Gambar Oleh Jon Ramlan
Seperti kebanyakan lagu yang berpaksikan genre balada di pasaran muzik Malaysia, ’Masih Ada’ tidak lepas lari daripada mengangkat tema cinta sebagai sebuah karya lagu.
Namun, ia adalah sebuah kisah cinta yang tidak terluah apabila dua ikatan jiwa bimbang menyuarakan isi hati sebenar dan lebih senang memendam rasa.
Tidak dinafikan ia adalah sebahagian daripada kisah cinta yang sering berlaku di dalam kehidupan seharian kita, akan tetapi ia sama sekali jarang diketengahkan di dalam karya-karya lagu balada kita.
Jarang berlaku juga apabila bekas bintang program realiti hiburan Akademi Fantasia (AF) berlainan musim digandingkan bersama sebagai pasangan duet dan buat pertama kalinya, ’Masih Ada’ mempertemukan jodoh Ewal dan Akma Abdullah sebagai pasangan penyanyi. Apakah mereka bakal menjadi pasangan duet yang berjaya serta mampu memberikan impak kepada industri muzik Malaysia? Anda nilaikan sendiri kehebatan lagu dan paduan vokal mereka berdua.
Apa yang menarik, ’Masih Ada’ ciptaan Jaybon turut menampilkan Ewal sebagai penulis lirik.
Kata Ewal, idea untuk menghasilkan lagu duet ini dicetuskan sendiri oleh komposer Jaybon di bawah syarikat produksinya, Jaybon Music Production.
“Projek menghasilkan lagu duet ini sudah dirancang sejak 3 bulan yang lalu. Pada awalnya, mereka ingin menggandingkan saya dengan penyanyi dari Singapura.
“Tapi akhirnya mereka berpendapat suara dan vokal Akma lebih sesuai dan serasi dengan saya di dalam lagu yang seperti ini.
“Apa keserasian bersama Akma turut saya rasai sewaktu kami menjayakan rakaman suara bagi lagu ini,” kata Ewal.
Sementara itu, Akma pula berkata, dia tidak pernah terlintas di fikiran untuk berduet dengan Ewal menerusiMasih Ada .
“Apabila dapat bergandingan bersama dengan Ewal, ia adalah suatu penghormatan buat saya kerana saya mengenali dia sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa apabila dia menyertai World Championship of Performing Arts di Amerika Syarikat sebelum dia menyertai AF.
“Lagipun sudah 14 tahun saya tidak menghasilkan lagu duet. Kali pertama adalah bersama Felix menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang digabungkan dengan Antara Mataku dan Mataku.
“ ’Masih Ada’ bagi saya punya kekuatan yang tersendiri. Ia memiliki soul. Saya terpaksa akui memang tidak mudah menyanyikan lagu ini. Tapi, abang Jaybon dan Ewal dari sudut nyanyian, ia banyak membantu.
“Saya berharap sangat lagu duet saya dan Ewal ini akan diterima serta mampu melonjakkan semula nama kami berdua di dalam persada seni suara,”kata Akma.
Biarpun usia dan taraf status Ewal dan Akma jauh berbeza, namun kedua-dua masih tetap punya keserasian sewaktu bekerja berbeza dan profesional dalam menjayakan projek lagu duet ini.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.