Tahun 90an adalah zaman ‘boyband’ menguasai para peminat diseluruh dunia , dengan tumbuhnya ‘boyband’ yang bagaikan cendawan dan terus memasuki arus perdana dan mendominasi carta-carta muzik dunia .
Kumpulan 911 adalah antaranya , terkenal dengan membuat ‘backflips’ diatas pentas , kembalinya kumpulan retro pop daripada British ini pasti menjadi satu kenangan . Mereka pernah datang membuat konsert besar di Malaysia pada tahun 2000.
Hampir 20 tahun berlalu , Konsert 911 The Reunion bakal berlangsung kembali di Malaysia . Bertempat di Quill Convention Center Kuala Lumpur pada hari Sabtu , 22 Jun ini .
Ia adalah konsert yang ‘sold out’ . Menurut penganjur Deromp Marketing , kesemua tiket telah habis dijual .
Ketika sidang media di Sheraton Imperial , Kuala Lumpur . Ketiga-tiga mereka Lee Brennan , Simon ‘Spike’ Dawbarn dan Jimmy Constable telah turun untuk bertemu para media .
Mereka yang sentiasa aktif diatas pentas pada ketika dahulu , ditanya apakah mereka akan kekal aktif diatas pentas dengan breakdance dan backflips
“Kami akan cuba membuatnya (gelak) dan kami berjanji kepada peminat ia akan menjadi persembahan yang hebat”
“Konsert ini adalah peluang untuk kami kembali lagi selepas 20 tahun , Malaysia masih menarik dan cantik dan Malaysia adalah negara yang paling kami ingati”
Selama 5 tahun mereka bersama , 911 terus menguasai single di UK , menjual lebih 10 juta single dan 6 juta unit album diseluruh dunia dan mereka sangat popular buat peminat Asia Tenggara , dan sebelum ini mengumumkan berpecah pada February 2000 .
Konsert ini akan dibuka oleh 2 artis iaitu Andreah penyanyi dan penulis lagu daripada British yang berusia 18 tahun , yang mana ia pertama kali kedatangan beliau ke Malaysia .
Serta DJ Nesh akan turut beraksi, iaitu DJ yang telah mencipta nama tersendiri dengan muzik hip hop , beliau mempunyai 20 tahun pengalaman di Malaysia dan sekitar Asia
Tiket-tiket untuk konsert ini berharga RM98 , RM158 , RM 258 daqn RM398 dan juga tiket VIP yang berharga RM598 , pemegang tiket VIP berpeluang untuk bertemu 911 selepas konsert .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.