Persembahan Minggu Setiausaha "Special Celebration With Zamani (Slam)" Di Kelab Darul Ehsan

26 Feb 2013 18:29

Zamani SLAM Secretaries Week

Zamani SLAM Secretaries Week Zamani SLAM Secretaries Week
Zamani SLAM Secretaries Week Zamani SLAM Secretaries Week

Walaupun telah melepasi zaman kegemilangan mereka , lagu-lagu Kumpulan Slam terus relevan dalam keadaaan dunia hiburan yang dihimpit dengan pelbagai trends dan artis terkini . Mereka masih mempunyai peminat , lagu-lagu Slam bagaikan akan kekal dalam ingatan peminat mereka , melodi dan liriknya yang penuh perasaan akan terus menjadi memori yang takkan dilupakan .

Kenyataan yang turut diakui oleh Puan Nur Sheila Hassim daripada Network Solutions (M) Sdn Bhd yang juga penganjur yang akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha dalam show “Special Celebration With Zamani (Slam)” di Kelab Darul Ehsan pada 9 April 2013 nanti dan akan berlangsung pada pukul 12 tengahari – 2 petang . Beliau menjelaskan pemilihan Zamani adalah kerana terdapat banyak permintaan daripada peminat Slam di twitter beliau .

Penyanyi Zamani yang kelihatan sangat kurus tapi kemas , sebenarnya kelihatan bersemangat , beliau kelihatan yakin dalam menjawab setiap soalan wartawan , sambil menjelaskan “Ini adalah kali pertama saya muncul dalam persembahan untuk minggu setiausaha , saya akan berbincang dengan penganjur mengenai persembahan dan pakaian

Dalam bercerita mengenai karier beliau yang ramai menganggap sudah habis beliau dengan senang memberitahu “Banyak juga show sebenarnya , haritu kat Melaka , Sabahdan beberapa tempat lagi dan yang terbaru dalam Konsert 5 Legenda Di Istana Budaya” Tidak banyak kisah beliau yang diketahui ramai , lalu beliau menyambung “Saya masih aktif sebenarnya , mungkin nampak tak aktif . Tapi setiap bulan tetap ada (show) , kalau sesiapa yang LIKE facebook saya tahula segala aktiviti saya sebab ada update kat situ

Beliau yang seakan menghilangkan diri daripada media-media dan gossip , telah memberitahu “Biar orang kenal saya dengan karier saya” sambil menyambung “Mungkin ada cite (gosip) lain , tapi tu semua hanya sosek sosek daripada orang lain , tu saya tak boleh nak haling dan dah memang tabiat orang memang saya tak boleh nak buat apa” dalam menjawab pertanyaan wartawan beberapa gossip mengenai diri beliau .

Persembahan sempena minggu setiausaha “Special Celebration With Zamani (Slam)” di Kelab Darul Ehsan juga turut menampilkan penyanyi Fida dan pengacara pada hari itu ialah Man Raja Lawak .

Dengan sponsor daripada Honey Vacation dan Go Cell International . Pihak penganjur Puan Nur Sheila Hassim memberitahu dalam persembahan ini mereka telah menyediakan hadiah bertuah yang bernilai RM10 000 antaranya berupa percutian dalam dan luar Negara oleh Honey Vacation dan juga produk-produk kesihatan daripada Go Cell International melalui Lucky Draw , Best Dressed Awards dan Special Doors Gift

Ini pastinya persembahan yang menarik buat peminat-peminat kumpulan Slam mahupun yang meminati lagu-lagu beliau , vocal Zamani masih berbisa walaupun setelah sekian lama , Kelab Darul Ehsan juga menyediakan hidangan sambil dibuai dengan lagu-lagu lunak kumpulan Slam . Harga tiket untuk persembahan “Special Celebration With Zamani (Slam)” ialah RM173 / RM273 / RM373 / RM473 dengan setiap meja 10 orang, boleh ditempah terus melalui online di ilassotickets.com dihotline 0379576088 atau Triple Network Solutions (M) Sdn Bhd di talian 03 41441333 / 012 377 0579 / 017 233 2243




TERBARU

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.