SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

07 May 2017 17:13

sitinurhaliza

Penyanyi yang terus kekal dihati para peminatnya , Siti Nurhaliza telah melancarkan album terbaru beliau yang bertajuk “SimetriSiti” yang merupakan album ke-18 beliau . Malah edisi terhad yang hanya dijual secara dalam talian secara pre order di Lazada sebanyak 300 keping telah habis dijual dalam masa 20 minit sahaja . Album edisi terhad tersebut mempunyai tandatangan Siti dibahagian hadapan album dan juga sekeping poskad .

Ia adalah petanda yang sangat positif buat Siti Nurhaliza kerana sebelum ini jualan artis tempatan telah jatuh dengan teruk . Menceritakan ketika proses rakaman album terbaru beliau , Siti memberitahu

“Ketika proses rakaman , Siti berasa tidak sihat bukan batuk tapi kerana vocal yang tak sepenuhnya keluar . Tapi bila siap rakaman , saya sedar hasil vocal yang berbeza dan lebih berlainan dan saya menyukainya , malah album ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan “ beliau yang ditemui ketika pelancaran album terbaru di Kuala Lumpur

Menceritakan lagi mengenai pemilihan lagu-lagu Siti memberitau bahwa beliau agak terbuka dan menerima lagu-lagu daripada sesiapa sahaja tanpa melihat latar belakang seseorang komposer

“Album ini adalah daripada composer yang pelbagai , Sebenarnya sebelum rakaman saya buka kepada sesiapa yang ingin menyumbang lagu.  Daripada 300 buah lagu yang dihantar hanya 10 buah lagu yang terpilih . Cara kami memilih lagu pun tanpa melihat nama composer atau penulis lirik . Bila kami dah buat pemilihan hingga sepuluh buah lagu baru kami tahu nama composer”

Menjelaskan mengenai tema album ini Siti menggambarkan ia adalah album kasih sayang antara manusia dan peranan manusia untuk terus sebarkan kasih saying

“Tema dia seperti contoh dalam lagu ‘Segala Perasaan’ ia boleh diterjemahkan kepada 2 gambaran iaitu kasih saying percintaan dan pemikiran kita terhadap orang yang kita saying , ia juga mengenai cinta itu sendiri bagaimana peranan manusia untuk sebarkan kasih sayang”

Ditanya mengenai beberapa artis ternama turut mengeluarkan album terbaru pada tahun ini , ia sedikit sebanyak merancakkan industri muzik dan sesuatu perkembangan yang sihat

“Siti akui ia petanda positif , industri muzik sebelum ini susah kerana album dah ramai tak beli . Tapi bila ada artis membuat album ia sebenarnya satu persaingan sihat apa yang penting kualiti album . Siti sebenarnya lebih suka keluar album kerana peminat suka lagu-lagu baru”

“Syarikat rakaman juga telah berani keluarkan album artis , sebenarnya merekalah yang banyak menyokong artis dan mengeluarkan album terbaru”

Siti terus ditanya mengenai matlamat album ini selain diterima peminat bagaimana dengan harapan untuk memenangi award

“Tak nafikan , setiap album memang nak menang award untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) . Ia sebenarnya adalah tempat untuk menghargai setiap artis didalam industri muzik tempatan”

10 buah lagu yang dipenuhi dengan lagu-lagu ballad segar daripada Siti Nurhaliza iaitu “Bersandar Cinta” , “Penghiburku” menampilkan Joe Flizzow, “Ikrar Cinta” , “Segala Perasaan” , “Aku Bukan Malaikat” , “Manis Terindah” , “Kisah Ku Inginkan” duet bersama penyanyi Indonesia , Judika , “Tak Perlu Ragu” , “Kau Takdirku” dan “Hiasi Duniaku”

Album Siti Nurhaliza “SimetriSiti” terbitan bersama Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd akan berada dipasaran bermula 10 Mei ini




TERBARU

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

ELIZABETH TAN Mencipta Sendiri Single Terbaru Beliau Yang Bertajuk "Darling"

ANGELA ZHANG Debuts Her First Solo Concert In Malaysia With Style This November

Penyanyi 80an SHERRIE ALJUNIED Cerita Tentang Nyanyian Dan Penjagaan Kesihatan

KONSERT GALA PELARIAN Oleh RAMLI SARIP Di Teruskan Walaupun Tanpa Penaja

Kepelbagaian Muzik Metal Di KL METALCAMP

NISAN CINTA Duet Terbaru SITI NORDIANA Dan JACLYN VICTOR

SHERRIE ALJUNIED Tampil Bertenaga Dalam Lagu 'Sorang Wanita'

MONOLOQUE Mencari Kerohanian Dengan Lagu "Slagi Ada Waktu"

PERSIDANGAN ULAMA ANTARABANGSA Bakal Berlangsung Di UTM Bermula 26 - 28 Julai

JONAS Bersama Kumpulan Barunya DNCE Bakal Beraksi Di Kuala Lumpur

WORLD SAMA FEST Tampilkan Persembahan Antarabangsa Bercorak Islamik

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.