Dengan 21 album dan lebih 4 dekad dalam muzik industri , Motorhead bagaikan ‘enjin’ yang sentiasa panas , tidak nampak langsung mereka akan berhenti . Walaupun vokalis Lemmy Kilmister merangkap ketua kumpulan yang telah mencorak muzik rock n roll dengan penuh rakus ini menghadapi pelbagai penyakit akibat dengan rokok dan minuman keras Jack Daniel yang menjadi kegemaran beliau setiap hari , walaupun begitu Motorhead terus mengeluarkan album terbaru mereka yang bertajuk “Aftershock” di usia Lemmy yang telah mencecah 68 tahun .
Motorhead sebenarnya adalah legenda rock n roll yang masih mengganas , “Aftershock” membuktikannya , mereka mempunyai segalanya , sentiasa mencipta kepantasan dan memberikan sentuhan yang lebih keras dengan muzik mereka . Dengan ‘hook’ yang menarik , album ini berterusan terletak dalam kelasnya , kerja gitar yang kita tak boleh nak sangkal , Phill Campbell telah melakukannya dengan penuh berkesan , solo-solo yang menarik dan melodi yang tak mudah kita lupa . Sudah tentunya trademark vocal Lemmy adalah perkara utama dalam Motorhead , Dengan puluhan tahun telah berlalu beliau masih kekal dengan sentuhan yang penuh serak .
Motorhead tak banyak berubah , apa yang ada ialah muzik yang tepat ke telinga , deretan lagu mereka bagaikan memberikan satu adrenaline dan ‘ketagihan’ dengan mainan gitar mereka yang ‘kotor’ . Dengan masalah kesihatan yang dialami Lemmy , dan dapat menghasilkan album sebaik ini untuk melihat Motorhead menghasilkan album lagi bagaikan kabur . Setidak-tidaknya ‘Aftershock’ telah membuktikan Motorhead adalah legenda rock n roll dan peminat dapat terus ‘banging’ bersama-sama mereka
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.