RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

29 Mar 2017 18:30

2017-03-30_02-24-37

Persembahan Oleh Kumpulan Orkestra SP Winds Ketika Pelancaran Run I amsterdam 2017

Ini bukanlah pertama kali pasukan Orkestra daripada Sekolah Seri Puteri Cyberjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa , semenjak 5 tahun kebelakangan ini mereka telah memenangi pelbagai pertandingan Orkestra diserata dunia , antaranya di Los Angeles , New York , Sydney , Vienna dan Singapura .

Ia sememangnya pelbagai pertandingan bertaraf antarabangsa dan lebih menarik lagi Kumpulan Orkestra Sekolah Seri Puteri yang dikenali sebagai SP Winds adalah satu-satunya sekolah yang berjaya mencapai ke pelbagai kejohanan bertaraf dunia di Malaysia dan Asia serta bertanding bersama kumpulan profesional yang lain diluar negara .

Pada bulan Julai nanti , Kumpulan Orkestra SP Winds lagi sekali dipilih untuk bertanding di World Music Contest 2017 yang ke 18 di Amsterdam .

2017-03-30_02-25-08

Wan Jamaluddin Wan Abdul Malik Dan Datuk Khadijah Menunjukkan Baju Untuk Perserta Larian

Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SP Winds, Wan Jamaluddin Wan Abdul Malik menjelaskan

“Bukan mudah untuk kami menyertai pertandingan World Music Contest 2017 , kerana semua yang masuk adalah dipilih khas kerana perlu melalui tapisan dan memenangi pertandingan peringkat antarabangsa dan World Music Contest 2017 hanya diadakan 4 tahun sekali . Ini adalah peluang kami membawa bendera Malaysia di peringkat antarabangsa

“Biasa lagu yang kami mainkan ditetapkan oleh penganjur , kami juga ada membawakan lagu-lagu Melayu dalam persembahan tambahan”

Ia sebenarnya menelan belanja yang besar untuk membawa kumpulan Orkestra SP Winds yang seramai 62 orang pelajar dan atas sebab inilah pihak sekolah bersama PIBG dan Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri Cyberjaya akan menjayakan larian amal sempena mengutip dana perbelanjaan untuk membawa mereka ke Amsterdam sebanyak RM 700 , 000 .

“Run I Amsterdam 2017”yang bakal diadakan pada 6 May 2017 , mensasarkan lebih 3000 perserta daripada pelbagai peringkat usia .

“Kami perlu membuat event ini kerana kos untuk membawa pelajar adalah tinggi , daripada sokongan Ibubapa dan Alumni kami usahakan event ini untuk mengutip dana . Pada tahun lepas juga kami pernah melakukan event Run Chicago 2016 . Dan kali ini kami ada kategori utama dengan larian 6 dan 12 km”

Sebelum ini juga mereka telah menjejakkan kaki ke beberapa negara Eropah dan pelbagai acara mengumpul dana telah dilakukan oleh mereka , ia bukan sahaja usaha para pelajar tapi guru , ibubapa dan alumni Sekolah .

“Dan event kami juga terbuka untuk remaja dan juga para pelajar daripada sekolah yang lain . Kami memerlukan sokongan daripada pelbagai peringkat . Dan lebih menarik acara Run I Amsterdam 2017 telah ditarafkan program peringkat Kebangsaan Kategori B yang melibatkan murid dari Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia , Intitusi Pengajian Tinggi dan KOmuniti setempat”

Ia umpama program Run I Amsterdam 2017 diiktiraf seperti Majlis Sukan Sekolah Malaysia , Persatuan Sukan Kebangsaan , Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia yang memberi markah untuk pelajar Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

“Kami menyediakan hadiah untuk setiap kategori , walaupun tidak besar tapi matlamatnya ialah untuk mengumpul dana para pelajar ini membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa”

“Walaupun kami nampak seperti sangat aktif dengan kegiatan aktiviti kokurikulum namun seperti yang dijangka Sekolah Seri Puteri sebenarnya juga cemerlang dalam bidang pelajaran dan sebagai Sekolah elit mereka juga perlu cemerlang dalam kedua bidang”

