Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

28 Nov 2017 01:30

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

Ini adalah konsert besar yang pertama di Malaysia buat kumpulan popular Indonesia , Noah . Ia adalah persembahan yang amat dinanti oleh para peminat mereka . Noah kembali ke pentas Malaysia dengan penuh yakin selepas kejayaan mereka menawan hati peminat mereka di Indonesia dan menjadi artis paling hangat disana, penukaran nama yang dibuat mereka cukup tidak memberi kesan langsung .

Setelah sekian lama konsert ini dinantikan , para sahabat Noah telah mula berkumpul di perkarangan Stadium Negara sejak awal lagi pada sabtu lalu . Pada malam itu  Noah muncul di atas pentas tepat pada pukul 8.30 malam .

Mereka muncul dengan gaya yang tersendiri dan tampil dengan lagu “Seperti Kemarin” , peminat masih gelisah walaupun konsert telah dimulakan , laungan “Ariel ,“Ariel” jelas daripada peminat mereka , pada masa itu hanya bayangan Ariel , Lukman , Uki dan David di sebalik mainan lampu dan tirai putih . Selepas lagu ke 2 “Topeng” , Stadium Negara mula bergema , kelibat mereka kini nyata , dengan elemen kejutan  . Keseronokkan peminat makin teruja , yang dapat melihat mereka didepan mata .

Diteruskan lagi dengan lagu “Hidup Tanpamu Mati Tanpamu” dan “Ada Apa Dengan Mu” , jelasnya ia adalah lagu-lagu yang jelas adalah hit daripada mereka . Ariel yang terus menyapa peminat bercerita mengenai konsert terakhir mereka di Stadium Merdeka pada tahun 2006 ketika dibawah nama Peterpan . Kedatangan kali ini adalah untuk berkenalan semula dengan peminat Malaysia dan melempiaskan kerinduan bersama .

Ariel dan rakan-rakan tidak berlengah dan terus memainkan lagu-lagu “Langit Tak Mendengar” , “Separuh Aku” , “Bintang Di Surga” dan “Jika Engkau”. Nyatanya persembahan ini bukan hanya Noah semata tapi kegembiraan adalah daripada sikap ‘sporting’ para peminat mereka yang jelas bersama-sama menyanyi bersama dan tidak letih dengan setiap sorakkan , menjadikan Stadium Negara begitu meriah .

Ariel yang masih bertenaga meneruskan lagi dengan lagu hebat mereka , “Mungkin Nanti ” , “Ku Katakan Dengan Indah” dan juga duet bersama Altimet melalui lagu “Khayalan Tingkat Tinggi” yang mana Altimet menyuntik lagu beliau “Amboi” .

Malam itu persembahan yang memakan masa 1 jam lebih ditutup dengan lagu-lagu “Mimpi Yang Sempurna” , “Tak Bisakah” dan “Cobalah Mengerti”  .

Ia adalah persembahan yang menarik daripada Noah , walaupun sebenarnya mereka boleh lagi memberikan lagu-lagu yang lebih bertenaga dan rentak yang lebih rancak dengan lagu-lagu dibawah nama Noah , tapi nyatanya peminat di Malaysia amat bertuah kerana lagu-lagu yang dimainkan oleh Noah pada malam tersebut dengan lagu-lagu popular semasa dibawah nama Peterpan , yang sebenarnya amat jarang dimainkan dimana-mana konsert mereka di Indonesia , apatah lagi untuk keseluruhan konsert disana .

Noah yang menyampaikan lagu-lagu popular ketika zaman Peterpan adalah bagaikan memberi suatu kenyataan ; bahawa Noah adalah Peterpan . Itulah hakikat yang sebenar walau mereka telah bertukar nama , dengan setiap ahli didalam Noah adalah orang yang sama .

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur

NOAH Live In Kuala Lumpur




TERBARU

Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020

Pelancaran Program Nurkids Dan Turath

Konsert Ulangtahun Ke 40 LEFTHANDED

Berita Baik Buat Artis Dan Pemuzik

Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam

Online TV Tempatan NURFLIX.TV Untuk Semua Golongan

Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.