Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

20 Aug 2017 19:29

Ramli Sarip Konsert Gala Dinner

“Gigil menggigil aku , Ku dengar suara kebesaran , Terbangun dari tidurku , Suara azan berkumandang”

“Mengenai lagu tu , Saya masih ingat masa tu semasa berada di rumah di ampang , saya bersama Fandi Ahmad . Dalam tiba-tiba tu dah pagi dan telah berkumandang azan dibeberapa buah surau , Saya masa tu di kawasan Melayu jadi azan memang sahut sahutan . Masa saya dengar waktu tu tiba-tiba muncul satu perasaan yang membuat saya sehingga menggigil dan menangis , memang bergema suara azan waktu itu dibeberapa buah surau dan tanpa berlengah kami mengambil air sembahyang . Dari situlah ia satu moment untuk saya menulis perasaan pada waktu itu ”

Datuk Ramli Sarip mengingatkan kembali bagaimana tanpa disedari idea itu datang , ia adalah waktu yang kita sendiri tidak jangka . Dan menceritakan bagaimana setiap lagu beliau sememangnya mempunyai setiap cerita disebaliknya . Dan itulah bagaimana lirik “Seruan” ditulis .

Datuk Ramli Sarip ditemui ketika dalam rangka promosi untuk Konsert Gala Pelarian beliau pada 25 Ogos nanti bertempat di di Dewan Merdeka , PWTC yang bakal menampilkan Datuk Ramli Sarip , Ella dan Kumpulan Raihan .

Walaupun ia adalah konsep makan malam , Datuk Ramli Sarip tidak melupakan peminat setia beliau dan menyediakan tiket tambahan yang berharga RM103 dibarisan atas tanpa makan malam , Buat peminat individu yang ingin turut serta makan malam disediakan juga tiket yang berharga antara RM200 , RM400 , RM600 dan RM800 untuk seorang .

Konsert Gala Pelarian ini sebenarnya adalah sebuah konsert amal dalam mengumpul dana dalam meringankan derita Rohingya yang kini ramai menjadi pelarian akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan Myanmar .

Konsert yang bakal berjalan selama 2 jam setengah ini , diterjemahkan oleh Datuk Ramli sebagai konsert yang bakal menyampaikan lagu-lagu yang tak pernah dimainkan

“Secara peribadi lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu yang tidak pernah dimainkan . Lagu-lagu saya memang banyak sebenarnya dan apa yang penting lagu-lagu yang dipilih mempunyai misi dan hiburan . Penonton dapat bezakan  . Ia bukan hiburan semata , ia ada mesej dan perjuangan”

“Macam Roger Waters , beliau dikenali juga sebagai aktivis yang menentang penjajahan Israel terhadap Gaza , memang beliau selamba dan tak peduli , malah pelbagai lagi perjuangan beliau . Lagi satu Paul McCartney dan The Beattles , mereka semua veggie dan tak makan benda yang berdarah , itu adalah misi mereka ! Bagi saya itu hak masing-masing takde betul atau salah . Sama juga Yusuf Islam , main gitar dapat hasil daripada muzik , beliau juga berdakwah . Ia satu kebaikkan dari segi bakat , dia comeback dengan main semula muzik , ia satu senjata dan bakat”

Walaupun ia adalah konsep makan malam tapi jelas Datuk Ramli lagu-lagu yang akan dimainkan dan muzik yang bakal diperdengarkan adalah seimbang .

“Band mainkan peranan penting dalam konsert ini , susunan kebanyakkannya band tapi mereka kena monitor sikit dan saya sebagai Excutive Producer dan saya menekankan dalam persembahan . Saya pasti tidak ada masalah mengenai lagu , kerana 80% yang datang memang tahu muzik saya macamana”

“Setiap lagu ada jiwa , roh dan semangat , Jarang artis kita ada tema tertentu . Jika kita dengar seperti lagu ‘Ufuk Nurani’ yang ramai tak pernah dengar , lirik mengenai perjuangan purba , ayat purba . Jarang saya gunakan lirik tu . Ia bagaikan satu identiti , berat . Ia puisi nukilan oleh A Samad Said”

Datuk Ramli terus berbicara mengenai muzik beliau , namun disebaliknya adalah pemuzik , yang amat dihargai oleh beliau , ia bagaikan enjin buat muzik Datuk Ramli , pastinya ramai dapat melihat improvised setiap muzik Datuk Ramli Sarip yang dimainkan dalam setiap konsert .

“Band yang sarat pengalaman adalah bagus dan tinggi kemahiran mereka , walaupun sebagai sessionist , mereka akan jadi lebih baik kerana mereka main memang perfect”

“Ia mengenai perasaan , dalam dua jam setengah tu saya akan bawa 20 lebih lagu dengan Ella 5-6 lagu , Kami juga buat kerjasama dengan UUM iaitu Pengurusan Industri Kreatif , akan ada persembahan busking oleh mereka , Zahid daripada AF pun akan ada dan juga Perkin Ibrahim yang akan bacakan puisi ”

Hanya beberapa hari sahaja sebelum Konsert Gala Pelarian berlangsung , Walaupun sebelum ini penaja utama konsert ini telah menarik diri , Datuk Ramli telah meneruskan dengan usaha beliau sendiri .

“Persedian semua dah cukup , saya dah nampak character untuk show ini . Saya pun tak boleh expect sangat . Penonton yang power , mereka yang meletakkan anda dimana”

Melihatkan Konsert Gala Pelarian ini adalah matlamat untuk demi membantu masyarakat Rohingya . Datuk Ramli sendiri telah turun padang menemui penempatan mereka di Ampang .

“Setiap konsert adalah satu kenangan , matlamat dengan harapan dapat mencapai objektif dan seimbang dengan persembahan secara keseluruhan dan membuat sesuatu yang wajar”

“Sebelum ini macam-macam telah dibuat demi Rohingya , adakah semua itu dibuat secara lebih serius? Saya sendiri telah ke penempatan mereka di Ampang dan nasihatkan kepada mereka iaitu kaum lelaki agar menghormati kaum wanita  . Mereka perlu bersyukur kerana ada Negara Islam , Malaysia yang benarkan mereka tinggal dan bekerja dan juga jangan lupa asal usul yang sebelum ini mereka pernah di kejar dan dibunuh . Dan saya sempat menasihatkan mereka agar jangan menentang undang- undang diisini kalau tidak undang-undang yang akan cari kamu”

Konsert Gala Pelarian bakal diadakan pada 25 Ogos ini dengan Tiket-tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com dengan harga RM103 dibarisan atas tanpa makan malam , Buat peminat individu yang ingin turut serta makan malam disediakan juga tiket yang berharga antara RM200 , RM400 , RM600 dan RM800 untuk seorang .




TERBARU

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.