Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

27 Aug 2017 20:31

Ramli Sarip Konsert Gala Pelarian

Konsert yang sepatutnya berlangsung selama 2 hari tapi hanya dibuat sehari kerana penganjur menarik diri disaat-saat akhir , tetap itu tidak mematahkan semangat Datuk Ramli Sarip . Konsert Gala Pelarian yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC pada 25 Ogos lalu walaupun ia adalah konsert makan malam , tapi segala alatan muzik yang dibawa dan lampu yang dihala bagaikan sebuah konsert .

Ia sememangnya sangat berjaya , Datuk Ramli bersama syarikat pengurusan beliau Rasa Music Sdn Bhd mengambil alih penganjuran ini dan membawanya ke idea yang berlainan . Kegembiraan jelas terpancar pada setiap peminat , ia adalah konsert yang menghiburkan tapi ia juga adalah konsert yang mempunyai misi dan perjuangan kemanusian .

Kegembiraan didalam konsert ini sebenarnya tidak pernah lupa mengenai kekejaman kerajaan Myanmar terhadap Rohingya . Konsert Gala Pelarian adalah demi membantu pelarian Rohingya di Malaysia .

Konsert dimulakan dengan puisi oleh Pekin Ibrahim dengan olahan puisi daripada beliau sendiri , selepas itu dimulakan nyanyian oleh Zahid AF , Maulana, Akmadan Haziqmenyampaikan beberapa buah lagu antaranya “Selamat Malam Rohingya” .

Buat peminat yang seringkali hadir ke konsert Datuk Ramli Sarip pastinya ia sangat ditunggu-tunggu kerana disetiap konsert Datuk Ramli bersama kumpulan iringan iaitu Soul Journey akan membawakan kelainan daripada segi muzik . Tidak dinafikan bagaimana kuatnya pengaruh Led Zeppelin daripada lagu-lagu Datuk Ramli Sarip yang telah di improvised , dengan penambahan solo gitar dan juga keyboard , riffing gitar dan mainan drum akhirnya ia adalah satu gabungan yang cukup mempersonakan .

Dengan lagu yang dimulakan seperti “Orang Asing” , “Pelarian” dan “Hilang Gelap Terbit Terang” menampakkan komposisi lagu-lagu Datuk Ramli lebih dengan elemen muzik progresif dan keras , ia adalah permulaan yang begitu bertenaga . Dan ini terus diakui dengan lagu selanjutnya iaitu “Dunia Perlumbaan” , “Budaya” , “Jikalau Berkasih” dan lagu “Teratai” antara lagu popular yang seringkali dinyanyikan oleh beliau.

Tanpa sedar , inilah keunikkan yang ditampilkan oleh Datuk Ramli Sarip dan kumpulan iringan beliau Soul Journey . Lagu yang kita dengar mungkin sama tapi komposisi muzik yang diutarakan kadang-kadang berbeza antara konsert yang dilakukan .

Ella yang muncul terus tanpa berlengah menyanyikan lagu-lagu popular beliau seperti “Permata Biru” , “Layar Impian”, “Dua Insan Bercinta” dan duet bersama Datuk Ramli dengan lagu “Kembara Kita” . Kedua-dua penyanyi yang berpengalaman ini langsung tidak mempunyai masalah langsung , kekuatan vocal mereka masih seperti yang kita dengar di dalam CD .

Datuk Ramli kembali mengambil-alih pentas dengan terus menyanyikan lagu “Tersendiri” , “Zakiah” dan “Jangan Tunggu Lama-Lama” . Ya , ketiga-tiga lagu ini terus mempersembahkan susunan yang begitu menarik sekali . Sesuai dengan gelaran papa Rock , Datuk Ramli pada usia yang semakin meningkat dan uban yang semakin menebal , beliau kekal rock .

Raihanmuncul memperlahankan rentak , bersama Datuk Ramli mereka menyanyikan lagu puisi yang penuh makna iaitu “Ufuk Nurani” dan juga “Bukan Kerana Nama” sebelum Raihan turun daripada pentas mereka menyanyikan lagu “Thank You Allah” .

Telah lebih 2 jam berlalu , konsert terus dihangatkan dengan lagu “Batu” , “Ribut 10.59” , “Kamelia” dan “Sejuta wajah” . Ia adalah deretan lagu yang terus membuatkan penonton bertambah semangat .

Konsert Gala Pelariansebenarnya mencapai matlamat . Artis juga mampu membantu masyarakat dengan pelbagai cara . sebagaimana yang sering dikatakan oleh Datuk Ramli Sarip sebelum konsert ini , dalam berhibur kita seharusnya juga mempunyai misi , kita harus mempunyai perjuangan .




TERBARU

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.