Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

11 Mar 2019 11:16

Konsert 2V

Man Bai dan Rahim Maarof adalah dua penyanyi yang telah mencapai zaman kegemilangan mereka , Rahim Maarof yang memulakan karier menyanyi seawal usia remaja sebenarnya telah membuahkan hasil pada awal tahun 80an , walaupun pernah bersama dengan kumpulan Whitesteel namun kemuncak karier beliau adalah sebagai artis solo dengan lagu-lagu yang terus  siulan sehingga ke hari ini .

Begitu juga dengan Man Bai memulakan kerjaya bersama kumpulan Gersang , kumpulan Gersang tidak begitu sukar kerana album sulung mereka terus mendapat sambutan hangat , begitu juga selepas beberapa lama beliau yang muncul dengan album solo yang terus melonjakkan lagi nama beliau .

Kedua-dua sahabat ini bukan pertama kali membuat persembahan bersama , mengingati kembali Man Bai  menceritakan persembahan bersama yang mendapat sambutan walaupun dalam skala kecil “Sebelum ini saya dan Rahim pernah membuat persembahan bersama di kelab Jazz , sambutan menggalakkan dan penuh full house walaupun hanya dapat memuatkan 120 orang sahaja , kami pun tak target 3 ke 4 ribu orang , biar tempat kecil tapi impaknya solid”

Man Bai dan Rahim Maarof yang ditemui ketika sidang media “Konsert 2V” di MaTIC , Konsert yang bakal diakan di MaTIC pada 6 April nanti .

KAMI MASIH RELEVAN

2V atau 2 Vokal diterjemahkan kepada mereka berdua ia adalah manifesti seni Man Bai dan Rahim Maarof .

Man Bai yang ditemui turut menyatakan bahawa mereka masih relevan walaupun dengan kehadiran pendatang baru kedalam dunia seni ia sikit pun tidak menggugat kerana lagu-lagu yang dimiliki mereka sudah cukup kuat untuk terus menghiburkan para peminat .

“Sekarang banyak pendatang baru , bagi saya dan Rahim Maarof , kami tak pernah pudar untuk meneruskan karier kami”

KONSERT SKALA KECIL

Walaupun tanpa penaja , kami akan tetap teruskan konsert ini kerana ia bukanlah konsert pada skala besar . Cukup dapat hiburkan peminat kami ”

Menurut Man Bai  , MaTIC yang dapat memuatkan 400 penonton bukanlah masalah bagi beliau kerana ia sebenarnya memberikan lagi sentuhan peribadi .

“Cabara utama untuk membuat konsert ini ialah mencari pelabur , terima kasih Lolipopliving (penganjur) kerana sudi membantu dan juga rakan-rakan pemuzik yang lain , banyak show yang minus one sekarang , tiada solid konsert . Inilah yang ingin kami hasilkan”

Ketika ditanya mengenai harga tiket konsert yang mahal iaitu RM205 , Man Bai memberitahu ia bukanlah perkara besar kerana nama Man Bai dan Rahim Maarof  cukup besar dan mereka  juga diiringi pemuzik professional  , malah dalam konsert-konsert lain juga ada tiket yang lebih mahal .

Man Bai juga tidak menolak jika ingin membuat konsert skala besar , jika ada pelabur yang berani bukanlah masalah untuk beliau menyanyi dihadapan 5 ribu orang .

Menceritakan kembali pada tahun lepas beliau telah berusaha untuk mendapatkan tempat di Istana Budaya

“Pada tahun lepas memang saya nak buat di Istana Budaya iaitu pada 23 dan 24 Disember , saya dah hantar proposal tapi di tolak sebab sebelum ini Istana Budaya kata ada kekosongan pada tarikh tersebut”

“Tiba-tiba ditolak kerana ada konsert Dato Jamal Abdillah , tapi saya terima keputusan itu kerana saya hormat Dato Jamal”

“Cuma saya harap Istana Budaya berubah dari segi dalam dan cara kerja , saya taknak ada kroni”

Tiket-tiket Konsert 2V boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com dengan harga RM205 , tiket awal yang berharga RM185.00 juga hanya terhad kepada 50 orang sahaja




TERBARU

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.