Menjelaskan lagi mengenai bakat mereka yang cemerlang Wan Jamaluddin Wan Abdul Malik memberitahu

“Sebenarnya mereka ada bakat semenjak Sekolah rendah lagi dan disini bakat mereka digilap dengan baik semasa disini”

Acara ini akan turut serta beberapa pelari professional yang bertindak sebagai ikon Larian SP Winds iaitu Kanna Murugasan yang digelar sebagai Ultraman , Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid juga dikenali sebagai Ultra Runner dan 2 orang yang juga pelari yang sering menyertai kejohanan di Malaysia , Muhaizar Muhammad dan Mohd Zami Isa .

2017-03-30_02-24-13

Bersama Ikon Run I Amsterdam 2017

2017-03-30_02-23-26

Datuk Khadijah Menandatangani Dan Melancarkan Secara Rasmi Run I Amsterdam 2017

Datuk Khadijah Ibrahim yang sememangnya begitu rapat dengan Sekolah Seri Puteri ini telah melancarkan acara “Run I Amsterdam 2017” di Dpulze Shopping Centre pada petang Rabu . Beliau sememangnya sangat dekat dihati para pelajar dan guru Sekolah Seri Puteri

“Saya seperti Duta mereka yang akan meminta derma daripada VIP , malah bakat yang mereka ada bagaikan satu anugerah buat mereka . Satu pengiktirafan perlu diberi kepada mereka , saya nampak mereka ada komitmen dan semangat . Saya memang ada niat untuk memanggil mereka buat satu segmen dalam konsert saya , kalau di izinkan saya akan buat ”

Dengan 2 kategori utama iaitu 6 dan 12 KM , pertandingan ini bakal diadakan pada 6 May pada 6.30 pagi dengan tema Muzikal . Anda boleh terus mendaftarkan secara online disini . atau ke laman facebook.com/SPWindsRun/ untuk maklumat lanjut

spwindsrunamterdam2017

 

Distance

Category

Age Limit

Rate (RM)

 
 

12km

Men & Women Open

aged 18 - 29

70

 

12km

Men & Women Junior Master

aged 30 - 39

70

 

12km

Men & Women Master

aged 40 - 49

70

 

12km

Men & Women Veteran

aged 50 & above

70

 

12km

Men & Women (International)

Open to all

95

 

6km

Open to all

Open to all

60

 

 

Orkestra Simfonik Seri Puteri Winds (SP Winds) telah ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri . Pertama kali mengharumkan nama Malaysia apabila menyertai dan memenangi Anugerah Emas di Los Angeles International Music Festival 2016 . Kemenangan diumumkan pada 21 Jun 2016 di Walt Disney Concert Hall Los Angeles dan membuka mata pemuzik dan pendidik muzik antarabangsa .

SP Winds juga telah memenangi Anugerah Perak di New York Wind Band Festival 2015 . Pada tahun 2014 , Sp Winds telah menyertai Summa Cum Laude , International Youth Music Festival Vienna 2014 dan berjaya menggondol anugerah

a)      Excellece Award atau Anugerah Emas menduduk tempat kedua dan

b)      Anugerah Khas Juri , Encouragement Award dari Jeunesse Austria

Ini adalah kesinambungan kejayaan mendapat Gold Award (Tempat Pertama) di Australian Music Festival (AIMF 2013) di Sydney dan Singapore International Band Festival (SIBF 2012) .

Kejayaan besar di Australian Music Festival 2013 telah meletakkan SP Winds di dalam buku “The Malaysia Book Of Records” dibawah kategori

“The First Malaysian Government residential school to win the Gold Award at the Australian Music Festival”

Kejayaan di Los Angeles melayakkan SP Winds bertanding di The 18th World Music Contect 2017 pada 19  26 Julai 2017 yang mana melibatkan hampir 100 pasukan terbaik yang dipilih diseluruh dunia




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.