Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

15 Mar 2017 18:47

2017-03-16_02-46-54

Kumpulan rock Prime Domestic sebenarnya bukanlah baru ditubuhkan , ia telah bermula semenjak tahun 2011 lagi dan muncul dengan single pada tahun 2015 yang bertajuk “Kembali Ke Fitrah” . Sebenarnya ia adalah idea daripada 2 gitaris rock tempatan daripada kumpulan Search dan Wings iaitu Hillary Ang dan Joe sebagai tulang belakang . Asalnya ia adalah sebuah projek supergroup daripada Joe dan Hillary yang menampilkan lagi beberapa nama terkenal dalam industri hiburan tanahair .

Namun dengan segala pengumuman sebelum ini yang telah mengatakan Joe telah menarik diri daripada Wings , Joe telah mengatakan mengenai kumpulan Prime Domestic , “Dulu ia adalah projek band , now is my band ! ”

Joe yang ditemui ketika sidang media untuk Live Showcase: Prime Domestic – Sunday Nite Live di H@use G Tower , Kuala Lumpur pada 2 April nanti dengan harga tiket RM50.

Kumpulan Prime Domestic kini tampil dengan barisan yang lebih mantap gabungan baru dan lama dengan vokalis tak asing lagi - Aweera , Bassist – Gee yang pernah bersama kumpulan Search dan NRG , Drum – Ainoll yang pernah menganggotai kumpulan Kristal , Manifesto , Modread , DejaVoodooSpells serta dua gitaris yang tak asing lagi iaitu Hillary Ang dan Joe .

Ini adalah kemunculan pertama Joe setelah beliau diumumkan keluar daripada kumpulan Wings , pastinya soalan mengenai kedudukan beliau menjadi perhatian , Joe yang dilihat melihat nota yang telah tersedia tertulis menyatakan

“Sama ada saya berundur diri atau dibuang , biar hanya kami berempat sahaja yang tahu . Saya menyokong segala mengenai Wings , saya meminta peminat Wings membeli tiket persembahan mereka di Istana Budaya nanti dan jangan lupa juga membeli tiket kami juga yang diadakan pada 15 April nanti”

“Kontroversi mesti ada , ia adalah satu benda yang manis . Satu hari akan jumpa juga sama-sama dan mungkin kalobrasi bersama . Ia adalah lumrah dalam industri terutama kumpulan muzik . Ini persaingan yang sihat dalam industri”

“Saya baca , ada netizen kutuk persembahan Wings di Istana Budaya , kutuk Wings . Saya rasa ini tak bijak , saya minta peminat sokong persembahan Wings dan sokong persembahan kami . Perkara ini sudah jadi diluar kawalan . Kami pun taknak benda ni terjadi”

Pada sidang media tersebut , kumpulan Prime Domestic telah mempersembahkan 2 buah single terbaru mereka iaitu “Satukan Impian” dan “Sedingin Pluto” . Joe menjelaskan persembahan mereka nanti akan turut memainkan lagu mereka sendiri yang sebenarnya telah disiapkan untuk proses rakaman album dan dicampur dengan beberapa lagu cover .

Joe menafikan penubuhan kumpulan Prime Domestic selepas beliau keluar daripada Wings dan menegaskan bahwa mereka ingin membawakan muzik yang lain yang pernah mereka buat ketika dalam kumpulan sebelum ini

“Projek band Prime Domestic sejak 2011 , semua tau band ni takde isu . Saya sebenarnya nak buat satu benda yang lain . Bila dah jadi macam ni saya teruskan tanpa toleh ke belakang . Saya komited untuk buat sesuatu yang unexpected”

Menjelaskan lagi dengan rakaman album , Joe menerangkan 3 single telah siap dirakam dan bakal diriliskan pada 2 April nanti . Melihat pada persembahan mereka ketika sidang media tersebut , jelas kedua-dua gitaris ini membentuk muzik bagaikan gitar hero dengan solo yang berlawan antara satu sama lain . Tidak dapat dijelaskan sevara terperinci muzik Prime Domestic kerana persembahan dibuat secara akustik .

Sebelum ini Prime Domestic pernah mumcul dengan vokalis lain  , Joe ditanya mengenai penampilan mereka bersama Aweera

“Aweera adalah yang pertama pada 2011 nama dia naik dulu . Sebelum Aweera ambik balik ada 4 vokalis , tapi kali ini nama dia naik balik , walaupun beliau Nampak new age tapi semangat dia tu ada , malah stage performance juga bagus dan penyanyi yang berbakat”

Aweera juga sempat menjelaskan kerjaya beliau bersama Prime Domestic “Sekarang ni saya beri full commitment dengan Prime Domestic . Karier solo saya masih ada , Cuma sekarang kena bagi 200% pada Prime Domestic ”

Live Showcase: Prime Domestic – Sunday Nite Live di H@use G Tower , Kuala Lumpur pada 2 April nanti dengan harga tiket RM50 adalah kerjasama antara Anggerik Event dan House@G Tower . Tiket-tiket boleh didapari terus dikaunter House@ G Tower , Jalan Tun Razak atau telefon 013 3212131 (sam) , 019 3681917 (zan) dan 012 6502352 (Mike) atau secara online di http://billplz.com/pdshowcase .




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.