Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

12 Apr 2017 11:06

Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali dengan nama Diana Danielle , seorang model dan pelakon kacukan Melayu-Amerika yang tidak asing lagi di dalam industri perfileman negara kita.  Karier beliau bermula sebagai pelakon  pada tahun 2002 dan telah membintangi pelbagai filem dan drama seperti Magika, Kami Histeria, Evolusi KL Drift, Janji Diana, Air Mata Maria, Hanyut, Gol & Gincu dan banyak lagi.

Kini Diana Danielle mengejar impian dengan menceburi bidang nyanyian.  Single terbaru beliau yang berjudul ‘Tentang Kita’  telah dicipta oleh Dj  Fuzz dan liriknya pula ditulis oleh Alabbas dan Muariffah. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati. Sekali dengar pasti pencinta muzik tanahair  sudah boleh bersiul atau melagukan melodi tersebut. Lagu ini mengisahkan tentang cinta serorang gadis  yang merindui kekasih hati yang jauh. Sering merindui akan detik-detik manis apabila bersama. Manakala, liriknya pula amat mudah difahami serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa. Genre muzik raggae pula menjadi pilihan Diana, kerana ia lebih rileks dan menepati citarasa beliau.

Kini, teristimewa untuk semua peminat Diana Danielle, nantikan, muzik video ‘Tentang Kita’ arahan Dick Wai di mana muzik video berkonsepkan “ala bohemian” dan penggambaran  tersebut mengambil masa hanya 1 hari sahaja yang bertempat di Sepang. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.35 minit itu memaparkan  karakter Diana yang manja dan menceritakan pengembaraan beliau yang merindui detik manis bersama kekasih hati.

Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Neway Karaoke Box Malaysia atas tajaan lokasi, Media Hiburan sebagai media rasmi dan kerjasama dengan pihak  Media Hiburan & Budiey yang telah menjalankan pertandingan bagi sesi ‘Meet And Greet’.

Khas buat peminat Diana Danielle, lagu ‘Tentang Kita’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun disemua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.




TERBARU

Konsert Public Distortion 2017 Menggabungkan PRIME DOMESTIC Dan XPDC

Mandopop ANGELA ZHANG Meet Her Fans At Berjaya Times Square

Jelajah Peace.Love.Rindu oleh ELLA Ditentukan Peminat

Penyanyi Kelahiran Brunei AZIZ HARUN Kembali Dengan Single Jangan

Festival SoundValley 2017 Bakal Tampilkan Kumpulan Antarabangsa Dan Tempatan

Persembahan 30 Tahun BUMIPUTRA ROCKERS Di Hard Rock Cafe Melaka

Kumpulan NOAH Sedia Untuk Konsert Besar Di Kuala Lumpur

NOH SALLEH Tamatkan Tour 4 Negeri Dan Bakal Ke Jepun Untuk Beberapa Persembahan

Persandingan Keluarga Besar NORMAN HAKIM Dan Isteri Bersama ABBY ABADI Dan Suami

Selepas 10 Tahun Ella Kembali Dengan Album Peace.Love.Rindu

Anjakan Paradigma Oleh MONOLOQUE Melalui Album "Jangan Puja Sampai Kecewa"

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Jelajah NOH SALLEH Di Sambut Meriah Oleh Peminat Di Pasar Karat , Johor Bahru

Jelajah Negeri oleh NOH SALLEH Turun Padang Bertemu Peminat

Kedatangan Kumpulan DREAM THEATER Mendapat Sambutan

Penyanyi Jazz ATILIA Kembali Dengan No.3

NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Misi RAMLI SARIP Melalui KONSERT GALA PELARIAN

Buku RIBUT DARI TIMUR Kisah Minat ABDUL AZIZ Terhadap Muzik Underground

KONSERT/TEATER/GIG

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.