2018-05-23_11-11-26

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

24 Sep 2017 07:28

Ella Peace.Love.Rindu

Selepas 10 tahun , Ratu Rock Ella kembali dengan album terbaru yang bertajuk “Peace.Love.Rindu” . Ella menjelaskan album terbaru ini sangat istimewa , membawakan pembaharuan yang sesuai dengan usia beliau sekarang ini . Album ini jelas Ella lebih ‘mellow’

“Selepas 10 tahun album ini dilihat sebagai pembaharuan . Istimewanya dengan album ini ialah dari segi muzik . lagu dan lirik , Ia adalah penantian yang berbaloi selepas 10 tahun , daripada segi pemilihan lagu yang dapat beratus dan setelah ditapis inilah yang dipilih”

Hanya 8 buah lagu yang dimasukkan menampakkan pelbagai gandingan daripada composer yang amat dikenali antara M.Nasir , Edrie Hashim , AG Coco , Lord , Sam Bunkface , Keon , Budhi Hikayat , Omar K , Faizal Tahir , Ezra kong dan AD Samad .

Menjelaskan lagi kenapa hanya 8 lagu yang dimuatkan , Ella mengatakan bahawa akan ada lagi projek untuk album akan datang yang akan bermula pada tahun hadapan .

“Lagipun lagu yang dimuatkan pun tak semua akan dimainkan , ia agak membazir tu sebab hanya ada 8 buah lagu dimasukkan . Dan ada lagi lagu yang dipilih tapi itu untuk projek (album) yang akan datang”

Tajuk album “Peace.Love.Rindu” adalah gabungan 2 bahasa dan pastinya membawa maksud yang tertentu . Menurut Ella tajuk album ini dipilih beliau bersama syarikat rakaman

“Hari ini (21 september) adalah hari Peace sedunia ia amat sesuai sebagai pelancaran dengan sambutan keamanan sedunia hari ini . Ia adalah keamanan dan cinta . Rindu pula buat peminat semua dan yang rindukan album terbaru Ella”

Ella terus menjawab pertanyaan mengenai lagu “Comel” yang dilihat agak keremajaan

“Sebenarnya dari segi lirik banyak perbezaan , perkataan tidak menunjukkan kita sudah matang atau tak . Dari segi lirik ia ‘deep’ sebenarnya”

Nama Ella yang mempunyai deretan lagu popular dan banyak lagu yang telah sebati didalam hati peminatnya , pastinya dengan album terbaru ini ia satu cabaran untuk beliau

“Sebenarnya saya tak ada idea macam tu , Ella tak fikirkan mengenai penerimaan , ia satu karya . Ella percaya peminat lama dan yang baru akan menerimanya”

Album “Peace.Love.Rindu” juga memperlihatkan karya composer muda yang turut menyumbangkan dalam album ini

“Muzik tak kira umur , ia adalah satu karya , Ella akan berkarya dengan sesiapa dan keluarkan dalaman Ella , ia sangat mencabar”

Album terbaru Ella “Peace.Love.Rindu” telah dikeluarkan oleh Universal Music , boleh didapati dikedai muzik berdekatan atau mendapatkan secara online di Lazada .




TERBARU

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

ANUGERAH NASYID 2017 Kembali Dengan 10 Lagu Terbaik

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.