AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

25 Feb 2020 21:17

2020-02-27_08-19-54

Pada 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul “Bikin Wilayah” . Search ketika itu baru kehilangan penyanyinya, Amy yang berundur manakala Awie sudah empat tahun meninggalkan Wings

Gabungan Awie bersama Allahyarham Yazit (dram), Din (gitar), Kid (gitar) dan Fauzi (bass) menjadikan album “Bikin Wilayah” antara yang terbaik. Ia turut menang kategori Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999. 

Kini, selepas 22 tahun, Awie ‘kembali’ lagi bersama Search. Kali ini dalam persembahan Konsert Apologia yang bakal akan diadakan diThe Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2020 jam 9 malam.  

Bersama anggota terkini Search iaitu Nasir (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram), mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa dan menggegar. 

Apatah lagi, Search sudah lama tidak muncul dalam mana-mana persembahan dan Awie pula cukup dikenali sebagai penghibur serba-boleh, pastinya Konsert Apologia ini dinanti-nanti peminat mereka. 

Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album “Bikin Wilayah” dan lagu popular Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap. 

Mereka juga akan mengadakan segmen khas sebagai penghargaan kepada bekas pemain dram Search, Allahyarham  Yazit Ahmad yang meninggal dunia pada 26 September 2019 lalu. 

Dalam segmen itu, Search dan Awie akan menyampaikan lagu “Hello Kawan” yang dipetik dari album ketujuh Search,“Gema Di Timur Jauh”

Selain keserasian yang ada bersama Search, penampilan Awie adalah bagi menggantikan Amy yang kebetulan sibuk dengan kerjaya solo dan perniagaan yang diusahakan. 

Tiket untuk konsert anjuran Imaginex ini berharga RM299 (VIP) dan RM199 (Rock Zone). Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster dan CD serta poster untuk pembelian tiket Rock Zone. 

Maklumat mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com. Telefon hotline  03 2170 6333




TERBARU

Penggiat Seni Di Minta Tabah Dan Terima Kasih Kepada Frontliner Yang Sedang Berjuang - NASIR SEARCH

AWIE Bergabung Bersama SEARCH Dalam Konsert Apologia

Gabungan Melodi Terindah Bersama AKIM , BLACK , TOMOK Dan HAZAMA Di Istana Budaya

Terbaru Online Streaming Tempatan Mr Mufe – My Lepak Buddy

#sambilmeniaga #sambilmenderma Di Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

4 Penyanyi Dalam Gabungan Melodi Terindah

DATO HATTAN Kembali Dengan 5 Oktober

Adam E berkalobrasi bersama Bapa Beliau Dato Hattan

Lagu SAYANGI MALAYSIAKU Semarakkan Semangat Hari Kebangsaan

Akma Dan Ewal Muncul Dengan Single Terbaru MASIH ADA

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.