di Selangor semalam, persembahan minggu kelima HL berlangsung penuh tertib apabila Ustaz Mohamad Zarifi Hj. Mohamad Daud yang bertindak sebagai mentor   membacakan doa memohon kesejahteraan dan keselamatan dari musibah banjir.

Namun, penonton di studio dan di rumah tidak dapat menahan gelisah apabila buat pertama kalinya Shahir Zawawi dipanggil ke pentas penyingkiran kerana memperoleh markah rendah. Selain Shahir, PG Adam turut berada di kedudukan terbawah.

Shahir yang ditemui sejurus tamat HL berkata episod kelima sedikit mencabar kerana dia mempersembahkan lagu Saat Pemergianmu, lagu asal Dir nyanyian Rahim Maarof yang telah diubah liriknya.

"Saya sudah bersedia. Andai tersingkir, ini adalah adat pertandingan. Bukan di dalam pertandingan HL sahaja, tetapi inilah kata-kata semangat yang saya sematkan di setiap pertandingan yang saya sertai.

"Saya cuma berharap agar kemunculan saya semula di dalam rancangan HL setelah menyepi beberapa ketika menjadi buah tangan yang memanfaatkan penonton.

"Saya pasti, ramai peminat dan pendengar di luar sana yang dahagakan lagu-lagu ketuhanan yang mendekatkan kita kepada Allah dan RasulNya. Saya pohon agar semua pihak memberi sokongan kepada rancangan HL.

Menerusi persembahan episod kelima bertemakan Laguku Lagumu Jua yang berlangsung di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Dato' Nash yang menyanyikan lagu Firman Siagian berjudul Kehilangan mendapat markah tertinggi iaitu 86 markah. Persembahan Dato’ Nash tambah menarik dengan penampilan aktor Saharul Ridzwan yang membacakan petikan hadith Rasulullah.

Iwan Shahman pula berada di tempat kedua dengan 76 markah setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra bertajuk Siapa Di hatimu yang diubah lirik menjadi lagu Allah Di Hatiku.

Tempat ketiga dengan 72 markah dimiliki oleh Zaf V.E. yang menyanyikan lagu Bila Rindu, lagu asal Rod Stewart berjudul When I Need You. Percaturan berani Zaf V.E. serta sifat konsisten beliau dalam menzahirkan karya kecintaan terhadap Nabi Muhammad pada setiap episod persembahan membuatkannya dinobat sebagai penerima Anugerah Mahabbah. Hadiah kemenangan adalah wang bernilai tiga ribu ringgit yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

Sementara itu, persembahan kesemua bintang diadili oleh juri tetap Fauzi Marzuki. Ustaz Isman Hijjaz pula menggantikan Hazamin Inteam yang sedang mengerjakan umrah. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Mohd Farid Ravi pula hadir sebagai pendakwah jemputan.

TV AlHijrah masih lagi tidak membuat sebarang pengumuman tentang hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang rancangan ini.

Untuk rekod, Hirahkan Laguku bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Rancangan ini mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Hotel Premiera Kuala Lumpur pula adalah penaja penginapan rasmi HL.

Siaran ulangan HL boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.

Berikut adalah senarai lagu episod suku akhir minggu hadapan yang bertemakan Ana Pilih, Enta Nyanyi;

PG Adam                   :  Untuk Selamanya penyanyi asal Kumpulan Visa

Iwan Shahman        : Siapa Benar Siapa Salah penyanyi asal Iwan Shahman

Mark Adam                : Anak penyanyi asal Freddie Aguilar

Zaf V.E                       : Cinta Luar Biasa penyanyi asal Andmesh Kamaleng

Dato' Nash                : Puisi Cinta penyanyi asal Kumpulan Ilusi

Shahir Zawawi         : Salam Terakhir penyanyi asal Sudirman Arshad




TERBARU

SHAHIR ZAWAWI Diumumkan Sebagai Juara Hijrahkan Laguku

Hijrahkan Laguku Minggu Ke 7 (Separuh Akhir)

Hijrahkan Laguku Solidariti Malaysia

Tiada Penyingkiran Episod Kelima, Semua Bintang Hijrahkan Laguku Terus Ke Suku Akhir

Umrah Bersama Dato Nash Dibawakan Oleh IslamicTunes

Mark Adam Terselamat Nyanyikan lagu Allahyarham Siti Sarah, Zack Kool Tersingkir Episod Empat Hijrahkan Laguku TV AlHijrah

Applikasi gig@IslamicTunes Memartabarkan Hiburan Islamik

IWAN , Rahmad Mega Dan Dato Nash Menyinar Dalam Rancangan Realiti TV AlHijrah Hijrahkan Laguku

Dakwah Menerusi Lirik Lagu Dalam Realiti TV HIJRAHKAN LAGUKU

RAMLI SARIP Kembali Dengan Album Terbaru RASA

AWIE Memulakan Perniagaan Masakan Sambal

Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First

Penangguhan Konsert 4G Kerana Covid19

Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19

Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.