CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Sambutan tahunan “Records Store Day” semenjak tahun 2008 yang hanya diadakan pada bulan April yang bermula di Amerika Syarikat , kini telah disambuat secara besar-besaran di seluruh dunia . Idea asalnya adalah daripada pemilik-pemilik kedai muzik bebas yang pada waktu itu melihat kemerosotan teruk jualan album dan pada hari “Records Store Day” akan diadakan pelbagai acara antaranya kutipan amal , kemunculan artis di kedai-kedai muzik mereka , diskaun istimewa , malah rilisan istimewa untuk hari tersebut juga dihasilkan , secara literalnya ia adalah satu promosi dan hasilnya begitu berjaya . Sehinggakan setiap tahun menunjukkan jualan yang meningkat , malah peminat muzik kembali mencari format format selain CD seperti kaset dan piring hitam .
Malaysia juga tidak ketinggalan , Kompleks Campbell yang semenjak dahulu menjadi tumpuan para peminat muzik bebas dan juga Teenage Head Records di Subang Jaya, seringkali juga melakukan pelbagai aktiviti jualan murah dan promosi sempena “Records Store Day”, kesannya cukup mendalam , kita dapat melihat artis arus perdana kini telah mengeluarkan album mereka dalam bentuk kaset dan juga piring hitam , format yang hampir pupus sebelum ini .
Man Bai dan Rahim Maarof adalah dua penyanyi yang telah mencapai zaman kegemilangan mereka , Rahim Maarof yang memulakan karier menyanyi seawal usia remaja sebenarnya telah membuahkan hasil pada awal tahun 80an , walaupun pernah bersama dengan kumpulan Whitesteel namun kemuncak karier beliau adalah sebagai artis solo dengan lagu-lagu yang terus siulan sehingga ke hari ini .
Begitu juga dengan Man Bai memulakan kerjaya bersama kumpulan Gersang , kumpulan Gersang tidak begitu sukar kerana album sulung mereka terus mendapat sambutan hangat , begitu juga selepas beberapa lama beliau yang muncul dengan album solo yang terus melonjakkan lagi nama beliau .
Daripada seorang busker , kini Maria Effendi menjadi artis yang membawakan nama Malaysia ke Festival Muzik Pop Asia Hong Kong 2019 . menyanyi dijalanan sebenar dilihat banyak mencorak gaya persembahan Maria Effendi dan keyakinan interaksi beliau dengan penonton .
Bukanlah suatu yang dipandang remeh sebagai seorang busker , kini ramai artis-artis baru memilih menyanyi ditepi jalan sebagai satu langkah promosi yang berkesan . Malah ada penyanyi lama kadang-kadang dilihat juga memilih cara busker .
Maria Effendi yang ditemui ketika sidang media di Hard Rock Café , Kuala Lumpur , menjelaskan ia adalah suatu perkara yang tidak disangka oleh beliau . Lagu yang dicipta bersama-sama beliau dengan rakan busker sebelum ini betul betul membuahkan rezeki .
Sambil meluahkan rasa teruja , Maria yang baru berusia 19 tahun berkata pertandingan ini juga memberikan beliau satu platform untuk beliau meluaskan muzik Malaysia ke pasaran serantau.
Bersempena Sambutan Ulang tahun ke-16 Bandaraya Melaka bersejarah, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif menganjurkan satu pertandingan Vlog MBMB 2019