Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First

10 Jan 2021 16:51

Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !)

Filem Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) arahan Majed Salleh terbitan MRE Network Alliance (M) Sdn Bhd yang sebenarnya telah tertangguh lebih 12 tahun , malah jika meneliti nama para pelakonnya , kita sudah dapat mengagak filem hasil persembahan Datuk Mohd Rosdi Shair ini sudah lama disiapkan . Ia sememangnya tepat kerana penggambaran Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) dibuat pada 2008 menggunakan lokasi Janda Baik , Pahang , Ulu Yam , Cheras dan Hulu Langat , Selangor .

Filem dengan kos RM 1.691 juta ini turut mencatat kenangan tersendiri apabila 5 pelakonnya iaitu Allahyarham Ashraf , Allahyarham Maidin , Allahyarham S. Samsudin , Allahyarham Latif Borgiba Allahyarham dan Allahyarham Fatimah Yahya yang sudah meninggal dunia . Ia adalah penampilan terakhir  Allahyarham Latif Borgiba , Allahyarham S. Samsudin dan Allahyarham Maidin menerusi filem ini .

Justeru ia tentunnya akan meninggalkan kenangan tersendiri kepada pengarah dan pasukan produksi serta peminat yang menonton . Biarpun dikategori lama , filem genre seram tidak mempunyai tarikh luput dan masih boleh ditonton oleh semua golongan yang meminati genre ini .

Dalam pertemuan bersama Datuk Mohd Rosli Shair pada Sabtu lalu di Warung Bapakku FM , menjelaskan serba sedikit mengenai kelewatan filem ini dan bakal ditayangkan di Astro First pada bulan Mac ini .

Beliau yang pernah berasa putus ada untuk meneruskan filem Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) menjelaskan

“Putus asa tu memang ada walaupun  saya daripada bidang muzik ke bidang produksi , saya dah tahu dugaannya dan saya teruskan juga”

“Dan sememangnya ada fikir taknak tayangkan filem ini sebab saya dah merajuk jugala daripada industry  , penat dengan industry dengan kos harga yang makin naik dan kadang-kadang kita tak jumpa orang yang betul untuk membimbing sebab kita baru dan tak kenal sangat  , yang banyak mendorong saya macam artis Yank Kassim , beliau hari-hari kacau saya , hari-hari ajak keluar minum dan dari situ saya semangat balik , beliau kata bro keluarkanla filem tu buatlah balik . Pada waktu itu mmg saya nak simpan je selagi saya tak dapat dana yang cukup untuk bawa keluar filem ni , oleh kerana kawan-kawan yang banyak menyokong jadi saya bangun balik ” jelas Datuk Mohd Rosli Shair

Beliau terus menjelaskan antara sebab filem ini tertangguh adalah kerana waktu itu yang mana teknologi HD yang semakin menjadi pilihan dan mereka telah melakukan penggambaran dengan hanya menggunakan semi HD . Ada factor menyebabkan kelewatan filem ini iaitu taknologi HD dan masalah Post Production .

“Kami gunakan semi HD , masa itu HD baru masuk Malaysia  , masa kami shooting masing-masing masih 50-50 lagi , dan macamana nak buat HD , nak beli peralatan kat mana . Jadi kami terpaksa buat . bila dah habis shooting dan waktu itu bukan semua ada peralatan untuk HD dengan harga yang mahal . Keputusan kami biarkan dulu , kami buat apa yang patut ”

“Lepas tu masalah kat post-production , yang mengambil masa dan dalam masa menunggu tu kita pun dah tak tahan , terus kata tangguh . Sampai semua benda ok balik , duduk dalam team dan bincang dan ambil post yang ke-2 iaitu pada kita yang terbaiklah”

“Masa tu semua production dah cerita pasal HD dan ia adalah teknologi baru dan kami akur dan lengkapkan segala peralatan yang ada untuk HD , memang kelam kabut juga waktu tu . Kos memang naik , kami dah keluarkan kat produksi RM1.691 juta itu termasuk sekali post produksi”

Dengan adanya pelakon Indonesia pasti filem ini bakal ke Negara tersebut untuk tayangan dan semenjak covid-19 melanda dunia segala perancangan akhirnya terpaksa berubah daripada ke pawagan akhirnya filem akan ke Astro First .

