NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

25 Jul 2017 18:50

Penyanyi Siti Nordiana kini bersama Jaclyn Victor berduet dengan lagu ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan.

Meneruskan legasi melodi indah yang pernah dicipta mereka sebelum ini seperti “Kerana Cinta” , nyanyian Nazim Othman dan juga “Seperti Dia” , dendangan Cassidy, trio hebat, Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan sekali lagi bergabung tenaga menghasilkan lagu “Nisan Cinta” , yang menyaksikan paduan suara dua pemilik vokal ampuh, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

Lebih menarik, lagu yang dihasilkan di bawal label Raksasa Records ini juga terpilih untuk dijadikan lagu teledrama berjudul “Dendam Aurora” , yang mula bersiaran pada 25 Julai depan sebanyak 100 episod. Drama hasil lakonan Nabila Huda, Ungku Ismail Ungku Aziz dan Anzalna Nasir itu akan disiarkan untuk slot Tiara di Astro Prima & Maya HD, setiap hari Isnin hingga Jumaat, selama sejam bermula bermula jam 6 petang.

Bayangkan bagaimanakah hasilnya apabila Jaclyn atau Jac dan Siti Nordiana atau Nana bergabung melantunkan sebuah untaian indah hasil nukilan komposer yang bukan calang-calang, tentunya hasil yang kedengaran sangat mengagumkan. Baik Jac atau Nana, kedua-dua memberi justifikasi terhadap lagu berentak waltz itu.

Berkongsi pengalaman mereka tatkala merakamkan lagu itu yang menjalani proses rakaman sekitar Jun lalu, Nana mengakui kelainan yang ada pada melodi lagu itu membuatkan dirinya terus bersetuju untuk merakamkan lagu itu tanpa perlu berfikir panjang.

“Sebaik sahaja mendengar melodi dan liriknya, hati saya terus bersetuju untuk merakamkan lagu itu. Melodi lagu ini sangat kuat dan liriknya juga sangat mendalam. Dengar demo sahaja saya dapat rasakan kelainan yang ada pada melodinya. Dapat pula bekerja dengan Jac, lagilah meyakinkan untuk saya menerima tawaran yang diberikan kerana kita tahu kuasa vokal beliau yang saya pasti dapat menyedapkan lagi lagu ini,” kata Nana yang juga bekas juara program realiti Gegar Vaganza musim kedua ini.

Belum berpeluang berpadu suara dengan penyanyi wanita lain untuk sebuah lagu baharu, Nana berkata projek Nisan Cinta ini juga satu cabaran buatnya.

“Sebelum ini Nana pernah berduet dengan Syura tetapi lagunya lebih kepada Tradisional dan Nana sudah biasa dengan genre tersebut. Bila dikehendaki merakamkan lagu berentak waltz, pastinya pembawakannya lain sedikit. Orang mesti ingat bila membabitkan kami berdua, pasti akan ada nada tinggi. 

“Memang ada bahagian kami kena menyanyikan nada tinggi namun ia bukanlah sekadar tarik suara sahaja. Kami kena pastikan, suara kedengaran harmoni. Justeru, bahagian saya, walaupun tinggi tetapi perlu ada kelembutannya manakala bahagian Jac, lebih power,” ujarnya.

Untuk menghayati liriknya, Nana berkata selain berdasarkan cerita dan gambaran yang diberikan komposer, dia juga membuat kaji selidik sendiri seperti melihat laman sosial Nabila untuk melihat klip-klip pendek drama terbabit yang sudah pun dirakamkan aktres berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana proses rakaman dijalankan, Jac yang juga bekas juara program realiti Malaysian Idol musim pertama memberitahu ia dibuat secara berasingan.

“Kami tidak rakam serentak sebaliknya dibuat pada hari yang berlainan. Saya masuk studio dahulu dan rakamkan keseluruhan lagu. Kemudian beberapa hari selepas itu, komposer akan memastikan mana-mana bahagian yang perlu diperbaiki, dibuat semula. Selepas Nana merakamkan lagu itu sepenuhnya dan melalui proses yang sama, barulah mereka pecahkan dan bahagikan bahagian mana yang sesuai sebelum lengkap menjadi sebuah lagu,” katanya.

Mengakui sangat berpuas hati dengan hasilnya, Jac menaruh keyakinan yang sangat tinggi bahawa lagu itu mampu pergi jauh serta mendaki carta populariti.

“Memandangkan ia dijadikan lagu runut bunyi untuk sebuah teledrama dan ruang promosi yang diberikan kelak sangat besar, saya yakin lagu ini pasti hits,”ujar penyanyi bersuara lantang ini.

Dibalut dengan ritma yang menyentuh perasaan dan diiringi melodi piano dan gesekan biola, Jac dan Nana melantunkan setiap bait-bait lirik dengan penuh jiwa dan dapat dirasa menusuk dalam hati sekali gus membuat pendengar larut dengan emosi yang dicipta kedua wanita ini.

Khas buat peminat Siti Nordiana dan Jaclyn Victor, lagu ‘Nisan Cinta’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun disemua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Untuk pautan selanjutnya  bagi digital platform ‘Nisan Cinta’https://wmm.lnk.to/nisancinta




TERBARU

PRIME DOMESTIC Dan XPDC Kotakan Janji Dalam Konsert Public Distortion 2017

Penampilan AMY SEARCH Dalam Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

MAMAT FEST 2018 Kembali Dengan Gabungan Muzik Metal

Malam Yang Tidak Akan Di Lupakan Oleh Peminat Mandopop Dalam Konsert NICKTHEREAL

Selepas Popular Sebagai Komposer ALIFF Kini Muncul Dengan Single Terbaru

Lagu "Tak Tun Tuang" Memberi Rezeki Kepada UPIAK ISIL

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

20 Tahun KUGIRAN D'TEPI PANTAI Sebagai Kumpulan Surf Di Malaysia

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

ZAHID AHMAD Menghasilkan Karya Terbaik Dalam Tuk Tak Mana Melayunya

Muzik Rock PRIME DOMESTIC Dan XPDC Bakal Bergema Di Oasis Damansara

Great amal Fest Membawakan Kumpulan ANDRA AND THE BACKBONE Live Timbre@The Row

Jelajah Promosi Album Terbaru ELLA Peace.Love.Rindu Terus Mendapat Sambutan

NOAH Telah Bersedia Untuk Konsert Di Stadium Negara

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

KONSERT/TEATER/GIG

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.