Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

26 Jul 2017 21:04

KL Metalcamp 2017

Buat peminat muzik Metal tanahair, KL Metalcamp adalah festival muzik Metal tahunan yang amat dinantikan . Festival yang membawakan kepelbagaian muzik Metal , adalah trademark yang terus dikekalkan oleh penganjur iaitu Thy Syndicate . Ketika muzik Metal di pandang serong dan dianggap tidak akan berjaya kerana pelbagai perkara negatif yang dilemparkan , KL Metalcamp adalah antara penganjur yang berani tampil dan menafikan setiap perkara tersebut dengan setiap konsert mereka setiap tahun .

Tidak sampai 10 hari lagi konsert KL Metalcamp yang bakal menampilkan dengan 8 buah kumpulan pada 5 Ogos ini bertempat di Blackbox , Publika Solaris Dutamas , Kuala Lumpur . Dengan bayaran RM50 di pintu masuk .

“Pada edisi tahun ini KL Metalcamp sekali lagi menampilkan barisan band yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang merangkumi pelbagai genre di dalam aliran metalAjak Dethkren daripada Thy Syndicate membuka bicara

Buat peminat muzik progresif , KL Metalcamp telah membawakan kumpulan Metalasia yang kini telah mencapai 20 tahun penubuhan mereka . Mereka sebelum ini pernah berduet bersama Ning Baizura dengan lagu “Puspasari Penawar Puteri” dengan muzik yang lebih Metal Opera . Metalasia pernah mempunyai 2 buah album iaitu “Khalifah Alam Maya” (1999) dan “Silantra … Bermulanya Sebuah Epik” (2002) .

 “Band progresif metal tersohor tanahair, METALASIA diundang kali ini untuk menyambut ulangtahun ke-20 mereka. Mereka yang tampil pertama kali pada tahun 1997 dengan album ‘Khalifah Alam Maya’ kini kembali semula diatas pentas bersama gandingan gitaris sensasi mereka, King Shah dan Ritz. Kemunculan mereka adalah sesuatu yang dinantikan kerana Metalasia agak kurang aktif sejak kebelakang ini disebabkan kesibukan ahli kumpulan”

 “Band old-school thrash metal dari Ipoh, ATHOTORGH juga akan tampil pada kali ini. Lebih istimewa mereka akan menyambut kelahiran ke20 EP mereka, “Promaster Dieyana” . EP ini merupakan antara rilisan yang sangat siknifikan didalam scene metal Malaysia sebelum era  2000” sambung Ajak

Mereka sememangnya adalah old timer Thrash Metal di Malaysia , malah Ep Mereka “Promaster Dieyana” yang begitu menyerlah adalah antara rilisan penting buat scene Underground Metal . EP mereka yang telah dikeluarkan dalam bentuk kaset dan piring hitam amat susah untuk dimiliki dengan harga kini yang makin melambung ia adalah antara rilisan yang rare . Kini Athotorgh bakal mengeluarkan semula dalam bentuk CD semasa di KL Metalcamp , ini adalah pertama kali EP “Promaster Dieyana” dikeluarkan dalam bentuk CD .

“Bagi sambutan 20 tahun EP “Promaster Dieyana” , ATHOTORGH akan melahirkan semula EP tersebut didalam format CD. Lebih menarik lagi, 2 buah lagu baru telah direkod di Kuala Lumpur dan Tokyo sebagai bonus track untuk cd ini. CD ini akan dilancarkan sewaktu KL Metalcamp nanti”

Kumpulan Rudra yang telah mengeluarkan album ke 8 mereka pada hujung tahun lepas yang bertajuk “ Enemy Of Duality” turut akan beraksi , mereka bakal persembahkan permainan yang padat dan tampil dengan keunikkan muzik tersendiri .

“Barisan band yang lain tak kurang hebatnya, seperti RUDRA yang melopori konsep Vedic Metal dan tahun 2017 ini merupakan tahun ke 25 mereka bergabung sebagai sebuah band” jelas Ajak

Kumpulan yang penuh unik , kini bakal tampil dengan ahli baru mereka pada KL Metalcamp nanti , Infectious Maggots adalah kumpulan Industrial Grind , mereka adalah pioneer dengan genre ini .

“INFECTIOUS MAGGOTS, akan muncul bersama vokalis yang baru setelah mengumumkan perpisahan bersama vokalis mereka, Fathul. Mereka masih berteka-teki tentang siapa yang akan menjadi orang hadapan mereka dan teka teki itu hanya akan terjawab pada KL Metalcamp nanti..!!”

“Selain itu, band yang berpengalaman luas bermain di luar negara dan festival besar di Eropah – ABIGAIL akan membuat kemunculan pada edisi KL Metalcamp tahun ini. Band yang menampilkan konsep Street Metal semestinya sangat dinantikan oleh para metalheads . MASS HYPNOSIA band thrash metal yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini juga sebuah band yang patut disaksikan ketangkasan mereka. TRAUMA sebuah band yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada khalayak peminat death metal dengan sejarah panjang mereka menggegarkan scene. Tidak ketinggalan band muda dari Pulau Pinang, NONSERVIAM yang berteraskan melodic death metal yang perlu diberikan perhatian dengan muzik mereka yang berkualiti ”

8 buah band telah dirumuskan oleh Ajak Dethkren , antara mereka walaupun tidak dijelaskan secara panjang lebar , namun pengalaman mereka yang luas dan pernah beraksi di festival eropah dan dengan deretan album bukanlah calang-calang . Seperti mana Abigail dan Trauma , begitu juga dengan Mass Hypnosia  . Buat kumpulan NonServiam , walaupun baru ditubuhkan tapi ahli mereka terdiri daripada pemuzik yang berpengalaman , mereka adalah antara kumpulan baru yang diketengahkan dalam KL Metalcamp edisi 2017 ini .

KL Metalcamp 2017 adalah edisi yang ke-9 dan hampir mencapai usia sedekad lamanya . Sokongan peminat muzik Metal sememangnya tidak berbelah bagi . Ajak Dethkren menamatkan perbualan ini dengan menjanjikan suatu kepuasan .

“Dengan gabungan pelbagai genre disulami penampilan dan peringkat usia yang berbeza serta faktor geografi, KL Metalcamp kali ini menjanjikan kepuasan kepada setiap metalhead yang hadir. Bukan hanya sekadar muzik tapi ianya juga medan untuk mendapat pengalaman yang baru. Seperti kelaziman sebelum ini KL Metalcamp akan memberikan system bunyi yang terbaik bagi kepuasan maksima”




TERBARU

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.