ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

paramore

Paramore - "Paramore" (Warner Music)

13 Feb 2014 01:24

Oleh : nazghoul

Nama Paramore mula terukir di kalangan pencinta muzik sejak mereka hadir dengan album “Brand New Eyes”, ternyata percaturan mereka terhadap lagu-lagu ‘Brick My Boring Brick’, ‘The Only Exception’ dan ‘All I Wanted’ terus memberi warna yang cerah kepada Paramore.  Tahun lalu, Paramore hadir dengan album ke-4 yang berjudul “Paramore”, biarpun tanpa kehadiran Josh Farro dan Zac Farro mereka tetap hadirApi muzik yang dimiliki Hayley Williams, Taylor York dan Jeremy Davis tidak pernah padam.

Semangat kental mereka turut menakluki jiwa Ilan Rubin (pemain drum Angels & Airwaves dan Nine Inch Nails) untuk membantu merialisasikan album iniBiarpun jika dilihat di imej yang menghiasi kulit hadapan album ini hanya menampilkan trio Paramore namun itu bukanlah sesuatu yang janggal buat Ilan yang bertindak sebagai pemuzik jemputan.

‘Fast In My Car’telah menjadi ‘opening’ untuk album ini, melodi yang catchy disamping lontaran vokal yang cukup jelas sudah pasti membuat deria dengar pendengar untuk menikmati hasilan Paramore.  Nuansa alternative dapat di rasai setelah mendengar ‘Now’, tidak hairanlah mengapa mereka menjadikannya sebagai single sebelum album perdana diriliskan. Ramuan gitar, bass serta drum menyatakan ianya adalah milik Paramore.

‘Last Hope’ mempertaruhkan melodi yang sedikit perlahan namun ianya telah disusun dengan bait-bait lirik yang cukup mendamaikan jiwa, begitu juga dengan lagu ‘Still Into You’Mereka hasilkan dari hati nurani yang ikhlas disamping lirik yang lebih mengajak mendengar hanyut dengan kisah cinta yang cukup romantis.

Biarpun sudah melengkapkan album dengan 17 buah lagu, namun Paramore tetap mahu memberikan sesuatu khas untuk para peminatnya.  3 buah lagu yang diklasifikasikan sebagai Interlude turut di tampilkan dalam album ini.  ‘Moving On’, ‘Holiday’, dan ‘I’m Not Angry Anymore’ diberikan nuansa yang sama iaitu akustik yang turut dimelodikan bersama ukulele.

“Paramore” menampakkan kedewasaan trio yang sentiasa mahukan pembaharuan di dalam muzik namun masih berpaksi pada alternative, ianya dilihat cukup bertenaga sesuai dengan jiwa pendengar yang muda dan energetik. Biarpun disirami dengan kepelbagaian acuan muziknya, Paramore tidak pernah lari dari platform.  Ianya sebuah album yang berviarasi dan wajar dimiliki oleh setiap penggemar PARAMORE.

TERBARU

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock

Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz

Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur

Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober

Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura

JAMAL ABDILLAH Kini Usahawan Kosmetik ZARANIA BEAUTY

Konsert Jubli Emas HETTY KOES ENDANG Di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos Mendapat Sambutan Hangat

Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ

Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall

Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.