Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

24 Sep 2020 09:28

2020-09-24_09-26-14

Dalam usaha untuk membina platform yang dapat membangunkan kandungan-kandungan digital yang sopan tetapi pada waktu sama, masih menitik-beratkan kualiti yang setaraf antarabangsa, penstriman TV dalam talian, Nurflix.TV telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS).

 Kerjasama yang termeterai di antara Nurflix.TV dengan UiTM adalah dari sudut tenaga dan kepakaran yang dimiliki pusat pengajian awam tersebut dalam pelbagai bidang penerbitan kandungan, manakala kerjasama dengan IMS adalah dari sudut penggunaan teknologi dan infrastruktur yang dimiliki studio tersebut yang telah pun diperakui bertaraf antarabangsa.

Sementara kerjasama bersama AWS pula lebih tertumpu kepada penyediaan teknologi platform Nurflix.TV sendiri agar ia mampu berfungsi pada tahap yang maksima. Pengerusi Nurflix.TV, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pihak agensi kerajaan dan swasta untuk turut sama memastikan inisiatif ini akan dapat mencapai matlamatnya.

“Nurflix dibangunkan untuk generasi akan datang dengan usaha dan gabungan generasi hari ini. Secara tidak langsung, ia memberi banyak peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi industri media, pembelajaran dan lain-lain yang berkaitan.

“Inisiatif gabungan dengan ekosistem ini adalah yang pertama di dunia seumpamanya,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Skyforest, Acappella Suite Hotel, Shah Alam. Majlis sidang media pada hari ini turut menyaksikan perjanjian memorandum persefahaman (MOU) di antara Nurflix.TV dengan UiTM, IMS dan AWS.

MOU ini ditandatangani Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, Syah Mohamed dengan wakil UiTM, Dato’ Professor Dr A. Razak Hj Mohaideen yang juga Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi di pusat pengajian tinggi awam tersebut disaksikan Pengerusi Nurflix.TV, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin. Mewakili IMS adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Rashid Karim, manakala AWS diwakili Suaid Ishak yang juga Pengurus Kanan Akaun syarikat tersebut.

Dalam majlis sidang media ini juga, Nurflix.TV turut melancarkan program Nurkids yang dapat membantu membentuk pembangunan dan perkembangan kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun. Memperkatakan lebih lanjut tentang program Nurkids pula, Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, Syah Mohamed berkata, nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan yang semakin rapuh dan menipis di kalangan generasi muda hari ini sangat membimbangkan.

“Kami berharap program-program yang ditawarkan di Nurkids akan mampu membina jati diri, mempelajari sifat kepimpinan diri, membentuk sahsiah terpuji serta membina ukhwah yang baik dan sejati,” katanya.

Nurkids menawarkan pelbagai variasi program menarik serta menghiburkan yang terdiri daripada sitkom berbentuk kekeluargaan serta akademik, drama superhero, masakan, bacaan dan hafazan Al-Quran, kreativiti sehinggalah kepada gameshow. Program-program tersebut adalah Class + (sitkom akademik), Bayt Al Habib (sitkom kekeluargaan), Pendekar Cilik (drama), Kichen (masakan), My Friend, The Qari (bacaan dan hafazan Al-Quran), It’s A Fann Show (kreativiti) dan Bismillah, Go (gameshow).

Sementara itu pengarah kandungan Nurkids, Diana Amir pula berkata, setiap pemilihan kandungan program Nurkids ini merangkumi pelbagai aspek nilai yang mampu menghiburkan kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun. “Pada masa yang sama, kita tetap memastikan ia dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk mereka memahami dan mempelajari tentang adab dan peraturan hidup yang baik,” katanya. Dalam pada itu, Syah Mohamed juga turut mengumumkan bahawa Nurflix.TV akan melancarkan program Turath yang memfokuskan kepada pengajian kitab tradisional.

 Akan tetapi, pendekatan yang cuba diterapkan di dalam program ini agak berbeza kerana ia menggunakan modul ‘learn and understand by viewing’ dengan meneroka bahan-bahan serta kandungan yang segar. “Apa yang boleh dijelaskan di sini, program Turath ini adalah suatu platform alternatif untuk generasi muda mendapat manfaat di samping meluangkan masa mereka begitu sahaja dengan peranti telefon bimbit mereka,” kata Syah lagi. Sila layari laman web, www.nurflix.tv dan ikuti perkembangan Nurflix.TV di platform media sosial berikut:-

Instagram: @nurflix.tv

FB: nurflix.tv.

Twitter: @nurflixtv




TERBARU

Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19

Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.