Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

Oleh : nazghoul
06 Oct 2015 20:30

‘Rock Never Die’ seumpama peniup semangat kepada penggemarnya, biarpun ada di antara kumpulan-kumpulan rock dekad 80an dan 90an yang telah terkubur namun masih ada lagi yang kembali ‘bernafas’, semuanya adalah atas permintaan serta sokongan kuat di kalangan peminat yang tidak mahu mereka terus terkubur begitu sahaja

“Live Music” yang menampilkan kumpulan rock seperti Lela, Putra dan F.O.R ( Family Of Rock ) yang telah di adakan di Hard Rock Café Melaka pada 4 Oktober lalu berjaya mengembalikan nostalgia buat peminat wirama tersebut.

Tepat jam 4 petang Dj Amyselaku emcee tanpa membuang masa terus memanggil sebuah kumpulan vokal berharmoni yang dibarisi oleh 5 orang anak muda yang rata-ratanya adalah daripada negeri Melaka. Fivelousbukanlah nama baru bagi orang Melaka, dahulunya mereka dikenali sebagai SRCTernyata tanggungjawab sebagai ‘opening act’ tidak dipersiakanMereka mempersembahkan dua buah lagu iaitu Jatuh Cinta dan Dewi.

Tanpa membiarkan pentas kosong terlalu lama, kini Lelamula ‘bermaharajalela’Jika dahulu Lela lebih sinonim dengan rangkaian lagu leleh tetapi kini tidak lagi.  Genre hard rock menjadi taruhan kepada album terbaru mereka yang berjudul “Rialiti Dalam Mimpi”. Ali selaku vokalis tampil dengan imej ‘botak’ yang nyata mengejutkan peminat yang hadir pada petang itu.  Ali cukup bijak berinteraksi bersama peminat, tidak hairanlah mengapa Lela yang hadir dengan rangkaian lagu medley seperti Bidadari, Harapan, Sampai Bila dan sebagainya berjaya menjadi tumpuanLufti selaku gitaris dan Din selaku bassis seolah-olah terpaku di atas pentas tanpa hadir dengan aksi-aksi memukau yang pernah mereka lakukan sebelum iniNamun hentakan Lan selaku pemain drum cukup untuk menyatakan kewujudan semula Lela.

Pentas bertukar paksi apabila kumpulan F.O.R(Family of Rock) bernadi.  Band yang telah mendapat tempat di hati para peminat muzik rock masakini cukup hebat adegannya apatah lagi dengan alunan nuansa rock yang tidak membingitkan pastinya mudah diterima oleh peminat yang memenuhi Hard Rock Café Melaka pada petang ituBagaimana dan Bara Api adalah antara lagu-lagu yang cukup memikat, apatah lagi ianya dimelodikan bersama lenggok violin. 

Setelah berlalunya lagu Woii Apa Lu Bikin, kehadiran 2 vokalis jemputan di atas pentas memberikan tamparan hebat kepada hadirinMereka bergabung vokal mengalunkan sebuah lagu saduran yang pernah di popularkan oleh kumpulan WhitesnakeKehadiran Boy Ravendi atas pentas menjadikan gabungan tenaga yang cukup berbisa. Boy Raven yang kini di anggap sebagai ‘Yngwie Malmsteen’ Singapore sudah tidak perlu di persoalkan kewibawaannya.  F.O.R meninggalkan pentas dengan lagu yang berjudul Siapalah Aku.

Putra sebuah kumpulan yang tidak perlu di perkenalkan lagi kepada umum, biarpun kini hanya ditunjangi oleh 2 anggota asal iaitu Man Putra dan Nik, mereka masih lagi berbisa kerana pada petang itu kehadiran Yem C (x BPR), Asfa Danny (Last Minute) dan Azmie (Samudera) memberi impak maksima kepada Putra. Mereka telah menyampaikan lebih 5 buah lagu termasuk 2 lagu baru iaitu Mana Tau Ni dan Biarlah.  Tanpa berkumandang lagu-lagu hit mereka yang menjadi penanda aras kepada Putra pastinya tidak lengkap persembahan mereka.  Kain Cinta Putih dan Nazira berjaya mengembalikan nostalgia peminat yang rata-rata membesar dengan lagu-lagu rock dambaan Putra yang kini masih lagi malar segar. Yem C pula eolah-olah rindukan suasana pentas apabila tampil solo mengalunkan ritma Seribu Tahun Takkan Mungkin yang di sambut dengan lontaran vokal daripada hadirin. Menutup tirai “Live Music”, Putra, Lela dan F.O.R telah bergabung vokal dalam lagu Satu Nada Satu Suara.

Kehadiran Yazit Search serta beberapa lagi karyawan rock antaranya adalah Blank Gamma, Ucop Angel Heart, Omma Akira, Sharom Kasawari di Hard Rock Café Melaka seolah-olah memberi isyarat bahawa api wirama rock tidak akan pernah padam.




TERBARU

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.