Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

24 Apr 2017 18:49

2017-04-26_02-40-29

2017-04-26_02-41-36

2017-04-26_02-42-36

Album ke-4 daripada kumpulan Search , “Fenomena” yang dikeluarkan pada 1989  dan diterbitkan oleh Datuk M.Nasir, sebenarnya telah mencipta impak yang tersendiri . Ia juga adalah album yang telah melonjakkan nama Search hingga ke negara jiran seperti Singapura dan Indonesia , kejayaan kumpulan Search menembus pasaran Indonesia melalui album ini dan kemudiannya satu-satunya pemuzik daripada negara luar yang mendapat jualan hingga 2 juta unit disana . Kumpulan Search dengan pantas menjadi fenomena .

Pada sambutan Record Store Day di seluruh dunia pada pada 22 April lalu , Bertempat di Fenomena Music Store telah dilancarkan secara rasmi ‘Double’ LP Fenomena “Made In USA” daripada kumpulan Search yang telah dikeluarkan oleh Dream Studio , dengan terhad 500 keping sahaja

Pemilik Dream Studio dan juga Fenomena Music Store , Dato Ahmad Zaharul memberitahu “Sebelum ini kami telah mengeluarkan dalam bentuk CD album Fenomena “Made In USA” , lebih membanggakan keluaran terhad 1000 keping telah dijual dalam masa seminggu sahaja”

“Penghasilan piring hitam atau LP ini tepat pada waktu sekarang , kerana pada waktu ini ia telah mendapat tempat dihati peminat muzik dan muzik collector” jelas Dato Ahmad Zaharul yang juga seorang muzik collector .

“Pihak kami juga akan cuba mengeluarkan album ini dalam bentuk kaset dan ia akan dibuat di kanada kerana kualiti disana”

“Album Fenomena sebenarnya adalah projek pertama kami bersama Search dan selepas ini kami akan mengeluarkan lagi beberapa album Search dan lebih menarik lagi album terbaru Search juga bakal di keluarkan dengan usahasama Dream Studio dan Search”

Ketika pelancaran tersebut kesemua anggota kumpulanSearch juga turut hadir dalam merasmikan pembukaan kedai Fenomena Music Store dan juga merasmikan juga piring hitam album Fenomena “Made In USA” .

Amy yang ditemui merasa agak gembira dengan penghasilan album Fenomena dalam bentuk piring hitam , jelas beliau

“Saya rasa , ini adalah masa yang sangat sesuai . Kita melihat pasaran piring hitam yang luas dan sekarang ramai yang cuba dapatkan sebagai collectors . Bagi kami ia adalah bagus sebab sebelum ini LP Fenomena memang tidak dijual dan syarikat rakaman tidak meriliskannya dalam bentuk tersebut . Syarikat rakaman hanya mencetak untuk stesen-stesen radio sahaja”

Amy terus menceritakan mengenai album Fenomena , dengan penghasilan CD dan LP oleh Dream Studio dan terus mendapat sambutan luar biasa peminat , memang jelas ia adalah satu fenomena

“Bagi saya , album Fenomena tu adalah album yang betul-betul menjadi fenomena kerana popularitinya sangat luar biasa dan luas . Luas bagi saya selain Malaysia , ia adalah album yang demam . Sampai hari ini album tersebut tidak dapat ditandingi . Secara keseluruhan album Fenomena sangat luar biasa”

Amy terus menceritakan lagi impian beliau untuk terus memasuki pasaran Indonesia , album ke-4 mereka terus membuka peluang dengan rakaman dilakukan di Gins Studio , Jakarta . Amy membuka cerita sebelum album Fenomena dirakamkan

“Selepas album Mentari Merah DiUfuk Timur dengan lagu hit Fantasia Bulan Madu . Impian saya ialah memasuki pasaran Indonesia . Saya cakap kat Search , tahun depan kita kena pergi jakarta”

“Sebabnya ia adalah Negara jiran yang tiada masalah dengan bahasa dan pasarannya sebesar Amerika . Bagi saya kita tak payah bersusah payah untuk masuk pasaran Amerika . Bagi saya caranya sama sahaja jika kita ingin memasuki pasaran Amerika dan U.K”

“Untuk pergi sana penerimaan lagu sangat penting . Semasa Search nak memasuki Indonesia , tentunya mereka ingin melihat profil kami, walaupun telah merakamkan 3 buah album apa yang uniknya kumpulan Search ini? , kami perlu ada something . Bila pihak Indonesia setuju nak pasarkan , deal kami ialah kami pergi sana dan rekod album . Ia adalah album nombor 4 buat kami , bagi saya bila artist u ada album nombor 4 saya tahu ia sangat bahaya . Buat atau gagal ! ”

“Semasa ke Indonesia untuk rakaman , Ketika berborak di Jakarta kami cakap album ni kita letak nama Fenomena . Bila siap je album ni ia telah membawa Search ke penerimaan yang sangat unik , Ia adalah glorious day”

“Sebab album ini telah merubah pasaran di Indonesia waktu itu yang mana Jazz , pop dan dangdut sangat popular . Kami merubah segalanya . Artis atau orang seni mereka beralih kepada rock , ini adalah keunikkan album ini . Ia bukan sekadar hit , Impak Search kat sana bukan juga one hit wonder . Selepas Isabella , kami hit lagi dengan lagu Fantasia Bulan Madu , kerana melalui album Fenomena , album ke-3 kami juga meletup . Lepas itu diikuti lagu duet saya Nafas Cinta . Lepas beberapa tahun kami terus diterima dengan lagu Seroja”

“Album Fenomena ialah dimana album yang saya fikit nak buat lagu untuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik atau atuk-atuk yang tak suka kami untuk mereka turut datang ke konsert Search , kerana sebelum ini hanya anak muda yang datang . Kami perlu buktikan segala pemikiran negative terhadap band kami adalah salah ”

“Selepas album Fenomena kami diterima dengan lebih lagi . Konsert kami yang dihadiri oleh budak rock sebelum ini . Kini kami diminati oleh orang India dan Cina . Ia adalah keunikkan album Fenomena”

“Melalui album ini juga kami telah memenangi semua anugerah yang dipertandingkan di Malaysia ,. Kami gondol semua , Lagu Terbaik , Persembahan Terbaik dan segalanya juga beberapa di Singapura dan Indonesia ”

“Ia adalah sentimental dan sangat luar biasa . Ia adalah pencapaian tertinggi kami dilayan di Indonesia macam raja , ia adalah zaman kegemilangan kami , tak sama macam kat sini waktu tu , kami dilayan penuh 5 star , sampai pihak label disana cakap kat kami ‘duit kamu tak laku disini’ kami ada supir 24 jam dan akan bawa kemana sahaja dan pihak sana cakap kat kami ‘kami boleh bagi kamu apa sahaja , Cuma bulan dan bintang aku ngak bisa bagi’ . Itulah zaman kegemilangan kami disana kerana album Fenomena”

“Waktu itu news is all about Search , saya masih ingat lagi antara headline berita waktu itu antaranya ‘Search Meraja di Indonesia dan Bermaharajalela di Malaysia’ ”

Buat masa ini piring hitam ini masih dalam bentuk pre order untuk maklumat lanjut mengenai Double LP Fenomena “Made In USA” sila email ke fenomenamusic@yahoo.com atau terus menghubungi di talian 03 6201 0240 ataupun terus ke Fenomena Music Store yang terletak di Plaza Damas Block M 1-20 .

CD Fenomena “Made In USA” juga boleh didapati dengan hanya limited 100 keping yang mempunyai tandatangan Cover artist oleh Tapa Otai




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.