20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

26 Nov 2017 18:27

2017-11-27_02-10-29

Telah 20 tahun kumpulan surf pertama di Malaysia iaitu Kugiran D’Tepi Pantai berada di dalam industri muzik tanahair . Dengan 9 buah album dan jualan yang telah melebihi 200 ribu unit , mereka bukanlah rockstar yang digemerlapi dengan populariti dan glamour . Kejayaan yang dicapai melalui album sulung “Don’t Panic , Let’s Picnic !” yang dikeluarkan pada tahun 1998 telah mencapai jualan 50 ribu unit dalam masa 2 bulan dan sehingga kini album tersebut telah terjual sebanyak 200 ribu unit .

ALBUM PERTAMA ADALAH HASIL YANG TAK DISANGKA

“Album pertama tu aku sendiri tak sangka , kami buat rakaman pakai rakaman 8 tracks je , aku bagi kat label dan mereka setuju nak rilis dan tak sampai 2 bulan jualan album kami cecah 50 ribu unit dan aku sendiri telah dapat anugerah Gold Disk , bayangkan tahun tu semasa kemelesetan ekonomi dan mencapai jualan banyak tu .” jelas Combat , yang telah mengasaskan kumpulanKugiran D’Tepi Pantai yang mana beliau juga adalah pemain gitar untuk kumpulan ‘legend’ The Pilgrims .

“Asal muzik surf ni masa tahun 60an di California Selatan , muzik Surf ni kau nak main apapun main je la , Cuma bunyi gitar kau tu yang buat muzik surf . Muzik yang aku main adalah yang telah di ‘improvised’ dan cara permainan aku pun lain sebab cara aku main gitar tu downstroke,  Cuma kalau gitar tu ada distortion memang terus jadi Metal la muzik tu ”

20 BUAH LAGU UNTUK 20 TAHUN KUGIRAN D’TEPI PANTAI

20 tahun selepas album “Don’t Panic , Let’s Picnic !” dikeluarkan , itu juga usia buat kumpulan Kugiran D’Tepi Pantai , 2 dekad lamanya mereka wujud dan kini muncul lah album ulangtahun mereka yang menampilkan 20 buah lagu yang membawa maksud 20 tahun , yang bertajuk “Siri Penjarahan Runut Bunyi , Kami Datang Penuh Damai ”

“Memang kadang-kadang nampak mengarut dan entah apa-apa , tapi itu yang bestnya bila aku buat band ni, aku boleh buat apa sahaja , tengok tajuk lagu yang aku buat ‘Kenapa Kau Marah Aku Kerana Tidak Membawa Kau Pergi Menonton Wayang Walhal Di Rumah Kau Ada Video’  , banyak idea mengarut aku dah buat dan untuk album 20 tahun ni , aku letak semua tajuk lagu kat bahagian dalam , jadi nak tau kena beli dan tengok sendiri ” gelak kecil Combat bila menceritakan mengenai idea beliau

Sebagaimana tercatat di cetakkan di bahagian dalam CD mereka

‘20 tahun dalam usia KUGIRAN DITEPI PANTAI merentas reruang masa menyelinap selit secara samar di celahan ratusan alunan music tempatan dan akan terus menyulam music SURF untuk mewarnai dunia berirama ini . Album ini adalah hadiah kami untuk para peluncur music tanahair’

2017-11-27_02-12-33

DIIKTIRAF OLEH ‘MALAYSIA GUINNESS BOOK OF RECORD’ SEBAGAI KUMPULAN SURF PERTAMA DI MALAYSIA

9 buah album pernah dihasilkan mereka sepanjang 20 tahun , walaupun jualan begitu baik pada ketika ekonomi Malaysia sedang jatuh iaitu pada tahun 1998 dan pasaran jualan CD semakin mengucup pada tahun demi tahun , ia bukanlah angka jualan yang dikejar . Malah album ke 9 mereka  yang bertajuk “Hard Soul” dan juga album kompilasi sempena 20 tahun ini telah dikeluarkan oleh beliau sendiri , dengan hanya 100 unit sahaja .

“1st album tu rekod bodoh je , tapi bunyi dia klasik dan raw . Ia juga simple dan rilek sebab tu boleh cecah hingga 200 ribu unit hingga kini . 2nd album lakk masih boleh lagi dijual hingga 50 ribu unit , album ketiga semua lagu P.Ramlee , ni banyak sikit dalam 60 ribu unit sebab orang suka , lagu pun mereka tau . Album ni banyak digunakan sebagai buat muzik latar untuk drama , radio dan mall ”

“Lama-lama jualan makin drop tapi masa tu masih dalam lingkungan belasan ribu unit gak , itu dalam tahun 2003/2004 . 2010 pernah buat under label Luncai Emas tapi tak rilis pun album tu , mungkin mereka rasa membazir dan takut nak bersaing , lagipun zaman tu orang dah mula muat turun ”

“Aku pun tak sangka boleh sampai jual sebanyak ni , mungkin band surf kat Malaysia ni satu je kot, Sebab Guinness Records bagi iktiraf aku pun yang pertama dan mungkin selamanya”

2017-11-27_02-12-21

TIDAK KEJAR GLAMOUR DAN POPULARITI

Bagaikan ada satu perkara yang tidak betul buat Kugiran D’Tepi Pantai yang terlalu amat jarang muncul di media perdana walaupun jualan mereka melebihi ramai artis mainstream . Namun bila duduk bersembang , Combat sebenarnya mempunyai hala tuju dan prinsip beliau sendiri

“Album kami memang ada , Cuma aku jenis ada atau tak ada sama je . Macam self ethic , aku buat apa aku nak , kalau jadi , semua jadi , kalau jatuh ke longkang pun aku tak kisah”

“Kira aku ni adalah artis kedua yang paling banyak bagi keuntungan pada label , sebenarnya label kalau boleh nak aku buat macam band rock yang lain , tengok apa jadi band rock semua tu , ikut buat promosi cara mereka sendiri , nak bergambar pun kena ikut cara mereka sendiri . Aku against benda ni , sebab tu nampak band aku ni macam ada atau tak ada je dalam media mainstream walaupun jualan banyak masa tu . Aku tak suka orang anggap aku poyo dan rockstar sebab benda ni aku kalau boleh nak taknak jadi , tapi itulah benda yang kita nak halang ni , benda ni laa juga yang orang selalu pandang kat aku”

CD Sempena 20 tahun Kugiran D’Tepi Pantai boleh didapati di Kedai Combatt atau MusixHub di tingkat 1 , Campbell Complex atau boleh hubungi mereka di facebook/kugirandtp untuk membeli secara online .




TERBARU

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.