Jatuh bangun bersama, ditinggalkan dan sering berganti anggota dan akhirnya kembali bersatu merupakan nostalgia buat semua anggota Wings. Bermula dengan album sulung, “Belenggu Irama”, Wings mencatat fenomena sebagai kumpulan rock yang ulung serta melakar kejayaan demi kejayaan dari penghujung 1980-an hinggalah kini.
31 Oktober lalu, Wings sekali lagi berjaya mencatat sejarah peribadi apabila lebih 20,000 fanatika kumpulan yang dibarisi oleh Awie, Joe, Eddie dan Black sekaligus merubah ruang litup Stadium Merdeka yang rata-ratanya adalah peminat setia kumpulan rock tersebut.
Terdahulu penonton dihiburkan dengan persembahan ‘tribute’ yang menampilkan Ito (Blues Gang), Datuk Hattan, Afdlin Shauki, Azlan & The Typewriter, One Nation Emcee, Bila (AF 2015) dan Aweera mula menghangatkan suasana konsert dengan persembahan mereka pada pukul 9 malam. Persembahan mereka turut diiringi oleh pemuzik handalan seperti Hillary Ang (gitar), Rody Kristal (gitar), Paei (drum), Lee Tse Wan dan Fly (bass).
Malah kemunculan Saiful Apek,Yasin dan Lan Pet Pet menerusi sketsa sebelum kemunculan Wings turut menggamatkan suasana dan menyuntik kelainan kepada sebuah konsert Wings
Meskipun hujan lebat sejak awal petang hingga ke malam ianya sedikitpun tidak menjejaskan “Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings” biarpun persembahan tertangguh selama 30 minit. Sedikit pincang dari jadual asal namun kemunculan Wings tepat pada jam 10.30 malam berjaya menghilangkan keresahan peminat yang sanggup berhujan.
“Selagi kami tidak di halau keluar dari Stadium ini, selagi itulah kami akan menghiburkan anda semua. Malah kami akan menyampaikan kesemua rangkaian lagu yang telah di rencanakan”, ujar Awie
Wings menyampaikan lebih 28 lagu dalam konsert mereka yang berlangsung selama tiga jam itu. Peminat juga turut sama menyanyi mengiringi persembahan Awie. Wings membuka tirai persembahan dengan lagu Bazooka Penaka, Inspirasi Tamingsari dan Bujang Senang.
"Alhamdulillah walaupun hujan anda tak berganjak. Saya mewakili Wings mengucapkan jutaan terima kasih buat anda. Kami takkan lupa tarikh 31 Oktober ini, 30 tahun Wings dalam industri. Kami takkan lupa sejarah ini,"kata Awie
Wings turut menyelitkan segmen istimewa apabila menjemput bekas pemain gitar asal Wings, Sham serta penyanyi Mel dan Mus May yang pernah menganggotai Wings selepas pengunduran Awie.
Mereka menyampaikan lagu Intanku Kesepian, Biru Mata Hitamku, Belenggu Irama, Potret Monalisa, Misteri Mimpi Syakilla, Di Ambang Wati dan Semalam Yang Hangat.
Tidak ketinggalan Wings turut menyampaikan lagu-lagu antaranya Orang Kita, Gemala Saktiku, Satelit Puaka, Rock 'n' Roll Lu Punya Suka, Jerangkung Dalam Almari, Blues Ular Sawa, Menakluk Kosmos, Ingatkan Dia, Sayap Illusi, Amuk dan Taman Rashidah Utama.
Jam sudah menunjukkan angka 2.30 pagi namun Wings seolah-olah tidak mahu meninggalkan pentas, begitu juga para peminat yang sedari awal ‘terpaku’ dihadapan pentas seakan tidak mahu berganjak malah terus memberikan lontaran vokal selari dengan rangkaian lagu-lagu yang Wings persembahkan. Namun segalanya berakhir apabila Wings menyampaikan lagu Peronda Jaket Biru yang menjadi ‘encore’ kepada “Konsert Ulang Tahun ke-30 Wings”.
Biarpun rata-rata kesemua anggota Wings sudah berusia melebihi angka 40 an namun kemantapan vokal Awie pada malam tersebut luar biasa, begitu juga dengan Joe yang sentiasa ‘selamba’ memetik gitar kesayangannya. Eddie seakan melepaskan segala amarah yang terpaku di sanubari dengan lentikan bassnya apatah lagi Black yang cukup setia memukul dan menghentak selari dengan melodi yang di lontarkan. Ini lah keistimewaan dan nostalgia yang bakal bersemadi dalam jiwa seluruh peminat yang hadir menyaksikan persembahan bersejarah ini.
Konsert ini diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-30 kewujudan Wings di persada seni tanahair.Sebelum ini Wings pernah menjayakan konsert berskala besar lain antaranya di Istana Budaya termasuk yang terbaru Takkan Melayu Hilang Di Dunia pada pertengahan tahun ini.
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock
Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz
Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur
Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober
Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura
Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ
Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall
Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.