Nama Robin Schulz mungkin agak kurang di kenali di Malaysia, namun DJ juga merupakan seorang produser muzik yang berasal dari Jerman ini sudah boleh berbangga kerana telah ‘meletop namanya di seluruh dunia apatah lagi sebahagian single yang terdapat di dalam album “Prayer” sudah mendominasi beberapa carta di UK. Antaranya Prayer In Cdan Waves.
“Prayer” membawa jalur muzik elektronik dan pastinya sinonim untuk mereka yang suka kepada muzik sebegini. Album ini dimulakan dengan lagu yang yang dipengaruhi nuansa pop sebenarnya, namun ianya telah di’remix’ oleh Robin hingga memberi warna yang cukup menarik bersesuaian dengan imej Robin. Pastinya Lilly Wood dan Prick berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Robin.
Pemilihan lagu Willst Du(asalnya dipopularkan oleh Alligatoah) dilihat sebagai satu cabaran kepada Robin. Lagu ini diolah tanpa mengetepikan beberapa tunjang muzik yang diberikan oleh pemiliknya, ianya dapat dirasakan melalui susunan muzik yang melankolik. Berbeza dengan Lagu No Rest For The Wicked yang dipopularkan oleh Lykke Li, Robin mengaspirasikan muzik dengan cara beliau sendiri.
Remix yang dilihat cukup berjaya dan menampakkan kematangan Robin adalah melalui lagu Rather Be milik Clean Bandit feat Jess Glynne. Gabungan piano dan vokal yang cukup berharmoni berjaya dihasilkan tanpa perlu memberi impak kepada intrumen lain.
Versi baruLexer & Nico Pusch melalui laguWe Don’t Have To Take Our Clothes Offdan A Sky Full of Stars yang dipersembahkan oleh Coldplay banyak dipengaruhi nuansa shuffle yang cukup mudah di terima oleh pendengar yang sememangnya cukup arif dengan muzik sebegini.
Mungkin ramai pendengar di Malaysiayang boleh menerima hasil karya Robin Schulz dan bagi pengunjung yang seringkali mengunjungi disco mahupun kelab malam pastinya anda sering dihidangkan dengan lagu-lagu yang bercorak muzik elektro sebegini. Walau apa pun persepsi anda mengenai “Prayer”, Robin telah membuktikan bahawa beliau mampu hadir dengan material yang berjaya menawan pendengar di seluruh dunia.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.