Sharifah Khasif yang popular dengan album tarannum “Al Husna” dan merupakan qasidah yang menyampaikan dari surah-surah Al Quran , malah beliau juga adalah Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa 2009 sebenarnya telah pusing ke seluruh dunia untuk menyampaikan tarannum beliau , beliau juga mengusahakan Academy Of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) yang mana untuk melahirkan generasi Al Quran dengan taraannum yang mempunyai kualiti dan mampu menjadi seperti qari dan qariah antarabangsa .
Beliau yang sebelum ini pernah viral mengajar Al Quran didalam pesawat peribadi menjelaskan ia hanyalah satu salah faham .
Kali ini beliau akan muncul bersama-sama kumpulan Raihan dan juga Dato Jamal Abdillah sebagai penyanyi undangan bakal memeriahkan lagi “Qasidah Night” yang bakal berlangsung pada 27 April di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara .
Ketika ditemui di Sidang Media bertempat di Restoran Rebung beliau menjelaskan idea untuk membuat “Qasidah Night” ini tercetus sewaktu beliau berada di Turki dan Bosni
“Tercetusnya idea ini ketika saya berada di Turki dan Bosnia , semasa itu saya dijemput kedua-dua negara ini hanya apabila mereka melihat saya melalui youtube sahaja”
“Dari situ mereka berminat untuk membawa saya , sebulan saya tinggal disana dengan segala perbelanjaan ditanggung begitu juga keluarga saya , mereka amat mementingkan hasil kualiti dan sebab itu saya berlatih sebulan disana , mereka amat menyukai kerana saya satu-satunya orang Malaysia yang mengalunkan qasidah Al Quran”
“Idea dari sana dan saya membawanya ke sini . Saya juga pernah bertemu kumpulan Raihan di cruise , saya membesar dengan lagu-lagu mereka dan mereka juga mempunyai pengalaman bukan sahaja di Malaysia , malah di Eropah dan Negara Timur Tengah mereka sangat dikenali disana , ketika saya melihat persembahan mereka di cruise membuatkan saya mengalir air mata”
“Saya pilih mereka dari segi pengalaman yang mereka ada , saya sendiri kalau pergi ke eropah atau Timur Tengah juga saya seringkali ditanya soalan ‘u know Raihan?’ soalan yang tak putus menunjukkan betapa pengaruh besar kumpulan Raihan bukan sahaja di Malaysia tapi di dunia ” jelas Sharifah
Kumpulan Raihan adalah pelopor kepada Nasyid Kontemporari di seluruh dunia , jika kita bertemu dengan penyanyi nasyid di seluruh dunia mereka akan menyebut nama Raihan , Maher Zain sendiri menjadi penyanyi kerana pembawaan Nasyid kumpulan Raihan , mereka membawa pengaruh yang besar .
Kumpulan Raihan yang ditemui juga mengatakan “Qasidah Night” adalah konsep baru , namun bagi mereka alunan melodi antara di Timur Tengah juga tidak kurang bezanya di Malaysia , dan ia sesuatu yang mudah untuk kedua-dua budaya namun dari agama yang satu ini menghayati dan secara sedar atau tidak ia bagaikan satu budaya .
“Ia satu konsep yang baru , mengajak anak-anak generasi baru untuk menghayati kayanya budaya yang menjadi teras iman . Pengalaman kami diluar Negara juga kami pernah terlibat ketika itu diadakan di Dubai , dengan qasidah yang agungkan peribadi Nabi Muhammmad s.a.w , ketika itu kami wakili Malaysia yang membuat persembahan bukan sahaja hadirin biasa tapi dihadapan kerabat diraja”
“Melodi mereka sendiri lebih kurang sama macam lagu-lagu kita di Malaysia , betapa melodi mereka sebenarnya sama dengan budaya kita sejak dahulu”
Persembahan akan dibahagikan kepada 2 segmen dimana segmen pertama akan menampilkan persembahan kebudayaan dengan kerjasama Istana Budaya .
Menerusi segmen kedua pula peminat akan disajikan dengan persembahan Sharifah Khasif , Raihan dan Dato Jamal Abdillah sebagai artis undangan .
Lebih 8 orang pemuzik professional akan mengiringi persembahan Sharifah Khasif dan Raihan pada malam itu.
Tiket-tiket boleh didapati dengan hanya satu harga sahaya iaitu RM300 dan boleh dibeli melalui talian 03 414 41104 atau 012 227 47918 / 012 312 6254
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.