Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

20 Sep 2020 00:02

2020-09-20_10-40-02

2020-09-20_10-39-51

Tahun 80an adalah tahun kegemilangan buat muzik rock , salah satu kumpulan yang tidak akan dapat dilupakan ialah Lefthanded ,Mereka telah menghasilkan album terbaik sepanjang zaman pada tahun 80an iaitu “Keadilan” , “Seruan” , “Qabul” dan “Evolusi” . Album yang bukan sahaja mempunyai deretan lagu terbaik tapi memperkenalkan 2 gitaris hebat yang lahir daripada Lefthanded iaitu Man Kidal dan juga Allahyarham Samad .

Tidak dinafikan juga kehebatan pemuzik lain yang turut menyumbang lagu dalam album Lefthanded dan juga vokalis mereka yang terus kekal popular walaupun keluar sebagai penyanyi solo .

Pada tahun 2020 Man Kidal Bersama Datuk Nash kembali Bersatu dalam konsert menyambut 40 tahun ulangtahun Lefhanded yang bakal diadakan pada tahun hadapan .

Datuk Nash yang ditemui di Panggung Asia terus membuka bicara

“Konsert ini adalah Ilham daripada Man Kidal , semenjak 5 tahun lalu , dah banyak kami buat utnuk realisasikannya tapi dengan masalah covid kami terpaksa Tangguh , tapi kami akan realisasikan impian ini dan ianya amat bermakna buat kami semua. Kami janggakan ianya konsert besar dengan 16 tempat , tapi semuanya bergantung kepada kebenaran kerajaan dan kami akan patuh dengan SOP yang ditetapkan”

Datuk Nash membuka bicara mengenai konsert ulangtahun Lefthanded yang bakal diadakan pada tahun 2021 yang sebenarnya ia adalah idea semenjak 5 tahun lalu , yang mana pelbagai perkara telah dilakukan untuk realisasikannya dan kini ia adalah impain mereka yang bermakna .

Malah memperkenalkan lineup Lefthanded 2020 iaitu Nash (Vokal) , Man Kidal (Gitar) , Hafiz (anak Allahyarham Man Dayak) (Drum) , Ritz (Gitar) , Hafiz “Fly” (Bass) dan Roza Rio (Keyborad)

Dalam menceritakan lagi mengenai konsert ulang tahun Lefthanded  , Nash kembali bernostalgia ketika rakaman album Qabul yang mana mereka berkampung dalam memerah idea untuk album tersebut dan inilah yang akan dilakukan untuk konsert ini nanti .

“Ia seperti semasa album Qabul , semasa rakaman album tersebut kami telah bekampung di Fraser Hill lebih 2 ke 3 bulan dalam memerah idea untuk album tersebut”

“Seperti juga konsert Lefhanded ulangtahun yang 4o tahun ini nanti , kami akan berkampung di Panggung Asia bermula sekarang hngga hujung tahun nanti , iaitu 4 bulan . Kat sini kami akan berlatih dari segi muzik , setting sound system dan juga untuk lampu dan di Panggung Asia ini juga kami akan membuat bermacam program”

“Pelbagai perkara kami akan lakukan di Panggung Asia antaranya melakukan klinik muzik , cuba buat live streaming dan tak lupa juga sumbangan buat artis-artis tanahair yang mana dilanda musibah tak kira yang baru atau lama , kami akan cuba bantu dengan membuat kutipan dana”

Lebih 40 tahun didalam industri ,Datuk Nash menjadi penyanyi bersama Lefthanded semenjak usia remaja lagi , Pada hari ini dengan usia yang hampir menjejak 61 tahun dan ketika beliau bersemangat semula untuk menjayakan ulangtahun konsert Lefthanded yang ke 40 tahun ada satu yang menjadi persoalan yang terus ditanya kepada wartawan

“Layak tak untuk Lefthanded turun padang bertemu peminat kami? Selama 40 tahun kami dalam industry muzik”

Ia adalah pertanyaan diberi jawapan positif oleh para wartawan , dengan penuh semangat beliau bertanya kembali

“Sebab apa saya tanya?”

“Sebab zaman sekarang zaman netizen , zaman orang boleh cakap apa sahaja pendapat mereka , Saya akur dengan idea dan apa sahaja lontaran peminat”

“Ada peminat yang hargai kami sebagai orang lama dan ada juga yang mengecam kami . Contoh macam diri saya , menyanyi tinggi sekarang dah tak boleh tinggi”

“Saya tanya sebab ia mengenai sumbangan kita bukan nak luah perasaan tapi cerita secara jujur , apa yang Lefthanded keluar pada hari ini itulah Lefthanded pada hari ini , anda tidak boleh expect Lefthanded ketika umur saya 19 tahun yang lalu”

Ia bukan sesuatu kekecewaan yang diluahkan oleh Datuk Nash , ia adalah satu cabaran baru buat Lefthanded . Melihatkan persembahan barisan lineup terbaru ini , ia pastinya amat dinantikan , Lefthanded sempat mempersembahkan beberapa buah lagu , walaupun Datuk Nash dilihat sebagai orang koporat , beliau sememangnya telah bersedia untuk rock Bersama Lefthanded dalam Konsert Lefthanded 40th Anniversary.

Walaupun belum diumumkan lokasi tempat konsert , untuk maklumat lanjut boleh layari ke www.projekgila4u.com




TERBARU

Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19

Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.