Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

18 Jul 2020 01:13

2020-07-18_01-08-54

Sebagai suatu usaha untuk memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri, platform streaming TV Online berkonsep langganan, Nurflix.TV bakal menawarkan kandungan digital baharu, segar, tulen (original) dan selamat tontonan untuk semua jenis golongan dengan berlandaskan aspek adab dan akhlak.

Bagi mencapai tujuan ini, platform streaming TV Online yang dibangunkan Sutera Hijau Ventures Bhd ini menggunakan khidmat kerjasama dua hala di antara golongan ulama dengan karyawan industri kreatif bagi menghasilkan kandungan-kandungan program  yang terpandu serta menghiburkan.

Dengan mengetengahkan kandungan program yang selamat ditonton untuk semua golongan ini, Nurflix.TV dijadual akan memulakan siaran secara percubaan sepanjang tempoh tiga bulan bermula Oktober hingga Disember ini dengan memperkenalkan 12 tajuk daripada pelbagai jenis kategori termasuk drama dan filem akan ditayangkan secara percuma menerusi episod pertama, sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada Januari 2021.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, Syah Mohamed berkata, idea asal untuk mewujudkan Nurflix.TV ini sebenarnya adalah untuk mewujudkan sebuah ekosistestem mampan diri yang dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penyedia kandungan menerusi platform yang disediakan.

“Kalau dilihat pada masa ini, terlalu banyak kandungan digital yang semakin tidak terkawal, tidak ditapis , tidak memiliki norma dan nilai budaya yang ideal.

“Pada masa yang sama juga, ekosistem mampan diri yang telah dibentuk ini akan dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif dan secara tidak langsung ia dapat membantu menjana ekonomi negara,” katanya.

Majlis sidang media The Nurflix Initiative pada hari ini menyaksikan penyerahan mandat oleh Pengerusi Nurflix.TV, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir kepada Penyelia Kehormat (Musyrif) Nurflix.TV, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid .

 

Kedua, perlantikan fasa pertama affiliate artistes seperti Eman Manan, Erra Fazira, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Adam Corrie, Mira Filzah, Diana Amir, Wany Hasrita dan Alif Teega untuk turut sama berkolaborasi dengan Nurflix.TV bagi menghasilkan kandungan-kandungan terpilih ini.

Menurut Syah Mohamed lagi, pihaknya amat menitik-beratkan kualiti produksi serta nilai kreativiti dalam kandungan-kandungan yang dipaparkan di dalam platform Nurflix.TV.

“Disebabkan itu, kita memiliki panel penasihat kandungan dan kita juga turut memastikan setiap kandungan yang ditawarkan di dalam platform ini memaparkan idea atau subjek yang cukup unik,” katanya lagi.

Memiliki sasaran untuk meraih 1 juta tontonan sehingga akhir Januari 2021, pihak Nurflix TV turut mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat-bakat baharu, bersesuaian dengan tagline mereka: ‘Be Part Of Us’.




TERBARU

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.