Jika bercerita mengenai kumpulan rock di Malaysia pada tahun 80an sebenarnya terlalu banyak untuk diceritakan , kumpulan yang berjaya mengganas mahupun yang terkandas di tengah jalan . Selain kumpulan ikonik yang sentiasa disebut-sebut dan yang biasa kita dengar , tapi akan ada sentiasa kumpulan yang kita terlepas pandang , namun lagu-lagu mereka sentiasa menjadi siulan dan dimainkan diradio sehingga ke hari ini .
Antaranya adalah kumpulan Bumiputra Rockers atau BPR , kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1985 ini sebenarnya muncul dengan pelbagai nama , mereka ini semua adalah rakan-rakan di kampong yang telah mengembara hingga ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis rock . Perjalanan mereka sebenarnya panjang , daripada main di funfair hinggalah pada suatu ketika mereka pernah menjadi kumpulan pembuka untuk Sweet Charity di sebuah funfair dan pada itulah Ramli Sarip nampak betapa serius dan berbakatnya mereka . Semenjak itu mereka menjadi kumpulan pembuka untuk Sweet Charity dimana-mana sahaja persembahan.
Pada waktu itu mereka masih lagi menggunakan pelbagai nama dan sehinggalah pada suatu konsert di Perak , Ramli Sarip telah memperkenalkan mereka sebagai Bumiputra Rockers, semenjak itu ia terus melekat dan menjadi nama rasmi .
Itulah serba sedikit mengenai kumpulan rock Bumiputra Rockers yang telah mempunyai 6 buah album , walaupun kemunculan mereka telenggam timbul pada zaman millennium 2000 hingga sekarang tapi Bumiputra Rockers sebagai kumpulan rock yang seharusnya diingati , kerana mereka adalah kumpulan yang mempunyai deretan lagu-lagu popular yang amat diminati oleh peminat-peminat rock ataupun tidak sehingga ke hari ini .
Album mereka yang pertama iaitu “Selamat Pagi Malaysia” tidak berjaya kerana syarikat rakaman mereka pada waktu itu yang di miliki oleh Ito Blues Gang iaitu Ito Production terpaksa ditutup awal , namun album tersebut menunjukkan bakat yang cukup menyerlah oleh gitaris mereka iaitu Awang BPR dengan mainan riffing yang melodic dan kehebatan vocal Joey .
Tapi selepas itu mereka bangkit dengan album ke-2 iaitu “Bisa” , yang penuh dengan lagu-lagu popular dibawah syarikat rakaman Life Records dan Penerbit oleh M. Nasir. Ia adalah album yang cukup berjaya , dari segi susunan yang lebih komersil dan ini adalah antara album mereka yang dipenuhi oleh lagu-lagu yang akan terus digilai oleh peminat rock .
Bumiputra Rockers tak pernah berkubur sebenarnya itulah antara yang pernah dikatakan oleh Awang BPR sebelum ini . Kemunculan mereka di industri hiburan pun bagaikan tidak dirasai pada waktu ini
Dan inilah apa yang cuba dibuktikan oleh mereka apabila Bumiputra Rockers bakal membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka pada 28 Oktober nanti bermula jam 4.00 petang .
Ia adalah sempena menyambut ulangtahun mereka yang ke-30 . Dalam membuktikkan kumpulan Bumiputra Rockers akan terus bernyawa dan mendendangkan lagu-lagu yang kini telah menjadi rock klasik .
Bumiputra Rockers akan dibarisi oleh Joey , Awang ,Raja Zainal , Yem , MaLio dan Angah
Tiket masuk adalah RM60 untuk yang berumur 12 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah adalah percuma. Tiket boleh diperolehi dari Hard Rock Cafe Melaka. Segala pertanyaan, sila hubungi 06-292 5188
JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh
Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak
Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya
Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.