Kisah “Bawang Putih Bawang Merah” adalah cerita rakyat yang popular di Nusantara , malah ia adalah sebuah karya yang amat dikenali oleh semua rakyat Malaysia . Pada tahun 1959 ditangan pengarah S. Roomai Nor , filem ini telah menghasilkan kesan yang mendalam buat semua penonton , malah sehingga ke hari ini ia adalah antara sebuah filem klasik yang paling diingati bersama dengan setiap lagu-lagu didalam filem ini yang cukup merdu .
Ditangan Eirma Fatima , cerita rakyat ini lagi sekali akan dipertontonkan di Istana Budaya . Dengan kisah dan jalan cerita yang telah diketahui ramai ia pastinya amat mudah untuk mengikuti teater ini , dengan kehadiran penonton yang ramai tentunya mereka ingin melihat lagi sekali kisah duka “Bawang Putih Bawang Merah” .
Antara selebriti yang terlibat dalam teater ini ialah Syarul Ridzwan sebagai Putera Raja, Juliana Evans sebagai Bawang Putih, Nur Fathia Latiff sebagai Bawang Merah, Nabila Huda sebagai ibu kepada Bawang Putih, Fazlina Ahmad Daud sebagai ibu kepada Bawang Merah, Beto Kusyairy sebagai Bongkok dan Tya Arifin sebagai Melur, sahabat baik kepada Bawang Putih.
Eirma cuba membawa kisah “Bawang Putih Bawang Merah” ini mengikut pandangan beliau sendiri , walaupun tidak berubah banyak , namun penambahan watak seperti Si Bongkok dan juga Nenek Kebayan serba sedikit mewarnai persembahan teater ini .
Yang mana watak Si Bongkok adalah kisah seorang lelaki yang menyimpan perasaan pada Bawang Merah dan sanggup berlawan silat bersama Putera Raja demi buah hatinya dan akhirnya akur dengan perasaan sebenar Bawang Merah dan Putera Raja sendiri memaafkan tindakan menderhaka oleh Si Bongkok .
Begitu juga Nenek Kebayan , memberikan elemen mistik sebagaimana mistiknya kisah “Bawang Putih Bawang Merah” yang banyak membantu Bawang Merah .
Walaupun kehadiran kedua-dua watak ini , persembahan teater “Bawang Putih Bawang Merah” tidak langsung menjejaskan kisahnya yang telah kita semua ketahui , sebagaimana anak raja yang terpikat dengan kemerduan suara Bawang Merah , lagi satu ialah Eirma sebagai pengarah memaafkan segala sikap dan tindakan oleh Mak Kundur , ibu tiri Bawang Merah ,lakonan Fauziah Ahmad Daud dan anaknya Bawang Putih , berlainan seperti kisah asal .
Menurut Eirma Fatima , beliau ingin menonjolkan sikap saling memaafkan antara satu sama lain . Apa yang menarik tentang teater klasik ini ? disamping untuk menghiburkan penonton serba sedikit ia kembalikan ingatan penonton kepada cerita rakyat yang telah sekian lama ini dan yang jelasnya teater ini berakhir dengan kegembiraan buat semua .
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.