Pada usia yang hampir mencecah 65 tahun , Datuk Ramli Sarip kini terus aktif giat dengan aktiviti konsert , selepas sibuk dengan konsert tour di 7 buah Universiti pada tahun lepas dan Konsert Muzik4Humanity pada awal tahun ini . Datuk Ramli Sarip bakal tampil lagi dengan “Konsert Pelarian” yang bakal berlangsung pada 26 Oktober di di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra .
Tajuk konsert yang diambil daripada tajuk album Sweet Charity iaitu “Pelarian” sebenarnya masih lagi relevan pada waktu ini . Menurut Datuk Ramli , tajuk album “Pelarian” yang dikeluarkan pada tahun 1980 sebenarnya merujuk kepada pelarian yang terbesar di Asia angkara perang di Vietnam waktu itu .
Sebagaimana yang masih berlaku pada abad ini , “Konsert Pelarian” ialah sebuah konsert amal dalam mengumpul dana dalam meringankan derita Rohingya yang kini ramai menjadi pelarian akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan Myanmar .
“Saya terpanggil sebagai manusia , bencana ini boleh berlaku dimana-mana . Inilah rasa kemanusian dan kasih cinta dan ia telah berlaku terlalu lama dan kita boleh lihat ia masih berlaku pada abad ini dan ianya lebih teruk lagi”
“Saya mendapat ilham dengan Konsert Pelarian ialah dengan album ketika bersama Sweet Charity , album Pelarian yang dikeluarkan pada tahun 1980 sebenarnya merujuk kepada pelarian Vietnam . Ia bukan sebab agama tapi dari segi kemanusian ia tidak patut berlaku . Ini adalah rezeki yang patut dikongsi”
“Konsep untuk konsert ini ialah ia tidak terlalu religious atau spiritual ia adalah gabungan kehidupan dan pop culture” jelas Datuk Ramli Sarip Ketika ditemui di sidang media bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra .
Turut bakal beraksi bersama Datuk Ramli Sarip ialah ratu rock negara Ella , kemunculan Ella di “Konsert Pelarian” ialah sebagai jemputan khas . Turut tampil juga ialah barisan artis Universiti Utara Malaysia yang mengikuti Sarjana Pengurusan Industri Kreatif yang akan diumumkan tak lama lagi .
“Konsert Pelarian” ini sebenarnya terbahagi kepada 2 iaitu pada 25 Oktober di Dewan Merdeka PWTC akan ada konsert Dinner Gala , dengan jualan meja terbahagi kepada 4 kategori yang antaranya berharga antara RM4,000 ke RM15,000 . Konsert pada 25 Oktober disasarkan pada golongan korporat yang turut ingin membantu . Konsert yang konsep makan malam ini akan lebih kepada muzik Blues dan akustik .
Berbanding “Konsert Pelarian” yang bakal diadakan pada 26 Oktober yang akan menampilkan iringan sebuah band dengan muzik yang lebih bertenaga . Tiket yang dijual akan bermula daripada RM83 hingga RM403 . Potongan 15% untuk pembelian sebelum 15 Julai .
Dua sesi dilakukan dalam mencapai sasaran iaitu antara RM400,000.00 hingga RM500,000.00 . Sumbangan akan diserahkan kepada wakil khas Rohingya Muslim Of Myanmar iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar .
Pembelian secara online boleh terus ke www.ilassotickets.com atau hubungi ditalian hotline 03 21706333 , atau Rasamusic Sdn Bhd ditalian 03 77730677 atau 013 2633938 .
Akta warganegara 1982 yang digubal oleh tentera junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar ,emyebabkan mereka ini tidak mendapat kewarganegaraan . Ini menyebabkan mereka dilucutkan dari sosio-ekonomi dan politik Negara . Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik , namun etnik Rohingya tidak tersenarai . Menurut Zafar Ahmad Abdul Ghani , mereka mempunyai kampong dan tanah di Rakhine sebuah kawasan yang kaya dengan pertanian , minyak , gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha pihak tentera mengambil tanah mereka
“Kami bukan lari ke Malaysia sahaja , kami berada dimana-mana . Ada di Indonesia , Thailand , Bangladesh , Dubai , Amerika Syarikat . Dimana-mana kami boleh mendapatkan perlindungan
JAMAL ABDILLAH , AMENG Dan ZAMANI Sedia Hiburkan Peminat Di Ipoh
Konsert 30 Tahun Buat Kekasih Ramli Sarip Dan Khadijah Ibrahim Bakal Hiburkan Peminat Di Perak
Konsert Jelajah 30 Tahun Doa Buat Kekasih Singgah Di Istana Budaya
Gabungan Elemen ThrashDitional Oleh CROMOK Di Konsert Metal Legend II
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.