Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

12 Apr 2017 10:51

2017-04-12_06-49-57

17883838_1293241327426234_7044090514292929218_n

“Pencarian Wanita Melayu 2017” yang kini telah mencapai tahun ke 4 diteruskan lagi usaha dan anjuran oleh Plaza Shah alam  . Ia bukanlah untuk tujuan promosi buat mereka semata kerana “Pencarian Wanita Melayu” yang telah bermula semenjak 4 tahun yang lalu telah lebih mencapai matlamatnya , dengan penekanan kepada kesungguhan dan komitmen yang tinggi .

Pada Sidang media ,11 April 2017 yang berlangsung di Plaza Shah Alam dengan rasminya kini bermulalah pencarian Ikon Wanita Melayu .

Wakil Plaza Shah Alam , Puan Azura Mokhtar menjelaskan kelayakkan kepada yang telah berkahwin ataupun yang belum

“Fokus kami dalam “Pencarian Wanita Melayu 2017” ini ialah wanita Melayu di arena moden yang bukan sahaja pada kecantikkan tapi kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka ketika pertandingan nanti , kami akan mengambil markah daripada segi komunikasi dan pelbagai lagi antaranya kebolehan memasak dan menjahit”

Menurut beliau peluang ini terbuka khusus untuk yang berumur 18 hingga 30 tahun , dengan saiz badan antara S dan M serta ketinggian antara 157cm . Tambah beliau lagi ia adalah antara sebab finalist dan pemenang “Pencarian Wanita Melayu 2017” nanti akan memperagakan pakaian daripada pereka fesyen yang terkenal .

“Kelebihan untuk para pemenang sebenarnya untuk jangka masa panjang dan lebih penting lagi tahap keyakinan mereka menjadi lebih tinggi . Sebelum ini setiap mereka memang ada kerjaya masing-masing dan ada juga yang masih belajar di Kolej . Ia sebenarnya adalah salah satu platform untuk meningkatkan kerjaya . Mereka juga membawa nama Plaza Shah Alam dimana-mana . Bukan sahaja pemenang tapi finalist yang berjaya pun kami akan panggil bila ada peluang untuk peragaan contoh semasa menjelang hari Raya”

“Antara pemenang sebelum ini Puan Shira yang memenangi tahun pertama yang berjaya dalam bidang perniagaan dan seni yang mana beliau banyak terlibat dengan qasidah . Tahun kedua , Cik Ayu yang kini dalam bidang peragaan yang mana semasa beliau memasuki pertandingan ini beliau masih pelajar dan tahun lepas Cik Salwa , berjaya dalam bisnes online beliau”

Yasmin Hani telah dipilih sebagai pengacara “Pencarian Wanita Melayu 2017” untuk peringkat separuh akhir dan akhir yang bakal berlangsung nanti . Peringkat separuh akhir akan diadakan pada 29 April 2017 diikuti peringkat akhir pada 6 Mei 2017 yang bakal berlangsung di Plaza Shah Alam .

Tahun ini Pencarian Wanita Melayu kembali lagi dalam skala yang lebih besar dan pastinya meriah. Peserta-peserta yang menghantar borang secara online disaring terlebih awal dahulu dan hanya yang memiliki kriteria yang ditetapkan sahaja akan di panggil untuk sesi uji bakat.

Hampir seribu penyertaan online telah diterima tahun ini sebelum disenarai pendek bagi dua sesi uji bakat yang berlangsung di Kompleks Kraf Malaysia dan Plaza Shah Alam. Tiga juri utama iaitu Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Hana Elweena (Pemilik Cirgaro Apparel) dan juga wakil daripada Kompleks Kraf Malaysia.

Malah Habib Jewel sebagai salah satu penaja telah menjasa seutas rantai dan loket yang bernilai RM5000 sebagai hadiah utama . Seutas rantai dan loket emas bernilai RM3000 bagi tempat kedua dan tempat ketiga seutas rantai emas dan loket yang bernilai RM2000 .

Ice-Watch turut menaja jam tangan , ICE Crystal dan 1 ICE Chic bernilai RM2128 dan tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima seutas jam ICE Crystal bernilai RM1529 . Untuk perserta finalist juga akan menerima seutas jam tangan ICE Madame bernilai RM669 .

TEG Vacations juga akan menaja pakej percutian ke Vietnam , Bali atau Bandung dan Pulau Langkawi . 3 hari 2 malam untuk 2 orang .




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.