JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

16 Feb 2019 02:48

Konsert 3 Suara

Konsert 3 Suara

Menampilkan 3 penyanyi hebat , Datuk Jamal Abdillah , Zamani dan Ameng . Konsert 3 Suara yang menampilkan mereka bertiga kini akan singgah di Stadium Indera Mulia , Ipoh Perak pada 6 April 2019 pada pukul 8.30 malam . Konsert 3 Suara yang berlangsung di Istana Budaya pada 2 tahun lalu telah berjaya memecah panggung .

Ketiga-tiga penyanyi ini dilihat masih releven disebalik kebanjiran artis baru , walaupun tanpa lau baru , lagu-lagu lama terus menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan .

Konsert 3 Suara yang bakal berlangsung di Stadium Indera Mulia , Ipoh Perak adalah konsert berskala besar untuk artis tempatan

Datuk Jamal Abdillah yang ditemui ketika sidang media di Hotel Syeun , Ipoh amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Perak yang memberikan sokongan dan juga Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Negeri Perak (KASIH) yang berkerjasama menjayakan Konsert 3 Suara .

“Perjalanan konsert ini akan mengambil masa selama 2 jam 15 minit . Kami akan menyanyikan antara 7 ke 8 buah lagu dan juga Osama dan kumpulan beliau Radiowave menyampaikan 3 buah lagu”

“Menariknya konsert 3 suara di Ipoh ini ialah segmen yang akan kami persembahkan antaranya Saya akan menyanyikan lagu Zamani dan Ameng menyanyikan lagu saya dan begitulah seterusnya ia seperti ‘battle’ ”

Ketika ditanya mengenai pemilihan Zamani dan Ameng , Jamal memberitahu lagu-lagu mereka sebenarnya masih evergreen

“Lagu-lagu Zamani dan Ameng banyak besarkan kita dan mereka sendiri ramai peminat . Kiranya lagu-lagu mereka sentiasa menjadi siualan”

AMENG MUNCUL DENGAN SINLE TERBARU

Ameng yang ditemui ketika sidang media tersebut kelihatan sangat ceria dan sempat mempersembahkan lagu single terbaru beliau yang bertajuk “Namamu Dihati” . Dalam single tersebut beliau nyanyikan bersama Bagio daripada kumpulan Damasutra dan Nizam daripada kumpulan Laksamana

“Lagu baru ini dibuat oleh composer baru yang bernama Asfan dan lirik oleh composer yang meningkat nama iaitu Fitri . Lagu ini adalah gabungan daripada 3 penyanyi iaitu Bagio daripada kumpulan Damasutra dan Nizam daripada kumpulan Laksamana dan berentak slow rock”

“Sememangnya ia dapat mengubat kepada yang selalu bertanya , tiada ke lagu baru dan inilah untuk anda ‘Namamu Dihati’ ”

“Lagu ini dinyanyikan bersama kerana kami selalu berjumpa dikedai minum , terlintas difikiran saya apa kata daripada berjumpa sia-sia dikedai kopi , kita bergabung dalam satu lagu”

PERTAMA KALI KONSERT BESAR DI IPOH

“Konsert ini apabila kita terlibat dalam konsert skala besar , ia naikkan nama kita . Dan apabila saya bergabung dengan Dato Jamal dan Zamani  , dari situ orang dah Nampak kami satu level dengan Datuk Jamal . Dari situ permintaan dan tumpuan masyarakat terarah kepada kita dan ini memberi promosi yang cukup baik”

“Disamping itu apabila melakukan konsert besar ini bayaran dia pun besar , lebih-lebih lagi kita cukup gembira apabila dapat membawa konsert ini ke luar Kuala Lumpur , dan ini memberikan penduduk Perak dan yang berdekatan yang selama ini melihat kami di kaca TV akan dapat melihat secara live , mungkin swafoto dan beramah mesra bersama ”

“Saya memang selalu buat persembahan di Ipoh , tapi masih belum pernah buat di Stadium . sebelum ini pernah buat di Datara Ipoh pada sambutan tahun baru dan hari merdeka serta persembahan disekitar Ipoh . Ia hanya showcase yang saya hanya sampaikan 1 ke 2 buah lagu dan bergandingan dengan ramai artis dan ia persembahan tidak formal dan menggunakan minus one”

“Konsert besar ini kiranya eksklusif dengan pengiring muzik daripada orchestra dan ia memberikan satu sistem bunyi yang menarik , dan pada mereka yang tidak hadir agak rugi , konsert besar ini tidak selalu datang ”

JAMAL SEPERTI ABANG SAYA - ZAMANI

Zamani yang ditanya mengenai keyakinan beliau didalam Konsert 3 Suara sebenarnya amat berterima kasih kepada Datuk Jamal yang sentiasa membantu kepada karier seni beliau dan akan membuat yang terbaik untuk konsert ini .

 “Saya bersyukur dapat diterima oleh rakan artis walaupun ada kejadian hitam dalam kerjaya saya , begitu juga peminat yang masih menerima dan rakan media yang masih berikan sokongan padu pada saya”

“Macam saya nak kongsi pengalaman bersama Datuk Jamal , saya lebih biasa panggil abang Jamal , beliau kalau kita Nampak kat luar memang serius tapi sebetulnya beliau seorang yang ambil berat dari segi karier saya , waktu saya dalam kesusahan dulu beliau juga yang bantu , beliau selalu memberikan nasihat sebagai seorang abang , beliau juga tidak rasa tinggi diri untuk bercampur dengan artis yang lebih junior macam saya”

Karnival yang akan berlangsung pada hari yang sama bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti food truck , gerai jualan , car boot sales , zuma , busker , street futsal , sukan rakyat , pertandingan karaoke lagu-lagu Jamal Abdillah , Zamani dan Ameng . Pertunjukkan Ferrari dan Lamborghini serta pameran motor vespa klasik dan Harley Davidson .

Harga tiket bermula dari RM83, RM103, RM133 dan RM183 boleh dibeli secara online menerusi www.ilassotickets.com atau menghubungi di talian 03-2170 6333.

Turut dijual sekitar Perak iaitu di WANA CAFE (Teluk Intan) , GG TOMYAM (Rapat Setia) , FADZIL HOUSE TAIPING , ADAM & LIN PET SHOP (Tambun) , MALINA BRIDAL JALAN AIR KUNING TAIPING , PETRONAS MANJOI , KU-3 HOTEL TAPAH dan STEAMBOAT ZUL YAHYA




TERBARU

Konsert Rockestra Lagenda Di Kuala Lumpur

Tiket Konsert Kumpulan boyband Britsh 911 Pada Sabtu Ini Telah Habis Di Jual

Sambutan Record Store Day Meriah Di Fenomena Music

QASIDAH NIGHT Bersama SYARIFAH KHASIF Dan RAIHAN

FENOMENA MUSIC Merancakkan Kemeriahan Buat Peminat Dan Artis Sempena RECORD STORE DAY

Konsert 2V Bersama MAN BAI Dan RAHIM MAAROF Di MaTIC

HARUSKAH AKU Membawa Nama MARIA EFFENDI Ke Hong Kong

Pertandingan Vlog Sempena Sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah

JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh

EZA EDMOND Melancarkan Muzik Video BAHAGIA

PRINCE AFFA Mengikut Jejak Ibu Sebagai Penyanyi

Paduan 3 Vokalis Dalam Konsert 3 Suara

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.