2018-05-23_11-11-26

Lebih Dari Istimewa ! Dari ALLEYCATS Pada Konsert Istimewa Buat Singapura

16 Apr 2012 17:02

Oleh : One Barchiel
Foto: Ikhsan dari Raistar Entertainment

Alleycats Live In Singapore

Alleycats Live In Singapore Alleycats Live In Singapore
Alleycats Live In Singapore Alleycats Live In Singapore

Penantian Singapura selama hampir 4 dekad untuk menyaksikan Alleycats mengadakan persembahan mereka di sanapada satu konsert besar ternyata berbaloi. 37 tahun yang lalu mungkin lagu-lagu hit Alleycats seperti “Sampaikan Salam Cintaku”, “Andainya Aku Pergi Dulu” mahupun “Suratan” tidak berkumandang di Singapura, kini setelah konsert Alleycats – Istimewa Buat Singapura yang berlangsung pada 14 April lalu di Dewan Konsert Esplanade, ternyata peminat-peminat Alleycats pulang dengan perasaan lebih dari puas hati, terubat rindu mereka.

Yang pasti, nama konsert tersebut Alleycats – Istimewa Buat Singapura, bukan sekadar gimik. Alleycats tampil pada malam itu dengan pakaian yang melambangkan ke-Singapura-an. Semua anggota kumpulan tersebut mengenakan pakaian merah-putih, warna kebangsaan Singapura. Cukup istimewa!

Tepat pada masanya, pada 8 malam dan di hadapan hadirin yang hampir sold-out di dalam Dewan Konsert Esplanade yang kapasitinya adalah 1500 orang, Alleycats memulakan persembahan. “Sampaikan Salam Cintaku” menjadi pilihan lagu yang sesuai bagi pembuka acara. Dari awal konsert lagi, para peminat Alleycats sudah mula terpegun dengan kelunakkan suara Dato’ David Arumugam dan kawalan suara yang baik bagi seorang sudah pun berusia 62 tahun. Dato’ David tidak pernah lekang dek usia!

Setelah Dato’ David menceritakan sedikit sebanyak mengenai sinonimnya Alleycats dengan Singapura, di mana album Melayu pertama mereka telah dirakamkan di negara tersebut pada 1976, “Senandung Semalam”, “Berjuta Batu”, “Sekeping Hati Yang Luka” dan “Layang-Layang Terputus Talinya” terus mewarnai nostalgia mekar pada peminat-peminat yang hadir yang majoritinya terdiri daripada golongan umur 40 tahun ke atas, mereka yang membesar dengan lagu-lagu hit Alleycats.

Dato’ David kemudiannya memperkenalkan anggota-anggota Alleycats pada malam itu kepada penonton. Nama setiap anggota yang disebut oleh Dato’ David disambut dengan tepukkan dan sorakkan gemuruh para peminat mereka. Selain Dato’ David, Alleycats pada malam itu dibarisi oleh Din selaku gitaris, Jimmy pada posisi gitar bass, Boy (drummer), Mike (keyboard) dan Glen Salay yang bukan sahaja bertindak selaku percussionist, malah menyanyikan bahagian-bahagian lagu yang sebelum ini dinyanyikan oleh mendiang Dato Loganathan.   

Yang menghiburkan mengenai persembahan Alleycats, adalah interaksi Dato’ David bersama para peminat beliau. Saban kali beliau berbicara, berseloroh dan berlawak jenaka dengan para penonton yang hadir. Beliau bijak dalam membawa para penonton turut merasakan mereka juga sebahagian daripada performer pada malam itu. Sesekali beliau berjenaka dalam bahasa Tamil khas buat para peminat beliau dan Alleycats yang berbangsa Indiadan sempat juga mengucapkan Selamat Tahun  Baru Indiabuat mereka yang menyambutnya pada semalamnya. Lagu “Surangani”, lagu dalam bahasa Tamil juga menjadi hadiah buat mereka.

Yang unik mengenai Alleycats adalah kuasa mereka dalam menyatukan pelbagai bangsa melalui lagu-lagu mereka. Peminat-peminat yang hadir pada malam tersebut, selain Melayu dan India, kelihatan juga mereka yang berbangsa Tionghua dan juga Caucasian. Istimewa Buat Singapura, makanya lagu-lagu yang terpilih untuk disampaikan juga adalah daripada permintaan para peminat di sanahasil tinjauan terperinci. Bersejarahkan 27 buah album dan berpuluhan lagu-lagu hits, untuk menyelitkan set 2 jam khas untuk para peminat yang sekian lama menantikan kehadiran mereka bukan satu tugas mudah. “Suratan”, “Sekuntum Mawar Merah”, “Setahun Sudah Berlalu”, “Nota Terakhir”, “Jika Kau Bercinta Lagi” dan “Seribu Bintang” merupakan balada-balada yang harus… Selain daripada itu, Alleycats turut mempamerkan kehebatan mereka menyampaikan lagu-lagu pelbagai corak dari lagu joget “Joget Tersalah Pikat” kepada pop komersil seperti “Hingga Akhir Nanti” dan “Sekiranya Ku Tahu” yang menjadi intipati kumpulan tersebut berdekad sudah.

Kesyahduan nyanyian Dato’ David menyampaikan “Kerana Kau” versi akustik dengan iringan piano sahaja menjadi highlight konsert tersebut. Ianya mengheningkan suasana di dalam dewan tersebut. Penghayatan lagu dua-hala penonton dan penyanyi yang amat efektif. Kalau ada pun “kesilapan” persembahan, ianya adalah sesuatu yang dapat dimaafkan oleh para peminat. Ketika menyampaikan lagu “Suara Kekasih”, Dato’ David telah diganggu masalah batuk di mana beliau kelihatan terkial-kial untuk menyudahkan baris-baris nyanyian lagu tersebut. Parapeminat beliau, menyedari akan situasi tersebut terus bertepuk tangan memberi semangat kepada Dato’ David.

Sesudah berehat sebentar buat beberapa saat, Dato’ David tampil semula dan tanpa diganggu batuk lagi, beliau menyudahkan tiga lagi lagu bagi set dua jam lebih Alleycats pada malam itu. Konsert diakhiri dengan “Andainya Aku Pergi Dulu”.

Alleycats – Istimewa bagi Singapura, pada saya lebih daripada istimewa yang telah dihadiahkan Alleycats buat para peminat mereka di sana. Penganjur konsert, iaitu Raistar Entertainment juga saya anggap istimewa. Raistar Entertainment telah merealitikan sebuah konsert yang amat ditunggu-tunggu peminat-peminat setia band pop yang penuh legasi tersebut. Dewan Konsert Esplanade yang indah senibina dalamannya turut dipuji oleh Dato’ David sebagai arena konsert yang menakjubkan dan amat beliau sukai.

Perkataan-perkataan seperti excellent dan evergreen terus melekat di bibir pengunjung ke konsert tersebut. Dua perkataan tersebutlah yang kerap kedengaran ketika saya, mewakili media ME ! PORTAL INFOTAINMENT ALTERNATIF meminta maklum balas para peminat Alleycats mengenai konsert yang baru sahaja  mereka saksikan itu.




TERBARU

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.