Man Bai dan Rahim Maarof adalah dua penyanyi yang telah mencapai zaman kegemilangan mereka , Rahim Maarof yang memulakan karier menyanyi seawal usia remaja sebenarnya telah membuahkan hasil pada awal tahun 80an , walaupun pernah bersama dengan kumpulan Whitesteel namun kemuncak karier beliau adalah sebagai artis solo dengan lagu-lagu yang terus siulan sehingga ke hari ini .
Begitu juga dengan Man Bai memulakan kerjaya bersama kumpulan Gersang , kumpulan Gersang tidak begitu sukar kerana album sulung mereka terus mendapat sambutan hangat , begitu juga selepas beberapa lama beliau yang muncul dengan album solo yang terus melonjakkan lagi nama beliau .
Kedua-dua sahabat ini bukan pertama kali membuat persembahan bersama , mengingati kembali Man Bai menceritakan persembahan bersama yang mendapat sambutan walaupun dalam skala kecil “Sebelum ini saya dan Rahim pernah membuat persembahan bersama di kelab Jazz , sambutan menggalakkan dan penuh full house walaupun hanya dapat memuatkan 120 orang sahaja , kami pun tak target 3 ke 4 ribu orang , biar tempat kecil tapi impaknya solid”
Man Bai dan Rahim Maarof yang ditemui ketika sidang media “Konsert 2V” di MaTIC , Konsert yang bakal diakan di MaTIC pada 6 April nanti .
KAMI MASIH RELEVAN
2V atau 2 Vokal diterjemahkan kepada mereka berdua ia adalah manifesti seni Man Bai dan Rahim Maarof .
Man Bai yang ditemui turut menyatakan bahawa mereka masih relevan walaupun dengan kehadiran pendatang baru kedalam dunia seni ia sikit pun tidak menggugat kerana lagu-lagu yang dimiliki mereka sudah cukup kuat untuk terus menghiburkan para peminat .
“Sekarang banyak pendatang baru , bagi saya dan Rahim Maarof , kami tak pernah pudar untuk meneruskan karier kami”
KONSERT SKALA KECIL
“Walaupun tanpa penaja , kami akan tetap teruskan konsert ini kerana ia bukanlah konsert pada skala besar . Cukup dapat hiburkan peminat kami ”
Menurut Man Bai , MaTIC yang dapat memuatkan 400 penonton bukanlah masalah bagi beliau kerana ia sebenarnya memberikan lagi sentuhan peribadi .
“Cabara utama untuk membuat konsert ini ialah mencari pelabur , terima kasih Lolipopliving (penganjur) kerana sudi membantu dan juga rakan-rakan pemuzik yang lain , banyak show yang minus one sekarang , tiada solid konsert . Inilah yang ingin kami hasilkan”
Ketika ditanya mengenai harga tiket konsert yang mahal iaitu RM205 , Man Bai memberitahu ia bukanlah perkara besar kerana nama Man Bai dan Rahim Maarof cukup besar dan mereka juga diiringi pemuzik professional , malah dalam konsert-konsert lain juga ada tiket yang lebih mahal .
Man Bai juga tidak menolak jika ingin membuat konsert skala besar , jika ada pelabur yang berani bukanlah masalah untuk beliau menyanyi dihadapan 5 ribu orang .
Menceritakan kembali pada tahun lepas beliau telah berusaha untuk mendapatkan tempat di Istana Budaya
“Pada tahun lepas memang saya nak buat di Istana Budaya iaitu pada 23 dan 24 Disember , saya dah hantar proposal tapi di tolak sebab sebelum ini Istana Budaya kata ada kekosongan pada tarikh tersebut”
“Tiba-tiba ditolak kerana ada konsert Dato Jamal Abdillah , tapi saya terima keputusan itu kerana saya hormat Dato Jamal”
“Cuma saya harap Istana Budaya berubah dari segi dalam dan cara kerja , saya taknak ada kroni”
Tiket-tiket Konsert 2V boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com dengan harga RM205 , tiket awal yang berharga RM185.00 juga hanya terhad kepada 50 orang sahaja
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.