2018-05-23_11-11-26

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

15 Nov 2018 20:18

Doa Buat Kekasih Perak

2018-11-19_04-16-23

Konsert jelajah sempena 30 Tahun lagu “Doa Buat Kekasih” antara Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim bakal singgah di Perak pada 7 Disember nanti bertempat di Hotel Casuarina Meru , Ipoh . Ini adalah konsert yang ke 4 sempena “Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih” buat pasangan duet yang tidak asing lagi .

Antara mereka yang sememangnya telah membina reputasi sendiri dengan lagu-lagu yang popular , apatah lagi dengan deretan lagu duet mereka yang terus selamanya diminati . Ini adalah persembahan yang tentunya membangkitkan nostalgia .

Seperti dalam Konsert sebelumnya , Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih adalah kerjasama bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia cawangan Perak , ini adalah tujuan bagi mengutip tabung untuk persatuan tersebut .

Datuk Ramli ketika ditemui di sidang media pada petang Rabu , di Koloni Karyawan Aman Jaya di Ipoh menjelaskan kerjasama bersama Persatuan untuk mengutip dana bukan kerana ia cara mudah untuk mengadakan konsert tapi sebagai artis bersama-sama untuk membantu antara satu sama lain.

“Bukan kerana senang , saya ada karya , idea dan ilham yang diberi . Benda ni datang bukan selalu , bayangkan lagu Doa Buat Kekasih sudah 30 tahun , saya bersama Sweet Charity dah 45 tahun , benda ni datang bukan sekali kita laluinya . Saya rasa bila kita buat sesuatu yang ada makna , ada perjuangan , ada hala tuju . Benda yang boleh kita kongsi bersama , mungkin tidak perfect , tapi ia satu benda yang wajar .”

“Saya alu-alukan juga apa jua badan untuk kerjasama , tak kira kanser , anti rokok , anti dadah , saya dah lalui sejak zaman awal dulu . Apa jua saya lalui dan buat yang saya suka , Cuma kali ini dalam skala besar . saya rasa peminat dan pengikut Sweet Cahrity dan Ramli sudah dewasa . Mereka perlu dapatkan satu benda yang dewasa , saya ada benda itu sebelum kita bersara atau penat kita akan kongsi benda tu”

2018-11-19_04-16-12

BUKAN HIBURAN SEMATA MATA

“Tujuan persembahan ini bukan untuk hiburan tetapi satu informasi masalah kanser, saya terpanggil dan dekat dengan projek begini . Dalam apa yang saya lalui banyak penglibatan saya dari dulu antaranya Konsert untuk Kidney Foundation , apa jua fund yang kita buat , ini adalah kali ke-3 yang dekat sekali peranan konsert Doa Buat Kekasih , yang pertama di Johor Bahru kerjasama Kanser Foundation Tunku Laksamana dan Singapura Kanser Foundation Ain Society dan hari ini Konsert di Perak ”

ISTERI JUGA PERNAH HIDAP KANSER

“Saya sangat terkesan sebenarnya kerana kita tahu ada saudara mara , adik-beradik dan teman-teman yang telah melaluinya . Sangat berat sebenarnya , kita bukan beri mereka satu hari tapi harapan untuk terus hidup , ini harus kita terapkan kepada mereka dan masyarakat tentang pentingnya kita kena membantu pesakit kanser ini untuk terus jadi positif , itu yang sangat penting”

“Saya dah lalui perkara ini, isteri saya pernah kena kanser juga tapi sangat positif , memang dalam hidup ni satu je , hidup atau mati . Tapi hidup ini harus terus hidup biar cabaran dan dugaan kita hadapi”

KONSERT YANG AKAN KEKAL DENGAN KEKUATANNYA

Walaupun konsert ini diadakan bagaikan ‘dinner show’ Datuk Ramli tegaskan ia tidak bingit tapi akan ada kekuatan muzik disitu , yang akan membolehkan penonton menari , berdiri dan menyanyi bersama

