NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

27 Sep 2017 14:40

NOH SALLEH.IPOH.3

Kini, berakhirlah sudah jelajah Road Tour Noh Salleh di empat lokasi bagi mempromosikan album “Angin Kencang” iaitu di Pasar Karat, Johor Bharu, Menara Taming Sari, Melaka, Khedai Khopi Shocka, Penang danGerbang Malam, Ipoh.

Ternyata keempat-empat lokasi yang dilawati Noh Salleh telah mendapat sambutan diluar jangkaan di mana setiap lokasi dibanjiri oleh ramai peminatnya. Road Tour 2017 Noh Salleh tidak akan berjaya sekiranya tanpa sokongan dari  RedBull Malaysia yang telah menyediakan kenderaan pacuan 4 roda yang dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih yang telah digunakan untuk persembahan Noh.

Memilih lokasi sebegini kerana ia membuatkan diri Noh Salleh lebih dekat dengan para peminat dan mereka beramai-ramai dapat menonton dan menyaksikan persembahan beliau secara LIVE dan santai. Bukan sahaja persembahan yang disajikan malah  sesi meet and greet juga telah dilakukan kepada para peminatnya yang membeli album baru beliau berjudul ‘Angin Kencang’.

Bukan itu sahaja lebih 450 keping cakera padat beliau telah habis terjual. Ternyata, walaupun Noh Salleh tampil dengan album solo beliau, namun begitu ia masih mendapat sambutan  oleh orang ramai dan peminat tegarnya yang sering mengikuti perkembangan karier beliau dari sebuah kumpulan band popular sehingga bergerak secara solo.

Album baru ini memuatkan enam lagu repackaged dan tiga lagu baru iaitu ‘Sarawak’, ‘Mr.Polia’ dan ‘Renjana’. Konsep bagi album ini menjurus ke arah irama pop retro telah dipilih oleh Noh Salleh  kerana ini adalah suatu sisi muzik Noh yang mungkin hanya dapat direalisasikan  secara solo dan ia juga antara sebuah pengembaraan musikal Noh Salleh dan seratus peratus atas dasar kepuasan dirinya sendiri sebagai seorang insan seni. Malah, album ini juga mendapat sambutan yang baik bukan sahaja di Malaysia namun juga di Indonesia, kerana permintaan yang tinggi oleh peminat-peminat beliau di sana yang mengagumi serta lebih menghargai   hasil karya Noh Salleh yang sedemikian rupa.

Noh Salleh kini juga bakal membuat persembahan di Kuching , Sarawak dan beberapa tempat lagi malah beliau juga bakal membuat persembahan di Jepun antaranya di Tokyo, Osaka and Kyoto bermula 28 Oktober hingga 4 November ini .

Teristimewa buat peminat setia Noh Salleh, album  ‘Angin Kencang’ edaran Warner Music (M) ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.

NOH SALLEH.MELAKA.1

NOH SALLEH.IPOH.2

NOH ROAD TOUR PENANG




TERBARU

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.