AWIE Memulakan Perniagaan Masakan Sambal

04 Apr 2021 16:46

Rwie

TIDAK keterlaluan dikatakan 2021 tahun rezeki buat Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman. Permulaan Januari lalu,  penyanyi utama kumpulan Wings ini tampil dengan filem pertama dibawah penerbitan miliknya Rumah Produksi Merah. Filem berjudul 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan pada 7 Januari menerusi saluran Astro First yang berjaya mengutip kutipan lebih RM1 juta.

Pada 18 Januari pula, penyanyi, pelakon dan penerbit berusia 56 tahun ini menimang cahaya mata keenam hasil perkahwinan dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada 7 Oktober 2016. Terbaru, Awie akan mengeluarkan produk sambal, kambing perap dan ayam perap yang akan dilancarkan secara rasmi hari ini (31 Mac 2021).
   
Seakan sukar dipercayai kerana Awie seringkali tampil dengan gaya macho dalam lakonan dan konsert yang dijayakan bersama Wings.

Namun tidak ramai yang tahu Awie sebenarnya mempunyai kebolehan memasak yang tersendiri. Justeru tidak menghairankan apabila dia memanfaatkan kelebihan yang ada padanya ini dengan mengeluarkan produk sambal sendiri di bawah jenama R-WE.

Dibawah jenama ini, dia mengeluarkan empat jenis sambal iaitu Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Merah dan Sambal Ikan Masin Kembong serta Kambing Perap dan Ayam Perap.

Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Masin Kembung dijual pada harga RM25 sebotol. Manakala Sambal Merah berharga RM18. Harga jualan untuk Sabah dan Sarawak pula RM30.  Sementara Kambing Perap 500 gram dijual pada harga RM38 (Sabah & Sarawak RM43) dan  Ayam Perap 1 kilogram berharga RM25 (Sabah & Sarawak RM30).

Resepi sambal ini dihasilkan dari air tangan Awie sepenuhnya dan cetusan ideanya 100 peratus.

"Saya buat produk ini selepas melihat pelbagai sebab antaranya kesibukan kita pada era sekarang. Sambal ini memudahkan kerana apabila balik rumah dari bekerja hanya perlu buka dan makan saja. Syukur, walaupun tanpa promosi dan pelancaran rasmi, sudah 3,000 botol terjual dan sudah ada yang jadi dealer," katanya.

Beliau yang sudah membuktikan kejayaan dalam bisnes entertainment, kini mahu melebarkan sayap dalam perniagaan berasakan makanan pula.

"Saya memang nak buat benda ini. Ideanya tercetus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama. Bila tiada kerja dan tak dapat bekerja semua orang susah, jadi inilah yang saya nak bantu. Orang jadi dealer, dapat jual produk saya sekaligus dapat tambah pendapatan. Saya memang buat produk ini dengan niat nak tolong orang berkongsi rezeki," katanya.

Proses piawaian untuk produk R-WE sangat ketat kerana mengambil masa selama tiga bulan dengan 50 pengguna.

"Saya seorang yang pentingkan kualiti. Apabila mereka kata okay, barulah saya teruskan projek ini," katanya yang akan muncul dengan filem kedua Rumah Produksi Merah berjudul Sue-On, Hantu Korea Sesat Di Taiping selepas ini.
Produk sambal R-WE dikilangkan di Negeri Sembilan. Mereka yang berminat menjadi ejen atau stokis bolehlah menghubungi talian 017-5005240 atau melayari laman web www.rwefood.my.

 




TERBARU

AWIE Memulakan Perniagaan Masakan Sambal

Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First

Penangguhan Konsert 4G Kerana Covid19

Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19

Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.