Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

21 Sep 2017 18:12

Monoloque Jangan Puja Sampai Kecewa

“Jangan Puja Sampai Kecewa” merupakan album ke 2 daripada Kumpulan Monoloque , beliau kembali dengan penuh yakin melalui rilisan terbaru ini , melanggar segala trends  , mengenepikan nilai komersil dan mencipta minat pendengar . Itulah yang dilakukan beliau semenjak bersama zaman Butterfingers lagi .

Ia bukanlah satu gagasan baru , muzik bawah tanah mahupun gerakkan indie yang pernah meletup dahulu telah membawa idea ini dan ia berjaya sama sekali . Namun kumpulan Monoloque mempunyai visi tersendiri , dengan menggunakan istilah “Bunyi Baru Malaysia” , mereka ingin menerobos terus industri arus perdana dan menunjukkan keunikkan muzik Monoloque dan mengajar apakah muzik yang sebenar .

“Benda yang saya buat bukanlah benda baru diperingkat antarabangsa . Disini saya cuba menaiktaraf citarasa pendengar di Malaysia . Kita memang dah ada arus alternative disini tapi ia tak sebesar arus perdana dan memang dah ada pun pemuzik yang tak ikut trends . Saya Cuma ingin menyuntik citarasa” Jelas Loque yang ditemui ketika pelancaran album terbaru beliau di Atas Bijan Fx”

“Ia satu anjakan paradigma dari segi citarasa” sambung beliau

“Bunyi Baru Malaysia” yang dicanangkan oleh beliau sebenarnya adalah satu idea dan telah dirumuskan melalui album terbaru mereka , bercerita mengenai makna yang dikarangkan oleh beliau , Loque terus menjelaskan

“Melalui album ini kami dapat menemui sesuatu yang baru , saya tak pernah main macam ni , dengan campur fx itu ini , meletakkan efex dan juga susunan lagu . Kira kami langgar je muzik ni . ia sesuatu yang memuaskan seperti sound baru”

“Kadang-kadang satu instrument tu kami ambil 14 take”

Loque teruskan lagi dengan terjemahkan makna tajuk album “Jangan Puja Sampai Kecewa” , jika dibaca sekilas pandang ia seperti tidak memberikan sebarang makna . Namun apa yang cuba di sampaikan oleh kumpulan Monoloque sebenarnya jauh ke depan , ia adalah mengenai jatidiri kita sendiri

“Makna dari segi general ialah kita kena ubah mentality kita dan masyarakat . Perkara yang kita selalu puja seperti barang import , benda daripada barat dan merasakan yang mereka ni bagus . Saya pernah berkawan dengan mereka semasa saya di Berkley lagi , bagi saya mereka ni biasa je . Saya nak ubah mentality ini , yang kita selalu puja orang luar . Orang kita pun tetap bagus sebenarnya . Itulah maknanya Jangan Puja Sampai Kecewa”

Album “Jangan Puja Sampai Kecewa” sebenarnya mengambil perjalanan yang panjang , single demi single telah dihasilkan beliau dalam sesuatu jangkamasa terus mencari lagu dan bunyi yang sesuai untuk terus dengan lainnya

“Kami setiap tahun ada single dan sebelum ni pun ada EP , kira album ni macam roller coster juga dengan pengunduran ahli baru dan kemasukkan ahli baru dan kadang-kadang kerja untuk album saya sangkut sebab saya kena buat skor filem dan terbaru buat lagu untuk Sukan Sea 2017”

“Saya suka industry filem , antara filem yang saya pernah buat ialah Redha dan Pekak . Seronok bekerja bersama pengarah ini . Mereka suka lagu-lagu saya yang pernah kena reject , mereka taknak lagu-lagu pop biasa , bila saya tunjuk lagu saya yang pernah ditolak itulah yang mereka nak , mereka bukan suka yang komersil . Memang ada peminat muzik seperti ini”

“Sebab itu ramai yang sangka , kejayaan diukur bila lagu keluar radio . Bukan radio yang tentukan kualiti artis , ini semua hanyalah trend yang akan hilang tapi jatidiri itu yang akan kekal . Seperti lagu P.Ramlee , walaupun ada note yang salah tapi hingga ke hari ini lagu beliau begitu sedap didengar walaupun sudah berpuluh tahun”

Album ini juga memuatkan lagu daripada kumpulan Gersang iaitu “Masih Aku Terasa” , lagu cover yang telah diberi sound baru kumpulan Monoloque ini adalah antara lagu yang amat diminati oleh Loque dan mempunyai nilai sentimental dengan membesar bersamanya

“Bila ada orang komen tak suka , saya ok je . Orang macam ini yang saya nak ajar sebab kami suka dan ramai lagi yang suka dan mereka yang suka ni bukan yang jenis keyboard warrior”

Monoloque yang kadang-kadang disalah erti apabila ianya dilihat sebagai hasil solo oleh Loque dan beliau mengatakan sudah banyak kali menjelaskan perkara ini kepada orang ramai

“Sepatutnya Monoloque ini adalah kumpulan , Cuma bila buat persembahan antara kami bila tak dapat munculkan diri bukanlah satu masalah . Sound yang datang daripada kumpulan , saya perlukan mereka untuk buat sound”

Monoloque terdiri daripada Loque , Ijoo (gitar utama) dan juga Bakri (drum) .




TERBARU

Kemeriahan PJ FAIR 2018 Bermula 4 Hingga 11 September Ini

DOA Kumpulan XPDC Untuk Peminat

Persembahan Hebat Oleh RAMLI SARIP Dan KHADIJAH IBRAHIM

Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih Penuh Jiwa Dan Semangat

Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya

Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II

Kumpulan Rock EXTREME Akan Beraksi Di Kuala Lumpur

Nostalgia Raya Di Plaza Shah Alam

AMY NURTINIE Dinobatkan Sebagai “Ikon Wanita Melayu”

Pencari Wanita Melayu 2018 Terus Memperkasakan Wanita

Konsert 30 Tahun Lagu Klasik DOA BUAT KEKASIH

SIL KHANNAZ Bersama UNCURE Melancarkan Album Terbaru

RAIHAN Mengetuai Sambutan Kemuncak Ulang Tahun Ke 15 Bandaraya Melaka Bersejarah

BUNGA Untuk Peminat ALTIMET

Kumpulan PADI Bakal Tampil Persembahan Eksklusif Di KL Live

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Sambutan 10 Tahun Buat Kumpulan PESAWAT Dan PLAGUE OF HAPPINESS

Lagu Pertama Kali Oleh SALIMEY Yang Popular Melalui Runut Bunyi Drama

ILFORD Jenama Premium Dalam Percetakkan Bakal Membuka Galeri Fotografi Dan Digital Di Oasis Damansara

Konsert SHEILA ON 7 Live In Kuala Lumpur 2018 Dan Tiket Mula Dijual Pada 21 Disember 2017

KONSERT/TEATER/GIG

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.