FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

15 Mar 2017 17:30

Afgan At Fashin Valet

Afgan At Fashin Valet

Sebagai platform e-dagang popular di Asia Tenggara yang menghimpunkan koleksi lengkap pakaian wanita dan baru-baru ini pakaian lelaki dari jenama tempatan seperti Pestle & Mortar, Bowerhaus, Lan Baharin, FattahAminxFar8, Cape Cod, East India Company dan pelbagai lagi, adalah menjadi sebuah penghormatan buat FashionValet untuk mengalu-alukan kedatangan koleksi penyanyi Indonesia, Afgansyah Reza.

Diberi nama Arez. Co., jenama ini diasaskan pada Jun 2015. Nama ‘Arez’ diambil dari nama penyanyi tersebut untuk melambangkan dedikasi dan bahagian dalam hidup, perasaan, idea dan perhatian terhadap peminat yang sentiasa setia menyokong kariernya selama ini. Peminat merupakan sebahagian dari hidupnya sepanjang proses kreatif jenama beliau.

“Saya sentiasa memikirkan tentang para peminat saya sepanjang melaksanakan  koleksi ini,”ujar Afgan.

Jenama ini memberi fokus kepada penghasilan barangan yang unik dan berkualiti tinggi bermula dengan koleksi pakaian. Dengan itu, Arez. Co. telah disokong oleh pasukan kreatif yang mampu menterjemahkan idea Afgan kepada barangan unik.

Penggunaan kapas buluh digunakan dalam koleksi ini dan logo ‘signature’ berbentuk kaca mata diperlihatkan sebagai perlambangan tanda untuk koleksi Afgan.

Koleksi Arez. Co. memperlihatkan kebanyakkan kemeja T dengan tema kasual dan santai. kemeja T ‘unisex’ ini boleh digayakan oleh lelaki dan perempuan. Dengan saiz S hingga XL, koleksi ini muncul dengan harga berpatutan iaitu kurang dari RM150 setiap helai. Koleksi Arez. Co. menghimpunkan warna asas (kelabu,hitam dan putih) dengan tujuan untuk sesuaipadankan dengan kepelbagaian dari denim ke seluar slack. Koleksi-koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di www.fashionvalet.com dan di kedai rangkaian mereka di Kuala Lumpur dan Singapura.

 Ini bukan merupakan kerjasama pertama antara FashionValet dan penyanyi tersebut. Sebelum ini FashionValet pernah menjadi penaja utama konsert Afgan yang berlangsung di Singapura pada 20 November 2016.

  “Pihak kami bertemu Afgan sewaktu konsertnya tahun lalu dan mempunyai koleksi pakaiannya di platform kami merupakan kesinambungan perhubungan yang menarik antara beliau dan FashionValet. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati dengan pemilihannya untuk pihak FashionValet melancarkan dan mempamerkan jenamanya secara eksklusif,” komen Vivy Yusof selaku pengasas bersama FashionValet. “Kami memasarkan koleksi ini ke seluruh dunia dan bukan hanya untuk peminat di rantau ini,” tambahnya.

 Pelancaran rasmi akan diadakan di stor FashionValet Pavilion, Kuala Lumpur pada 11 Mac 2017 dan Afgan sendiri akan hadir di acara ini. Sesi ‘meet and greet’ istimewa akan diadakan buat para pelanggan dan peminat yang berpeluang bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka.

 

 

Tentang FashionValet

FashionValet merupakan destinasi online utama di Asia Tenggara bagi jenama-jenama Asia untuk penjualan fesyen pakaian, kasut serta aksesori yang bertujuan untuk membawa trend fesyen terkini ke pintu rumah anda. Ditubuhkan pada 2010 oleh blogger terkenal, Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin Anuar, FashionValet menawarkan pelbagai pilihan ‘ready-to-wear’, dari pakaian Muslimah hingga ke pakaian dalam dan renang, mempunyai penghantaran cepat dan pengalaman pengguna yang terbaik di seluruh dunia, Dengan rangkaian pejabat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, FashionValet dengan bangganya membawa jenama tempatan dan pereka fesyen dari seluruh Asia Tenggara dan bertindak sebagai platform utama dari pelbagai negara. Pada tahun 2012, MYEG, salah satu syarikat Internet dalam senarai awam di Asia Tenggara telah melabur untuk FashionValet selepas pengasas mereka berjaya mengatasi 40 pesaing lain untuk memenangi MYEG ‘Make The Pitch’ .Selama beberapa tahun, mereka memperoleh siri pelaburan dari Elixir Capital yang berpangkalan di Silicon Valley dan Zozotown, yang merupakan pusat beli belah online fesyen terkemuka di Jepun. Lawati web www.fashionvalet.comdan rangkaian stor fizikal di Bangsar Village II dan Pavilion Kuala Lumpur serta 313 @Somerset Singapura.




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.