Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

09 Jul 2020 21:39

2020-07-09_09-45-05

Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi  seni yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air, empat penyanyi lelaki generasi masa kini: Black, Hazama, Tomok dan Akim bersedia untuk menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.

Julung kali disatukan, tidak cukup dengan “Anugerah Terindah” , “Mana Mungkin” dan “Sofea Jane” daripada Black . “Cinta Teragung” ,  “Malaikat” dan “Penglipur Lara”  daripada Hazama  atau “Sejarah Mungkin Berulang” oleh Tomok bersama seleksi “Bagaikan Bidadari” dan “Arjunanya” , Akim pula bersama “Bengang” , “Mewangi” dan “Rampas” . Konsert yang bakal menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi daripada empat penyanyi itu sehingga kini sebagai konsep pengisian.

Dinamakan sebagai Konsert 4G’s:  Black, Hazama,Tomok & Akim , paduan suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet hebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, di Istana Budaya khususnya.

Biarpun masing-masing memiliki lagu-lagu popular yang pastinya jadi siulan peminat, namun untuk 4G’s, mereka juga tidak cenderung dipersembahkan sebagai penyanyi solo, sebaliknya  sebagai sebuah kombinasi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.

Dengan kata lain, mereka akan ‘dilahirkan’ sebagai sebuah grup daripada generasi masa lalu dan generasi masa kini.

“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing, tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis,  cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,”kata Fandy Alias, Ketua Eksekutif Belbis Sdn.Bhd. selaku syarikat  Penganjur dan Penerbit Konsert 4G’s – Gabungan Melodi Terindah.

“Susunan Muzik Konsert 4G’s ini pula akan diperhebatkan dan di indahkan lagi oleh Pengarah Muzik hebat tanahair iaitu Saudara Aubrey Suwito yang sangat berpengalaman lebih 30 tahun dalam pengarahan muzik untuk konsert-konsert artis tersohor  tempatan dan antarabangsa seperti siri konsert Alahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Krisdayanti, Anugerah Juara Lagu , Anugerah AIM serta banyak lagi juga berpengalaman luas dalam persembahan luar negara bersama artis antarabangsa seperti David Foster dan ramai lagi.

Berpengalaman menganjur dan menerbitkan beberapa konsert terdahulu antaranya seperti “Koncert Romansa” Kris Dayanti, M. Nasir “Sang Pencinta” dan beberapa artis lain lagi, pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim sebagai 4G’s untuk dua malam persembahan akan menjanjikan konsert yang amat berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri. “Secara puratanya, gabungan empat penyanyi ini mempunyai lebih enam juta pengikut dalam laman sosial mereka. Dari angka tersebut, nampaknya mereka mendapat sokongan ramai peminat muzik tanah air dan pihak-pihak lain.  Penganjur juga sangat mengalu-alukan semua pihak-pihak terutama syarikat korporat dan lain-lain yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai penaja konsert dengan menghubungi kami”tambah penganjur.

Sebagai penambahan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim kini dalam proses menghasilkan sebuah single baharu.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan dan lebih istimewa menjadi hiburan bonus khas buat penonton Konsert 4G’s nanti.

Bagaimanapun segala perancangan rapi yang telah di buat khas untuk peminat dan penonton Konsert 4G’s telah tertangguh dan tidak dapat berlangsung seperti tarikh yang sepatutnya iaitu pada 17hb dan 18hb April 2020 disebabkan oleh negara dan  seluruh dunia telah dilanda pendemik Covid 19 yang telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian kehidupan,ekonomi dan sebagainya di negara kita serta seluruh dunia juga turut terjejas. Lebih 3 bulan kita semua telah menjalani kehidupan norma baru serta mempraktikan segala bentuk SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penyularan wabak Covid 19 demi kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.

Seperti yang diketahui akibat wabak Covid19 ini konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17hb dan 18hb April lalu , telah ditunda kepada satu tarikh yang baru yang sedang di kenal pasti. Sekiranya keadaan diumumkan pulih oleh pihak kerajaan dalam masa terdekat, kemungkinan besar konsert 4G’s akan dapat diadakan pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun pihak pengurusan Belbis Sdn Bhd masih menunggu kata putus dari pihak Istana Budaya dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancungan (MOTAC) yang sedang menguruskan persediaan yang perlu untuk semua pengunjung dan penonton sesuai dengan  syarat dan prosuder (SOP) yang ditentukan kerajaan. Satu pengumuman rasmi akan di buat berkenaan tarikh baru Konsert 4G’s setelah mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa.

Penganjur juga ingin memaklumkan kepada semua peminat yang telah membeli tiket, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh baharu yang akan di umumkan kelak. Pihak penganjur dan semua artis 4G’s  dengan rendah hati memohon maaf serta terima kasih kepada semua peminat, penaja dan semua pihak terbabit yang telah bersabar dan terus menyokong Konsert 4G’s ini.  Diharapkan dengan doa dan sokongan berterusan dari peminat dan semua pihak, segala perancangan yang sedang di atur akan dipermudahkan dan berjalan lancar dalam waktu terdekat.

Untuk pertanyaan dan sebarang informasi terkini peminat boleh menghubungi penganjur di aplikasi WhatsApp +6018 2488184  atau Email  ke belbissdnbhd@gmail.com atau boleh juga masej terus ke Instagram @konsert4gs




TERBARU

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.