“Adanya pelakon Indonesia mmg kita target untuk buat tayangan di sana pada masa tu , pada tahun lepas bulan Januari saya dah rancang nak jumpa Allahyarham Ashraf dan bincang dengan pengedar disana , tiba-tiba bulan Februari dapat berita beliau meninggal , kami selalu berhubung melalui whatsapp dan agak sedih dengan kehilangan beliau”

“Dan selepas itu wabak covid-19 terus melanda dunia , jadi kami buat di Malaysia sahaja . Kami masih tiada tarikh untuk Astro First kerana masalah pandemic dan  juga masalah banjir yang melanda beberapa negeri , rasa elok selepas masalah banjir selesai kami teruskan dengan tayangan di Astro First dan insyaallah pada bulan 3 nanti”

Filem Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) dibarisi oleh Ashraf Sinclair (Indonesia/Malaysia) , Dea Lestari (Indonesia) , Tessa Mariska (Indonesia) , Raja Farah , Ruminah Sidek , Faizal Hussein , Dian P Ramlee , Airiz Yasmin , S. Samsudin , Chik Pak Man Telo , Nabil Ahmad , Yank Kassim , Datuk Jalaludin Hassan , Latif Borgiba , Fatimah Yahya , Zila Bakrin , Ramly Saleh , Munir , Linda Hashim , Nadia , A. Galak , Fathil Dani , S. Azli , Maidin dan Erry Putra

 

SINOPSISSyaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !)

Syaitan Munafik mengisahkan cerita orang-orang tua di mana terjadi satu insiden dimana satu kumpulan pelajar dimana dua daripada mereka tiba dari Indonesia utk bergabung bersama tiga lagi pelajar tempatan.

Setelah mengambil teman mereka di Airport dan meneruskan perjalanan ke Selatan tanahair untuk ke destinasi yang dirancang.

Demi mengejar cita cita untuk membuat research tentang kewujudan puteri bunian dan alam ghaib mereka telah menempuhi berbagai halangan serta rintangan dari awal perjalanan hingga lah tiba di kaki gunung tersebut.

Tanpa menghiraukan kejadian-kejadian aneh itu berlaku kenderaan yg mereka naiki itu terus melunsur ke satu tempat yg lain seperti alam ghaib tanpa mereka sedari perubahan dua alam itu.

(Dari reality ke fantasi)

Home stay @Challet Maiden lokasi pertama yang mereka jumpa dan terus berhenti utk berehat sementara menunggu siang sebelom meneruskan missi mereka.

Dengan tiba-tiba muncul nya tuan punya challet itu bersama seorang pembantu yg di panggil Apek terus menyantuni mereka berlima.

Dari awal memasuki bilik sehinggalah waktu untuk santapan mereka terus mengalami peristiwa2 dan kejadian aneh di tambah pula dgn cerita-cerita dan kejadian lampau yang terjadi di tapak challet tersebut.

Bermula dgn kisah Hantu Kubur yg mengisahkan seorang wanita mati akibat menuntut ilmu hitam demi memuaskan dendam hatinya bersangkutan pula dgn Hantu Raya yg mencari tuan baru utk menjaganya dgn sering menunggu wanita-wanita yg ingin bersalin untuk habuannya.

Dengan gangguan makhlok Toyol di lokasi penginapan mereka juga terus  mengganggu sehingga terjadi perbalahan antara mereka yg sememang ada cubaan daripada antara mereka utk melarikan diri tetapi tetap gagal dgn halangan-halangan yg ada.

Kemunculan Pontianak yg tidak di undang itu lagi membuat kan mereka terus mencari jln keluar sehinggalah salah seorang dari mereka cuba utk memasuki sebuah stor lama dimana di situlah punca segala-galanya berlaku.

Setelah mengharungi sepanjang mlm itu akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapati tempat yg mereka duduki tidak ujud dan hanyalah hutan tebal tiada penghuni.

Siapa Maiden...siapa Apek..dan dimana challet yg besar itu hilang serta apa yg di makan oleh mereka sepanjang bermalam di situ..semua nya menjadi pertanyaan dan kekeliruan antara fantasi dan reality...Penipuan Apa kah Ini.




TERBARU

AWIE Memulakan Perniagaan Masakan Sambal

Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First

Penangguhan Konsert 4G Kerana Covid19

Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19

Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.