KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

03 Aug 2017 17:47

2017-08-04_01-47-38

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya yang sepatutnya berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Ogos , kini terpaksa dibuat hanya sehari iaitu pada 25 Ogos. Pembatalan ini adalah akibat daripada penarikkan diri penaja utama disaat akhir .

“Pembatalan konsert 26 haribulan adalah disebabkan oleh penarikkan diri oleh penaja . Namun perjuangan , perjalanan kami harus diteruskan” jelas Datuk Ramli Sarip ketika sidang media di PWTC

Beliau yang ditemui tidak menampakkan langsung kekecewaan , Walaupun konsert ini adalah untuk mengumpul dana tapi Datuk Ramli terus bangkit apabila menggunakan kos sendiri untuk meneruskan perancangan .

“Sebenarnya perjanjian telah confirm pada bulan Mac lalu , tapi bila tiba saat akhir konsert , kami minta mereka buat apa yang perlu dibuat untuk konsert tapi mereka gagal dan akhirnya mereka menarik diri ”Pengurus Datuk Ramli , Juriah Banding menjelaskan

“Saya terima penarikan mereka , ia adalah soal dalaman mereka . Saya terima takdir saya , ia satu pengajaran buat saya . Penarikkan saat-saat akhir tidak harus berlaku tapi konsert perlu diteruskan”sambung Datuk Ramli

Apabila ditanya mengenai tindakan daripada pihak Datuk Ramli atas sikap penaja yang tidak bertanggungjawab walaupun perjanjian telah ditandangani , beliau lebih suka ambil tindakan damai tanpa perlu memanjangkan kontroversi

Saya tak suka dengan kontroversi , dalam hal ni saya akan fikirkan sedalam-dalamnya . Saya nak teruskan konert ini dengan damai dan ia tidak mematahkan semangat saya”

Konsert Gala Pelarian yang diadakan pada 25 Ogos dan bertempat di Dewan Merdeka , PWTC bakal menampilkan Datuk Ramli Sarip , Ella dan Kumpulan Raihan , menceritakan lagi mengenai konsep persembahan pada malam itu , Datuk Ramli membuka bicara

“Ia tidaklah bercorakkan kehidupan yang keras , tema akan dikendurkan dengan lagu-lagu 50% mengenai kehidupan dan 50% dengan lagu pop . Saya dan Raihan akan bergabung 2-3 buah lagu yang tidak pernah kami nyanyikan bersama . Mengenai Ella pula , saya tidak kongkong persembahan beliau , lagu yang dipilih memang sesuai dengan konsert rock dan juga popular dikalangan peminat Ella sendiri”

Menurut Datuk Ramli , persembahan bukanlah khusus dengan lagu dalam album “Pelarian” semata tapi daripada album pertama Sweet Charity hinggalah ke album solo beliau sendiri . Malah penonton bertuah juga bakal membawa pulang kereta Perodua pada malam itu .

“Ia adalah konsert 2 jam lebih yang berbaloi . Ia bukan gala dinner yang menunjukkan konsep yang sederhana . Insyaallah peminat akan dapat kelainan persembahan pada malam itu”

Datuk Ramli Sarip juga bakal membuat showcase di Hard Rock Café , Kuala Lumpur pada 6 Ogos ini , dengan hanya tiket RM40 , peminat bertuah juga bakal memenangi 5 keping tiket ke ‘Konsert Gala Pelarian’ . Ia adalah lanjutan sebagai promosi Konsert Gala Pelarian .

Showcase di Hard Rock Café ada cerita , saya akan menceritakan masalah orang Rohingya , saya juga pernah pergi ke Markas mereka . Bagi saya perkara ini perlu berterusan dan bukan bermusim”

“Setiap isu perlu kita teruskan bukan sahaja di Rohingya , Sekarang kita boleh lihat penindasan berterusan di Palestine oleh Israel . Yang mana dulu tembok Berlin dah runtuh sekarang mereka akan buat kembali di Palestine”sambung beliau sambil mengakhiri

“Artis sebenar bukan semata berhibur atau mencari populariti”




TERBARU

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.