Penyanyi daripada Indonesia Yuka Kharisma , cukup senang dengan penampilan yang ringkas . Beliau baru sahaja tampil dengan dua buah single yang telahpun diriliskan untuk pasaran Indonesia dan Malaysia.
“Kita Harus Percaya” dan “Ku Bersedia” adalah hasil kerjasama antara penyanyi Indonesia dan syarikat pengurusan beliau daripada Malaysia , Mentari Management. kedua-dua single tersebut telah mendapat sentuhan komposer ternama iaitu Pay dan Dewiq yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Rossa, Agnes Monica dan Krisdayanti. Jadi tidak hairanlah mengapa kedua-dua lagu ini amat mudah untuk diterima dan dihayati.
Mendengarkan satu persatu lagu nyanyian Yuka , ternyata Yuka memiliki suara yang boleh dibanggakan. Pun begitu,mendengarkan lenggok vokal Yuka ini, ia persis seperti Bunga Citra Lestari dan ada kalanya umpama Anggun Cipta Sasmi. Mungkin semuanya hanya kebetulan sahaja, namun hakikatnya itulah vokal sebenar Yuka Kharisma yang ternyata cukup teliti dalam pemilihan lirik dan melodi yang dihasilkan.
Yuka bukan sahaja berkolaborasi dengan komposer Indonesia, malah, dia juga telah mendapat kepercayaan untuk membawakan lagu yang digubah oleh komposer tempatan iaitu Azlan Abu Hassan. Lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album penuh Yuka yang akan diriliskan tidak lama lagi. Ternyata Yuka mempunyai alunan vokal yang baik yang mana ia mampu untuk membawa anak kelahiran Aceh ini ke tahap yang lebih tinggi dalam industri muzik kelak.
Filem Seram Syaitan Munafik (Tengok Belakang … Semua Mati !) Bakal Menemui Anda Di Astro First
Konsert Bikin Wilayah SEARCH Dan AWIE Terpaksa Di Tunda Lagi Kerana Covid 19
Konsert 4G Bersama BLACK , HAZAMA , TOMOK Dan AKIM Pada Disember Ini
Konsert Bikin Wilayah Bersama SEARCH Dan AWIE Di Stadium Melawati Pada 12 Disember 2020
Album SEARCH Katharsis Secara Istimewa Di Abadikan Dalam Bentuk Piring Hitam
Penganjur Konsert 4G Berikan Jaminan Konsert Akan Diteruskan
Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH
Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya
#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.