“Kali ini Dato Khadijah yang berpengalaman selama 40 tahun , waktu album pertama beliau umur beliau 18 tahun , saya pun lebih kurang 45 tahun . Jadi pengalaman kami dah sampai penghujung perjalanan . Kita harus buat sesuatu mudah-mudahan ia jadi satu legasi atau benda yang dibawa oleh generasi lain untuk terus berjuang dalam bidang seni tapi ada manfaatnya”

“Saya rasa lagu-lagu yang kami pilih sangat selektif , gabungan lagu popular memang wajib tapi akan diolah dengan arrangements yang baru dengan pemuzik pada tahap A1 dan produksi yang tinggi”

“Pernah saya bicara dengan Permaisuri Johor , kita akan main sikit kuat tapi tak bingit . Muzik yang kita main perlu ada satu vibe , gigitan , kekuatan yang padu dan padat tapi tak bingit, saya pernah lalui 2-3 konsert sebelum ini takde komplen , mudah-mudahan disini lebih lagi”

“Setahu saya antara kekekuatan awal dulu sewaktu bersama Sweet Charity , Perak antara peminat yang kuat antara Johor dan Pahang , Perak mempunyai satu legasi artis-artis dan band rock , sebenarnya mereka banyak dipengaruhi atau serba sedikit dengan muzik Sweet Charity”

Kosert amal yang bakal dijayakan oleh Datuk Ramli Sarip dan Dato Khadijah Ibrahim dianjurkan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Cawangan Perak dengan kerjasama Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) , D’Va Event And Management dan Rasa Karya Music Sdn Bhd , turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan , Seni Dan Budaya serta Tourism Perak

Ahli Lembaga Pengarah PORT , Datuk Zainol Fadzi Paharudin menjelaskan program Konsert ini telah mendapat sokongan pejabat Menteri Besar Perak

“Walaupun Konsert ini berkonsep dinner show tapi kami beri peluang kepada peminat beli tiket yang mana terhad kepada 200 orang dan saya difahamkan ia juga hampir habis . Konsert ini juga memberi tujuan dan peranan masyarakat bersama Persatuan Kanser Perak , sebelum ini juga bapa Menteri Besar Ahmad Faisal Azumu adalah Pengerusi Kanser Kebangsaan Malaysia Negeri Perak , Allahyarham Dato Azumu memimpin persatuan selama 20 tahun dan sekarang Menteri Besar beri sokongan kepada ayah beliau”

“Walaupun ada meja yang agak mahal iaitu 50k tapi dah terjual 2 hari lalu” sambung beliau yang mana sokongan oleh swasta dan syarikat GLC kepada konsert ini .

Tambah Datuk Zainol , pihak penganjur menawarkan penjualan pakej Meja Platinum , Gold dan Silver yang aman setiap meja mengandungi 4 hingga 8 buah kerusi dengan harga RM50 000 bagi platinum (4 kerusi) , RM20 000 untuk Gold  manakala Silver dengan harga RM15 000 (8 Kerusi)

“Pihak penganjur juga turut menyediakan  jualan meja berharga RM10 000 untuk 8 Orang , manakala RM5000 dan RM3000 yang memuatkan 10 orang”

“Manakala yang hanya ingin menikmati persembahan , tiket dijual pada harga RM150 untuk dewasa dan kanak-kanak RM100” jelas beliau

Tambahan oleh pihak D’Va Event And Management malam itu akan ada persembahan Seni dan Budaya Permata Perak , tarian muzik dan baju busana , ia adalah malam pengisian kebudayaan , kerana dijangka peminat dari luar Perak juga akan memenuhi dewan Konsert ini nanti




TERBARU

Konsert Duo Lagenda Antara Raja Pop Dan Guru

Persembahan Solo Dengan Lagu Pilihan JOE

Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak

Konsert Duo Lagenda Tampilkan JAMAL ABDILLAH Dan M NASIR

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.